Selasa, Disember 23

Masak apa dan rezeki malam

Masak apa kita ya....kadang kita ni buntu la nak masak apa ya...

Hubby ada beli 3 ekor ketam dan saiznya besar jugak. Ketam lepas bulan mengambang ke ni?. Saya buatkan ketam masak bercili ala mama saya. Sebenarnya mama saya ni kalau ketam je mesti dia masak yang ni. Jadi....as usual untuk mengenang masakan mama....saya masak ketam bercili ni la. Ada juga masuk cili kering, sos cili dan tomato juga ni....selain bahan asas seperti bawang merah dan bawang putih. Simple je bahan dia pun. Ketam ni pun kaki dia saya dah kepit siap-siap dengan pengepit ketam supaya senang la nak makan bahagian kakinya tu. Atasnya tabur daun bawang. 


Sawi nak masak sos tiram tapi sos tiram dah habis jadi saya letak kicap biasa tu haa...hehe. Tapi...kicapnya tak banyak la...sikit je. Letak bawang putih banyak-banyak dan cili merah. Tu ajer dan dah siapppp....


Malam pula...hubby ada meeting kat surau meeting program Sunathon dan program lagi satu tak ingat pulak program apa....ada jemaah jiran belakang rumah bagi seorang sedikit buah rambutan. Hubby siap2 kupas dah ni. Kita apa lagi...ngap la 1 nak merasa....sambung siang la pulak sebab malam dah kan.  Hubby balik pun jam 11 malam dah pun. 


Alhamdulilah...untuk rezeki ini.  




XOXO,
Ezna

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Label

Featured Post

Masak apa dan rezeki malam

Masak apa kita ya....kadang kita ni buntu la nak masak apa ya... Hubby ada beli 3 ekor ketam dan saiznya besar jugak. Ketam lepas bulan meng...