Rabu, November 5

Bubur nasi berlauk

Dah lama saya tak buat bubur nasi. Memang saya suka bubur nasi ni sebab arwah mama dulu selalu sediakan. Bila kangkung tak ada, saya minta la hubby belikan sebab saya nak masak kangkung goreng belacan. Boleh masukkan sekali dalam bubur. Hubby belikan juga telur masin. 

Nasi bubur saya ni tak adalah sampai saya blend nasinya bagi hancur. Dalamnya saya letak kentang dan isi ayam. Lepas tu ada kangkung goreng belacan dan telur masin. Dania kata banyak warna dalam satu mangkuk. Ye lah Dania, banyak warna ni makan ya....hehe

Nasi bubur yang mama masak simple je tak ada telur masin dan kangkung tapi tu pun buat saya teringat-ingat. 


Bubur bukannya masakan untuk orang sakit je, mereka yang sihat pun suka juga bubur macam saya. Nasi air kalau orang Terengganu yang sediakan didatangkan dengan banyak lauk-pauk. 

Ada juga yang letak cili kicap kat bubur nasi ni tapi bagi saya makan macam ni pun dah cukup menyelerakan. 

Siapa lagi yang suka bubur / kanji / nasi air / moi?





XOXO,
Ezna

 

5 ulasan:

  1. suka bubur nasi ..mmg kalo tk sihat sesuai sgt menu ni tp utk yg sihat ok je makan hehe

    BalasPadam
  2. Saya pun suka bubur nasi. Makan berkali-kali dengan lauk-pauk yang ada, memang tak pernah jemu.

    BalasPadam
  3. Cie paling suka bubur nasi. Kadang buat sup ayam makan dengan bubur nasi pun sedap jugak.

    BalasPadam
  4. kalau anak2 teringin, masak juga dekat rumah...sebab anak2 je yang makan...suami tak makan bubur2 nasi nie

    BalasPadam
  5. Wahhh, rajinnya Ezna. Bubur berperisa tapi siap ada lauk kangkung belacan dan telur masin.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Perks Birthday Voucher

Bulan 11 ni Dania akan dapat birthday voucher RM15 dari Cotton On. Apa lagi....kita buat la pembelian untuk hadiah birthday Dania. Saya suka...