Masa weekend hari sabtu ada kenduri kariah surau di Cyberjaya. Majlis diadakan di Sky Garden.
Dewan majlis ni sangat la cantik. Ada bunga terjuntai kat siling.
Tempat buffet makanan pula di sebelah dewan. Luas juga tempatnya dan ada dekorasi bunga-bunga. Selalunya deko hanya tertumpu kat dewan perkahwinan sahaja kan. Ada fairy light juga menatarias siling tempat buffet makanan ni. Di sebelah buffet makanan pun ada tempat untuk duduk juga. Duduk sini lagi dekat dengan buffet makanan ni. Hehe.
Tempat makan yang kami pilih sebelah buffet ni sebab ada cermin kaca yang dibuka jadi udara luar masuk dan boleh juga tengok MRT lalu di track. Belah sini lebih tenang sebab ramai yang tertumpu kat dewan.

Hubby ambik kuih muih selepas makanan utama. Dania sempat ambik Cendol Songkok Tinggi sebab lepas makan nasi je ehhhh dah tutup booth Cendol Songkok Tinggi.
Kat luar juga ada booth sweet candy. Macam tak ada sangat je yang ambik kat sini. Penuh lagi semua jajan tu.

Kami bergambar di sini dengan nama pengantin terpampang. Nama pengantin perempuan ialah Najma. Anak kariah surau ni nama Ezzul.
Dania bergambar depan cermin yang tertulis nama pengantin dan bunga-bunga. Eh...bunga2 kat bawah tu ambik kat UPM ke? Macam sama spesis je.

Alang-alang dah keluar kenduri ni lepas ni nak singgah IOI City Mall pulak sebab nak beli barang....Barang apa?....
Selamat pengantin baru Ezzul & Najma. Moga berbahagia sehingga ke jannah. Hubby kata kariah jemaah surau ni orang kaya dari Kelantan. Alhamdulilah....
XOXO,
Ezna




Ni dewan yang sama anak sepupu OT buat kenduri ni Kak Ezna...
BalasPadamMemang cantik tempatnya...surau pun selesa....