Malam birthday Dania pada 7 November 2025 tu kami ke SIC Timeout di Sepang International Circuit, Sepang. Kemain 7 November ni haaa siang malam keluar....
Event ni kena daftar kalau nak pergi. Jadi, hubby daftarkan nama untuk kami bertiga la. Event ni dari jam 7 malam - 12 tengah malam.
Credit : Google
Apa yang ada kat sini? Haaa boleh baca kat bawah tu....
Credit : Google
Masa nak parking agak jam juga nak masuk ke tempat parking ni. Lepas parking hubby betulkan basikal lipat ni. Bawa 2 basikal lipat.
Dania dan hubby sorong la basikal masuk ke sini. Dari parking nak ke circuit tu dalam 700 meter. Kalau calculate pergi balik 1.4km. Berpeluh juga bila tiba di track.
Kena beratur dulu untuk dapatkan tag tangan dengan bagi ic sebab dia nak check pendaftaran yang kita buat sebelum ni.
Lama gak kami tunggu kat sini. Sebelum tu saya ke tandas dulu....aduhhhh jauhnya berjalan heh.
Tak tiba lagi ke meja pendaftaran ni.
Ok dapat dah tag hijau ni.
Hubby dan Dania nanti akan berbasikal dalam track MotoGP ni la. Track ni sejauh 5.543 km ya.
Hubby nak berbasikal dah ni...
Dania pun nak gerak dulu dah....
Kemain anak ummi ya....dia berbasikal 5.543 km X 2 kali ya. Jadinya total 11.086km.
Saya masa ni brisk walk je.
Ada yang jogging, ada yang brisk walk, ada yang berbasikal, ada yang naik roller blade, ada yang tunggu orang dengan duduk kat kerusi healing. Ada juga yang bawa anak dengan tolak stroller, ada juga naik scooter. Masing-masing dengan aktiviti masing-masing la.
Terang benderang SIC ni.
Emcee cakap pengunjung malam ni lebih 3000 orang.
Event malam ni ada join dengan Rakan Muda juga.
Tahukah anda yang 2026 merupakan Tahun Melawat Malaysia?.
Ada juga pertandingan Push Bike diantara 4 kumpulan iaitu Optimus Prime, Super Sonic, Bumblebee dan Green Hornet.
Kecik je derang ni. Naik basikal ni tolak dengan kaki je....tak ada tempat kayuh tu.
Sambil-sambil saya tengok kat petting zoo. Ada Meerkat.
Kambing pun ada. Dania paling excited tengok kambing. Hehe.
Pukul 12 tengah malam kami balik....kalau ada lagi nak join sebab track dia memang luas la. Hubby dah pernah join event ni sekali. Jadi masuk ni dah 2 kali lah. Saya dan Dania je baru first time join.
XOXO,
Ezna







Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.