Sementara Dania dengan kawannya, saya pun menghabiskan masa la sorang-sorang dalam IOI City Mall ni. Jalan je la dalam ni. Boleh exercise juga sebab dari hujung ke hujung ni jauh ya. Haha. Cafe kucing ni kat New Wing. Hujung ni ada AEON jadi saya ke AEON la. Kemudian ke hujung pula iaitu Parkson.
Ada orang tu sibuk sangat la ambik gambar meow. Takpelah kasi chance la untuk birthday girl.
Cantik betul la hiasan Christmas kat IOI City Mall ni.
Makan tengahari saya kat mana?. Teringin nak makan chilli pan mee kat FamilyMart tapi tak ada pula jadi saya pilih makan Oden dan bihun. Mulanya saya duduk kat meja 4 orang lepas tu pindah kat keja untuk 2 orang. Rasa menyesal pulak sebab atas saya aircond direct. Sejuk ohhhh.....
Close up oden dan bihun saya. Ehhhh sedap la....pilihan selain bihun ada Yee mee dan apa lagi satu saya lupa.
Letak gambar Dania kat IG Story kemudian budak Emiizz ni tanya Aunty kat IOI City Mall ke?. Emiizz ni student yang tanya tentang Animal Science kat IG masa dia tengah Matrikulasi. Memang sangat minat nature katanya. Sesuai la program Bacelor Sains Dan Teknologi Alam Sekitar Dengan Kepujian kat UPM ni. Nanti ada kem dalam hutan dan juga masa cuti semester kena pergi hutan di Raub, Pahang.
Lepas tu apa lagi dia kata nak jumpa Aunty sementara kawan2 dia shopping dalam Watsons.
Saya ada jumpa time dia tengah orientasi kat dewan besar sebelum ni kat sini
Kami berdua....berborak macam dah kenal lama. Padehal baru je....😅. Emiizz ni pun jenis cool dan happy go lucky orangnya. Jumpa saya....haaa elok la tu. 😁
Emiizz belikan birthday kek untuk Kak Dania dan saya. Kek strawberry dan blueberry. Terima kasih Emiizz.
Saya pula hadiahkan hand cream British Rose The Body Shop tapi paper bag punya besar. Hand Cream dia cenonit je. Tak ada paper bag kecik katanya.....Haha.
Lepas tu Emiizz jalan balik dengan kawan-kawan sekelas dan saya pun sambung la berjalan dalam IOI City Mall ni sampai Dania kata nak balik. Tapi sebelum tu Dania teman Khai dulu. Saya suruh tunggu sampai ibunya tiba. Ibunya dari Maahad Kajang ambil adik Khai. Next pitstop baru ambik Nadia kat IOI City Mall pulak.
Balik dalam 3 lebih jugak la.
XOXO,
Ezna

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.