Sabtu, Disember 20

Survey Dryer di Home Pro

Hubby cakap nak ke HomePro, IOI City Mall sebab nak survey dryer. Dryer rumah kami memang dah rosak lama la. Jadi nak kena survey harga la kan....

Saya pulak nak tengok blender pulak. Blender yang saya pakai sebelum ni blender hadiah kahwin saya 22 tahun yang lalu. Lama juga bertahan. Cumanya lately bila guna akan ada bau hangit sikit. Mungkin motor dia. 

Ni jenama Toshiba. Dapat 3 set. 2 bekas besar dan 1 untuk blend bawang yang kecik tu. Harganya RM139.


Ni pulak jenama Tefal. Ada 3 set jugak dan ada harga menarik sempena Weekend. Harga ni untuk 10 pembeli pertama. Dapat la harga RM109. 

Nampak menarik ni....tapi saya akhirnya pilih Toshiba sebab watt dia lebih jadi power lagi la blender tu. 


Dania berkenan dengan kerusi ni. Amboiii kemain ya. 


Barang yang disurvey....dryer....


Macam-macam jenama nak compare harga. Ada technology latest sekarang ni jadi harga dia mahal sikit. 


Kami nak cari mesin dryer sahaja bukan 2 in 1 washing machine dan dryer. 


Diantara banyak2 dryer ni, dryer dengan technology yang baru dan harga paling rendah jatuh pada jenama Electrolux. Jenama Electrolux ni memang dah lama di pasaran. Dryer teknologi baru ni boleh jimat penggunaan elektrik. 

Kita tanda dulu la ya. 


Sementara hubby simpan kotak blender dalam kereta....saya dan Dania ke Decathlon. Saya nak cari tracksuit. Ok dah jumpa....fabrik dia macam cotton. Saya tak suka yang licin tu. Lagi satu saya mencari yang bawah dia tu tak ada grip dan jenis besar. Yayyy dah jumpa terus beli. 

Sebelum balik sempat lagi minum kat Bungkus Kaw Kaw ni. 

Nanti nak survey lagi Dryer ni kat kedai elektrik berdekatan Sek Men Jalan Empat tu. 




XOXO,
Ezna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Survey Dryer di Home Pro

Hubby cakap nak ke HomePro, IOI City Mall sebab nak survey dryer. Dryer rumah kami memang dah rosak lama la. Jadi nak kena survey harga la k...