Khamis, November 6

Jalan Jalan di MidValley & Blind Box

Ni Dania baru masuk kedai Typo nak tukar phone casing. Corak bunga kecik dan background warna brown. Warna pink tu phone casing lama. Buat tukar-tukar la nanti. 


Masuk juga Innisfree ni nak cari barang. Dania ada jadi member kat sini jadi kalau bulan birthday dapat la harga diskaun. 


Ada promotion barangan New Balance ni. Ni kasut 740. Dania punya kasut 327. 


Tumpang ambik gambar dengan duta Sulwhasoo iaitu Yoona. Pelakon Bon Appetit, Your Majesty. Lepas tu yang staff kedai ni kata dia faham....hehe mungkin ramai la tumpang bergambar kat sini. 


Ni kami singgah minum air mineral jap kat dalam FamilyMart. Ada jual telur QL dalam ni. QL ni selalu juga datang Fakulti Pertanian kalau ada event. Ada juga taja hadiah terbaik pelajar Sains Haiwan juga. 


Ada seorang patung pakcik kat satu kedai kosmetik. Sebijik muka orang ya...cukup sifat. Macam tak boleh bezakan dengan patung. Takut juga...kemudian salah satu jarinya tercabut atau mungkin dicabutkan tak tahulah sebab kata orang kalau patung tu cukup sifatnya nanti patung ni akan bergerak. 


Ternampak blind box ni kat luar Lovely Lace. Boleh pilih nak nombor berapa tapi kita tak tahulah dapat apa dalam ni. Kebetulan nak bagi birthday present kawan. Pilih No. 21 dan......hadiahnya.....

Kiranya ni mesin gedegang jugak la tapi bukan keluar air tin/botol tapinya keluar kotak hadiah. Harga asalnya RM100++ tapi sekarang harganya ialah RM39.90. Semua ni harga yang sama cumanya isinya je tak tahu dapat apa. 


Pewangi, pot pourri, shower gel dan hand cream. Bukak dulu nak tengok kawan dapat apa....bau dia of course la memang wangi. Bau kalau you lalu tepi kedai Lovely Lace tu. 


Lama juga la tak ke MidValley ni. Satu je kalau ke sini....pergi masa mall baru bukak baru la senang dapat parking. Idak....nak kena pusing sampai berapa kali  tak tau la....😅




XOXO,
Ezna



 

7 ulasan:

  1. menarik juga blind box tu..harga dr rm 100 dpt rm 39.90 not bad...isinya pn menarik

    BalasPadam
  2. lama tak nampak kedai lovelylace, memang limited kedai tu... bagus nya ada mesin gedegang blindbox tu...harga pun murah dah tu.. memang sesuai buat hadiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih ada lagi berdekatan dengan rumah kedai Lovely Lace ni. Harga dia berbaloi juga la. Bukak je dah bau wangi dah.

      Padam
  3. SA suka bau yang kalau kita lalu lovely lace tu...pernah tanya tapi staff tu x layan..masa tu org tengah ramai la..nanti la nak pergi lagi nak beli..nak letak dalam bilik...bagi wangi selalu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kalau bau kat kedai Lovely Lace tu bau dia namanya Teddy's Dream. Pernah tanya staff kedai dulu. Sambil2 dia balut hadiah....kita pun tanya la bau kedai ni bau apa....Nanti SA cari Teddy's Dream ya.

      Padam
  4. Wahhh..Bestnya promo dr mesin blind box tu..Baru pagi td sy brcerita dgn Hata ckp dh lama x pegi mid valley =D

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jalan Jalan di MidValley & Blind Box

Ni Dania baru masuk kedai Typo nak tukar phone casing. Corak bunga kecik dan background warna brown. Warna pink tu phone casing lama. Buat t...