Birthday Girl ajak makan kat Mokky's with flaaah di IOI City Mall. Baru buka kat IOI City Mall ni. Kami pergi ni weekend la sebab birthday Dania hari jumaat. Mokky ni diasaskan oleh Muhammad Shahmi Shaharudin (Mokky), Umar Abdul Aziz, Zarif dan Aswa. Shahmi ni terinspirasi nak memulakan perniagaan pizza ni ketika mengunjungi New York, USA. Beliau menggemari pizza di New York.
Kami duduk ni kat luar tapi masih kawasan berbumbung.
Lagi gambar.....Birthday Girl pakai tudung baru Naelofar X Hello Kitty.

Kami order jam 1.54 petang. Air ni free je. Selalu kena bayar kan?. Air kosong dalam botol gelap tu. Kalau nak air sejuk didatangkan dengan gelas yang ada ais.
Mana lah order kami ni tak sampai ni?.
Nasib baik la order Buff wings ni. Tiba 2.31 petang camtu. Boleh la lapik perut dulu ya. Sedap juga salutan ayam ni.
Makan dengan sos Sabacco dari Kunak. Pedas sos dia....tapi unik betul rasanya ada masam-masam sikit. First try saya sos dia macam pedas menyengat tau. Lepas tu dah ok dah dengan tahap kepedasan ni.
Seleksi menunya.....
Menu makanan di Mokky's.
Jam 2.36 barulah tiba pizza yang dinanti-nantikan ni. Kami order Fake Margheritta. Crust dia crunchy. Rasa dia sedap lagi Pizza Margheritta di Two Sons. Kalau pizza ni memang teringat pizza yang kami makan di Air Restaurant kat Zurich Airport tu. Sedap sangat.
Makan dengan chilli flakes pizza ni jadi rasa pedas sikit.
Kalau nak makan pizza kat sini, order la makanan lain dulu sebab pizza dia lambat sampai. Overall ok lah....boleh repeat lagi. Birthday Girl puas hati.....ummi dan ayah pun happy 😉
XOXO,
Ezna




Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.