Ahad, November 23

Frust makan nasi ayam hangit

Frust masa lunch makan nasi ayam hangit....terus untuk dinner sendiri masak nasi ayam. Ni sebab frust punya pasal ya. Nasinya masa makan tengahari tu tak ada langsung rasa nasi ayamnya. Pastu hangit pulak tu. Mungkin dia terima tempahan juga walau tak reti buat nasi ayam. Geram je rasa. 😐

Bahan kat bawah ni saya yang masak ya. 


Presenting nasi ayam saya....ayamnya setelah direbus kemudian masuk sama dengan beras nak masak nasi ayam. Tanak sekali la tapi sebelum tu ayam tu dilumur dengan kicap, kicap tiram dan minyak bijan sikit baru masuk periuk nasi. Ni first time cuba nasi ayam versi macam ni. 


Kejadiannya setelah semua dimasukkan ke dalam pinggan. Nasinya beraroma sebab mungkin sebab ayam dimasukkan sekali. 

 

Hubby baru balik kerja, bukak pintu je saya dengar cakap wow...wow....sebab bau dia wangi sangat. Saya letak dua helai daun pandan yang disimpul. Mungkin juga aroma daun pandan ni juga. 

Puas hati saya dapat makan nasi ayam saya ni berbanding tengahari tadi....😅. Boleh murung dibuatnya.


***Ni kisah pada 21 November 2025.....





XOXO,
Ezna

1 ulasan:

  1. Mesti lembut ayam tu. Lebih healthy juga, sebab tidak digoreng. Lebih puas hati masak sendiri di rumah, ya.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Frust makan nasi ayam hangit

Frust masa lunch makan nasi ayam hangit....terus untuk dinner sendiri masak nasi ayam. Ni sebab frust punya pasal ya. Nasinya masa makan ten...