Sabtu, November 22

Dinner masak apa?

Hubby ada beli ketam. Kebetulan ada pula telur masin. Hmmm....menjadilah ketam masak telur masin. Mulanya tak jadi nak masak tapi akhirnya jadi jugak walaupun mula masak pun lewat. Semangat pula nak masak padehal hubby kata kalau tak sempat takpe la tak masak. 

Ketam masak telur masin ni sama je bahannya macam buttermilk cuma tambah telur masin je. Saya masukkan semua telur masin tu. Ada yang masukkan telur kuning je. You alls yang masak salted egg ni masukkan semua atau telur kuning je?. 

Susu juga dimasukkan dalam masakan ni tapi bau susu dah tak ada jadi saya ok. Saya memang tak suka susu putih tu.....😅. Kena campur bahan lain barulah bau susu tu tak ada. 


Ada juga kucai dengan ikan bilis tumis. Kucai ni tak boleh dibiarkan lama selepas beli sebab senang layu. 


Dua je lauknya....lepas tu makan pun lepas maghrib dan kebetulan ada kuliah di surau. Lambat la nak azan Isyak. Sekarang ni kan waktu solatnya awal. Lepas tu hubby tambah la nasi makan dengan ketam tu....(sedap la tu...hehehe). Elok beberapa suap....dah azan .....nasib baik la sempat nak ke surau solat jemaah. Memang dekat pun suraunya 210 meter je. Kadang ke surau jalan kaki...kadang ke surau naik basikal tak pun naik motor lama yang bunyinya jemaah surau kata macam bunyi motor boat 😅. Motor lama....zaman belajar kat MRSM Beseri tahun 80an dulu. 




XOXO,
Ezna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Dinner masak apa?

Hubby ada beli ketam. Kebetulan ada pula telur masin. Hmmm....menjadilah ketam masak telur masin. Mulanya tak jadi nak masak tapi akhirnya j...