Ahad, November 2

Sijil dalam email

Masa Dania cuti sem sebelum ni selain bekerja part time, masuk juga beberapa pertandingan online. Ni diantaranya. Kena mereka poster Gaji Minimum di Malaysia anjuran UPM x Kementerian Sumber Manusia. Ni Dania dapat email dari Kementerian Sumber Manusia. Attached sekali dengan Sijil Penyertaan. 

Menang tu bonus tapi kalau tak menang pun dapat Sijil Penyertaan pun dah bersyukur. Ada beberapa lagi Pertandingan Online yang ummi suruh Dania masuk. Kalau tak suruh tak masuk....lagi pun buat poster ni guna Canva. Memudahkan. Ada lagi beberapa yang masuk tapi belum diumumkan. Ada satu tu oleh Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Asean Virtual Student Opinion Competition (AVISOC). Ni pun masuk poster contest. Paling best setiap poster akan dapat award samada Gold, Silver atau Bronze award. Ni kiranya pertandingan antarabangsa. Tak kisah la award mana pun sebab janji cuba. 😊


Kemudian ada pula email dan dapat sijil dapat dari Young Reporter For the Environment (YRE). Ada 3 pertandingan berlainan yang Dania sertai jadi dapat la 3 sijil. Result yang ni akan diumumkan pertengahan bulan November 2025 nanti. 

Sijil Staged Campaign Photo


Sijil Photo Story


Sijil One Take Photo


Nanti kalau ada pertandingan rekaan poster / photo boleh cuba masuk lagi. 




XOXO,
Ezna

 

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Sijil dalam email

Masa Dania cuti sem sebelum ni selain bekerja part time, masuk juga beberapa pertandingan online. Ni diantaranya. Kena mereka poster Gaji Mi...