Rabu, Oktober 4

Makan malam di Tapak Urban Street Dining di Kuala Lumpur

Lepas kami balik dari 99 Wonderland Park tu suami bagi cadangan kita ke KL makan malam. Nak makan kat mana?. Saya suggest ke Tapak Urban Street Dining di KL. Kalau Tapak di Cyberjaya kami dah pernah pergi dah. 

Bila tak tahu kat mana Tapak KL ni guna maps je la. Pusing-pusing akhirnya jumpa juga tempatnya. Parking agak limited tapi kami bernasib baik jumpa juga spot parking. 


Food Truck yang saya dan Dania singgah yang ini. 


Close up sikit apa yang menarik ni?. 


Air Mango Smoothies ni order kat Food Truck 'First Order'. Ni pun sama je 2 beranak ni. 


Nak dapat tempat ni pun rezeki juga sebab orang ramai sangat kan. Elok je la satu meja kecik ni untuk kami 3 beranak. 


Tengah-tengah ni meja makan, food truck kat keliling kami. Memang meriah sangat kat sini. Nak nak malam minggu. 


Mango sana sini. Semuanya air mango. Sinilah tempat kami beli ni.


Nampak churros ni panjang juga. 


Kalau teringin nak makan Oden pun ada haa....


Tadi, nak siapkan Croffle ni kena tunggu 5 minit. Ini Original Croffle. Rangup dan tak manis sangat. Ada rasa serbuk kayu manis. Wangi Croffle ni. 


Ini Croffle Biscoff Dania punya. 


Nak makan croffle ni diberikan sarung tangan plastik. Idak la kotor tangan nanti melekit-lekit kan?. 


Croffle saya ni didatangkan dengan whipping cream. 


Suami order keropok lekor juga. 


Tengok ramai kan makan kat sini?. 


Ni pun nampak menarik ni. 


Nampaknya rakyat Malaysia dah mula menggemari makanan dari Mexico ni.


Taco's juga. 


Parking yang sangat padat. Masa kami datang tu agaknya time peak kot. Masa nak balik banyak je parking kosong. 


Perbezaan Tapak Urban Street Dining Cyberjaya dan Kuala Lumpur :

Cyberjaya : 
1. Lebih tenang dan tak sesak.
2. Parking luas dan percuma.
3. Food Truck banyak juga tapi tak sebanyak di Tapak Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur : 
1. Jalan agak sesak nak ke sini.
2. Parking agak terhad dan kena bayar.
3. Ramai pengunjung.
4. Food Truck banyak. 

Sesekali makan malam di Kuala Lumpur. Selalunya kat sini bukan la tempat favourite sebab jam kan. Kebetulan kami dari Selayang boleh la gagahkan diri. Kalau nak baca post Tapak Urban Street Dining, Cyberjaya boleh click sini.

Nak ke Tapak Urban Food Dining di Kuala Lumpur? 
Ni alamatnya :

Persiaran Hampshire, Off Jalan Ampang, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur. 





XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. pernh juga smp sini tp masa tu meja full sudahnya kami tapau mkn kt hotel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa ni pun kebetulan ada yang kosong tapi....ramainya orang....

      Padam
  2. Dah lama tak ke sini. Dulu tak byk sgt food truck yg ada. Ada masa nanti nak pergi jugakla.

    BalasPadam
  3. Jarang tak sesak Kalau kat KL nih..kan..hehe.. Nampak semua sedap belaka..Kalau depat ni, saya pengunjung utama rasanya...semua nak try kalau boleh 🤩

    BalasPadam
  4. Tak pernah singgah even bbrp kali lalu sini ...sbb nmpk crowded dan parking asyik full je..
    Tapi seronok pergi food truck gini, byk choice ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya PH crowded sangat. Nak parking nasib baik ada. Itu pun sesak2 camni memang sekali ni je la kot pergi. Baik gi kat Cyberjaya. Tenang sikit. Parking pun luas.

      Padam
  5. meriah menu mknnya! i dh lama tak pegi tmpt bersesak2 haha aging factor gamaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun tak suka Suzz tapi dah kata nak makan kat KL kena la hadap....nampaknya sekali ni je la I gi sini.

      Padam
  6. SAa bercita-cita nak ada food truck in future..harap2 ada la rezeki lepas pancen nanti..hahaha..kalau SA x jalankan maybe boleh manage..x sure kat Seremban ada tak tempat macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga SA. Boleh kuarkan skill memasak SA tu. Moga berjaya satu hari nanti...

      Padam
  7. Saya lihat aneka makanan yg dijual, rasanya tampak menggoda. Tapi begitu lihat keropok lekor punya suami Kaja, langsung lupa Ama semua menu lain. Dah pasti saya akan pesan lekor 🤣🤣🤣🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Beriadah berbasikal dan brisk walk

Hari Jumaat sehari selepas perayaan Deepavali, kami beriadah di Taman Canseri, Presint Diplomatik Putrajaya. Cuaca nampak baik petang ni.  S...