Rabu, November 19

Mencari kasut sukan & grand opening

Kasut sukan Dania tapaknya dah tercabut. Nampak macam kena beli kasut baru jugak la. Dah 3 tahun jugak kasut tu berkhidmat. Ada cari kat Sports Direct. Banyak tak berkenan. Elok la tak berkenan sebab harganya pun boleh tahan. 😅

Dalam perjalanan nak ke Decathlon, ternampak En. Aniruddin pulak. Orang kuat HR masa saya kerja kat Kontena Nasional. Selepas Kontena Nasional, En. Aniruddin ke Petronas pula. Sekarang ni bersara dah sebab ambil VSS dari Petronas. Dapat sebanyak 25 bulan kalau tak silap saya. Masih ingat la saya masuk under Management Trainee sebelum diserap masuk jadi Executive. Masa kerja kat Kontena Nasional ni En. Aniruddin based dekat KN HQ, kat Bandar Sunway. Saya pula kat KN Pelabuhan Klang berdekatan dengan Tanjung Harapan tempat makan ikan bakar tu. En. Aniruddin dan hubby sebaya ya. Hubby masih lagi bekerja. Plan mungkin sehingga 60 tahun kot sebab bidang IT ni to be specific dalam projek SAP (Systems, Application and Products in Data Processing) selagi kepakaran diperlukan kerja la sampai berapa tahun pun. Ada kawan hubby dah meninggal dah pun. Kerja sampai umurnya 70 tahun tak silap saya. 


Selepas jumpa tu....masuk Decathlon. Ini yang Dania berkenan. Harganya?....Jeng Jeng....


Haaa ni lah harganya ya. Warnanya pink tapi bagi saya lebih kepada pink belacan atau Dusty Pink. Tapaknya juga warna pink. Haaa harga yang ni ummi happy. Hehehe. 

Kalau tengok namanya ialah KLNJ Be Dry Women's Trainer. Katanya kasut kekal kering kalau hujan sedikit. Ada cushion dalam kasut. Kalau minat boleh surf https://www.decathlon.my/

Ada juga yang harga RM49. Boleh check it out di kedai Decathlon @ website. Decathlon ni syarikat dari Perancis. 

Credit : Decathlon

Nampak ada perempuan2 baju cantik bagi belon. Dania nampak nama tertulis di belon ialah Jemels. Wahhhh Jemels baru bukak di IOI City Mall. First day bukak kami masuk kedai. Katanya sebelum tu ada kehadiran Diana Danielle dan Ashraf Muslim.

Terjumpa dengan live host super peramah nama Liyana @ Yana yang kebetulan pernah duduk semeja masa kenduri kahwin anak lelaki jiran saya bulan April awal tahun ni. Yana ni kawan dengan menantu jiran saya yang perempuan. Sama-sama student UITM. Best friend katanya. Saya tak kenal masa tu. Dah balik Dania cakap yang duduk meja sekali itu live host Jemels. Dania pernah nampak kat Tik Tok. Dania pulak yang cam ya. 

Terjumpa pulak di Grand Opening pulak pada 15 Nov 2025......lepas tu mengimbau la kisah anaknya masa tu kecik dalam stroller lagi masa kenduri tu. Beliau pakai baju hitam. Ya semua kisah masa kat kenduri tu lah. Liyana @ Yana tunjuk la gambar baby dia tu. Comelnya....

Baju kat sini bagi saya pricey jugak. Tapi....design dia memang sangat cantik la sweet je warnanya. Yana tunjuk juga warna bold. Next raya katanya warna Teal Blue naik ya. Yana tunjuk design bold kemudian ada orang mencarinya...Yana suruh saya tunggu tapi saya tak tunggu sebab nak jalan ke tempat lain lagi. Hehe. Yana ada cakap suruh ke Jemels di Puchong kalau nak dapat penjimatan darinya....wahhhhh


Yana memperagakan baju dari Jemels. 


Screenshot muka Yana masa live di Jemels. Baju yang Yana pakai ni pun sweet je. Baju Jemels ni banyak warna pastels jadi boleh la check it out ya. 

Credit : Jemels

Lepas tu ke FamilyMart dulu sebab nak rasa ice cream perisa Bubblegum. Ok je lah rasanya. Nasib baik tak rasa macam bubblegum rasa ubat tu. Bagi saya pernah rasa ice cream perisa lain yang lagi sedap dari perisa ni. 😀


Lepas tu ke Watsons dulu beli toner dan Dania beli sunscreen pulak....selesai di sini baru balik rumah. Tapi....berbaju kurung la saya dan Dania ya....baru balik dari kenduri katanya 😅




XOXO,
Ezna
 

6 ulasan:

  1. Eh eh, murah la kasut tu. Menarik sbb water resistant ye. Saya kenal dgn En. Aniruddin ni cuma tak pernah kerja sama2 je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh macam mana kenal dengan En. Aniruddin ni Carneyz?. Pernah 1 office ya?. Pernah la kerja sekali tahun 2000++ camtu. Murah banyak kasut tu berbanding kat Sports Direct yang rata2 berharga RM200++.

      Padam
  2. saya pernah beli sekali Jemels buat merasa,baju cantik tapi harganya ya ampun...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harganya memang ehem....tapi kalau nak murah sikit tunggu dah jadi design lama dapatlah harga rendah sikit.

      Padam
  3. pink belacan kasutnya...bj dr koleksi jemel julia pernah beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna dia kebanyakkan pastel je Amy. Oh JJ punya baju cantik2.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Panda gergasi tiba dari Republik Rakyat China

Panda  🐼  sebelum ni dah dihantar pulang ke Republik Rakyat China. Kini, ada dua ekor panda  🐼  bernama Chen Xing (panda jantan) dan Xiao ...