Selasa, November 4

Salahkan burung 😅

Kat depan Beryl's ni ada jualan gorengan. Saya beli keropok lekor nipis. 


Bila pergi kat kereta....Tudia.....banyaknya tinja burung. Atas kereta, tepi cermin.....


Huh melimpah tinja burung kat cermin belakang kereta. 


Tak tahan tengok kereta yang penuh tinja burung, terus teringat ada tempat basuh kereta masa saya otw ke Beryl's. 


Dania terpaksa tunggu kejap la ya. Ummi nak basuh kereta kejap. 


Snow wash katanya. Biar mandi kereta saya ni haa....


Basuh kereta 5 kali, dapat 1 kali free basuh kereta untuk luar dan dalam. Maknanya free tu siap vakum sekali. 


Hmmm dah cantik dan berkilat dah dia.....


Berdekatan dengan Beryl's tu ada tempat parking kereta tu janganlah parking di bawah tiang lampu. Parking jauh sikit dari tiang lampu sebab burung-burung buat perjumpaan atas tiang lampu tu. 

Ambik Dania kat food court tu lewat 15 minit la lebih kurang. Kawan dia sanggup tunggu sampai ummi datang. Kawan dia kata tak rushing ke mana. 




XOXO,
Ezna


12 ulasan:

  1. Memang tak suka kena tinja burung ni. Gorengan tu semua sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak pulak tu jadi kita basuh kereta....sakit mata tengoknya.

      Padam
  2. Wow..Byk spot dia bg dkt kereta sis..Nasib tmpt cuci kereta dkt je =)

    BalasPadam
  3. Oooo..kisahnyaaaa...nak buat cane erk, kena la salahkan burung..hahahaha...sekarang susah nak dapat pisang goreng sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpaksa la burung tu disalahkan. Lain kali jangan parking bawah tiang lampu nak elakkan kena tinja mereka. Huhuhu.....

      Padam
  4. tak suka tahi burung kena kereta terasa kemalasan meningkat naik.
    comelnya kereta kakEzna~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinja burung ni kalau banyak sangat segan pulak nak bawa kereta jadi siap2 mandikan dia. Hehe.....

      Terima kasih :)

      Padam
  5. Mana tahu burung tu bertenggek dekat situ...si merah dapat mandi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya warna dia Habanero Orange tapi sesekali nampak macam warna merah pulak. Burung tu bertenggek atas tiang lampu...memang kawasan tu kalau tengok tiang lampu tu ramai gang burung ni.

      Padam
  6. Iye betul dekat depan Beryl's tu port diorg membuang :p
    Bila bersih makin terserlah kecantikan kereta 😍

    BalasPadam
  7. Alamak, pernah kena juga begini..lepas kena tak lagi lah nak parking bawah tiang leterik..ada ja burung nak bermalam, terutama masa petang, burung layang - layang ..burung ni suka hingap atas wayar letrik

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Salahkan burung 😅

Kat depan Beryl's ni ada jualan gorengan. Saya beli keropok lekor nipis.  Bila pergi kat kereta....Tudia.....banyaknya tinja burung. Ata...