Isnin, Oktober 16

Bersabarlah.....

Ada satu hari tu saya kena pick up barang yang saya order. Pembelian saya dari satu personal shopper yang beli barang-barang daripada UK. Saya beli perfume 30ml Midnight Fantasy Britney Spears. Ok sangat la harganya tu yang saya beli tu. Bila beliau tanya jam berapa saya nak ambik...saya kata diantara jam 2-3 petang. 


Jadi saya tiba rumahnya pada 2.20 ptg macam tu. Bagi salam tak ada orang. Tunggulah sehingga jam 2.50 petang macam tu parking kat tepi rumah dia. 2.50 petang barulah nampak dia balik. Kita punyalah call sampai 3 kali tak berangkat. Last seen whatsapp 12.48 pm. Lepas tu tanya saya balik kak beli apa ya? Takde list kat saya 😅. Nasib baiklah saya ingat apa yang saya beli sebab barang tiba dari UK mengambil masa tiga bulan (tak silap saya naik kapal) ya jadi kalau lah orang tu beli banyak mana la nak ingatnya....

Tiba rumah dapat whatsapp saya ambil anak sekolah tadi....yg peliknya call sampai 3 kali kenapa tak berangkat?. Agaknya dia reply sebab saya tanya ada orang kat rumah ke tak ni?. 

Lepas pick up barang saya dan Dania ke Q Bistro saje nak minum petang. Nak minum air panas. Dania kena selsema jadi order la air teh o limau. Nak bagi lega sikit hidung tu. 


Petang-petang gini pun ramai juga orang kat mamak ni. Ramai yang kerja sendiri atau cuti agaknya. 


Top up roti bakar 1 set. Share la kami berdua....


Dah tiba kat tempat parking kereta ada pulak kucing. Dania kata kejap ummi. Ni lagi satu nak kena banyak2 bersabar ni. Kena la tunggu sekejap. 😅


Dalam hidup kita ni ni kadang-kadang menuntut untuk banyakkan bersabar. Saya cukup tak sabar jika kata jam sekian sekian kemudian kita kena tunggu lama baru la dia muncul. Padehal dia dah kata ok dah tu. Maknanya bersetuju la time tu dia ok. Kalau kena tunggu sekejap je saya ok je. Unless ada emergency ke apa...kalau macam tu tak jadi masalah la...kita pun faham. 





XOXO,
Ezna

 

16 ulasan:

  1. Jujurnya saya memang jenis tak sabar. Cepat je naik volume suara. Mujurlah suami jenis cool. Jadinya bila dia cool, kita segan nak bising2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang pasangan kita tu saling melengkapi kan...kalau dua dua jenis tak berapa nak sabar pun susah juga. Suami akak pun jenis cool juga.

      Padam
  2. err kita sama la ezz..i pun kurang kesabaran kalau part2 org tak punctual sbb kita jenis punctual kan....bertabahlahhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. You lecturer lagi la Suzz. Student you kena datang awal lagi dari you.

      Padam
  3. Memang menguji kesabaran sungguh bila jumpa orang begini.
    Walaupun niaga kecil-kecilan (jadi PS), tetaplah kena ada etika. Ni nampak tak bersedia dengan tak tepat masa dan tak tau apa pelanggan beli 🤦🏻‍♀️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau la pelanggan dia ambik kesempatan macam mana?. Senang la nanti kena tipu ye tak....

      Padam
  4. sabar separuh dr iman..
    senang je nak sebut but sgt susah nak diaplikasikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat setuju. Bab ni alahai......rasa nak marah....tapi kena sabar....

      Padam
  5. Mungkin lain kali sis suruh dia deliver ke rumah je la. Skrg ni masa kita lebih berharga dari nak menunggu org lain yg tak menghargai masa.

    BalasPadam
  6. sabar je la..dah la barang kena tunggu lama, dia lak lambat sampai rumah. list order pun takda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah LM rasa geram je. Nak marah tapi kena sabar.

      Padam
  7. Memang harus banyak sabar untuk beberapa hal nih. Apalagi menghadapi orang yang tak terlalu tepat waktu, bilang oke tapi ternyata tak siap lagi, atau banyak kali alasan 😄. Kalo ada alasan yg masuk akal dan emergency sifatnya , saya masih bisa terima. Tapi kalo seperti dibuat2, cukup tahulah, agak malas bikin janji lagi 🤭.

    Hahahahah Dania pecinta kucing sejati yaaa. Untung cuma seekor yg jumpa fans tu. Kalo ramai, lebih harus sabar kakak menunggu 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha....Fanny....entah kenapa kucing ni macam tahu manusia mana yang suka kucing. Ada instinct kucing mungkin....

      Padam
  8. mmg menguji kesabaran..nk2 kalo kita ada hal lain plak kn....mayb die ingt pukul 3 ezna smp ...q bistro tk pernh tk rmi....kt area opis suka juga bfast q bistro..menu fav mee goreng & roti sarang burung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh roti sarang burung tu kena cuba jugak la. Lama tak makan.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...