Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, October 19

Mungkin doa yang diangkat

Masa keputusan UPU peringkat STPM dan setaraf diumumkan pada 7 September 2023, pelajar Asasi UPM masih tak dapat keputusan mereka akan masuk ijazah yang mana kerana Asasi UPM merupakan asasi tertutup jadi keputusan akan diumumkan secara dalaman.

Tunggu punya tunggu 8 September 2023 katanya akan diumukan pada jam 3 petang, dibawa pula pada jam 5 petang kemudian bila refresh banyak kali katanya 12 tengah malam 9 September 2023 pulak. 

Kemudian pada 9 September 2023, keputusan permohonan akan diumumkan jam 2 petang yang sebelum ni 12 tengah malam kan....dan akhirnya pada 3 petang barulah keputusan permohonan ijazah diumumkan. Phewwww.....boleh imagine tak debaran tu macam mana?. Setiap jam yang kononnya akan diumumkan tu saya akan tunggu depan laptop dan refresh. Tak faham kenapa sistem Uni ni macam crash pulak. 

Tetapi....keputusan ijazah yang Dania dapat tu ada tetapi tidak kena dengan minat Dania....Dania tak minat pulak kursus tu....bila Dania macam tu...ibu ayah mana pulak tak susah hati kan...jadinya Isnin minggu depannya, saya dan Dania pergi ke Fakulti yang Dania nak sangat masuk belajar di sana. Jumpa dekan siap bawa semua docs siap binding. Nak nampak presentable. Bagus dekan tu sangat fatherly bila cakap dengan Dania. Ok settle part tu. Pelajar zaman sekarang lebih bold berbanding zaman saya dulu. Mungkin zaman dulu kita terima ajer apa2. Zaman sekarang mereka tahu apa yang mereka nak.

Dalam masa yang sama Dania apply kursus ijazah di Unikl. Unikl ni di bawah Mara jadi ok la kan.  Dania berjaya dapat Bachelor of Food Safety and Quality Technology. Program ini mengambil masa selama 3 tahun di mana 2 tahun di Universiti dan 1 tahun di industri. Maknanya 2u1i. Praktikal selama 1 tahun. Penempatannya di Unikl MICET yang terletak di Alor Gajah. Satu program yang menarik juga. 


Dalam pada itu, saya juga melihat-lihat University of Cyberjaya (UOC) yang terletak di Cyberjaya. Ada 1 kursus baharu diperkenalkan iaitu Bachelor of Dietetics (Honours). Tujuan apply course ini sebab Dania ada interview course ini kat UPM tapi disebabkan kuotanya terlalu sedikit iaitu dalam 30 orang sahaja tetapi calon yang dipanggil interview seramai 150 orang. Dania gagal mendapat tempat. 

Kebetulan bulan Oktober 2023, program Dietetik akan bermula di UOC. Kalau Dania bersetuju, Dania ialah kohort pertama program ini. Ini bermakna Dania akan merasmikan makmal memasak dengan perkakas yang baru. Banyak juga kelebihan yang diberikan kepada pelajar kohort pertama ni. Saya pun berkenan dengan universitinya yang cantik dan selesa. Tempat belajar semua nampak macam baru. Pendek kata memang selesalah. 

Dania pulak kata....tempat belajar UOC ni memang cantik tetapi....ya ada tetapi pulak ya....kenapa Dania dok teringat UPM je?. Kawan-kawan UPM....Dania masih berharap dapat tukar pengajiannya dari yang dia dapat tu. Lagi pun Dania kata...kalau betul la line Dania dietetik....dah lama dia akan dapat program dietetik di UPM. Masa ni la memang ummi nampak la Dania bersungguh-sungguh minta petunjuk kat Allah. Ya la nak minta petunjuk kat Allah sebab dah buntu sangat. Tak pasti mana laluan yang terbaik. 


Ummi pulak bukan sejenis nak tunggu dan lihat sahaja ya....tak berusaha nak mencuba untuk tukar program jadi kami anak beranak naik Bahagian Akademik tu sampai 7 kali ya....ya...7 kali tapi tu kira naik...kalau naik turun kena darab la 7x2. Ada sekali tu ummi macam jom kita pergi Bahagian Akademik tapi Dania kata kita tunggu je lah....ummi takde nak tunggu....mesti kena tahu juga status macam mana kan?. Ada 2 kali pergi staff minta semua sijil. Saya pergi ke flat ikan (tempat fotostat murah kat luar UPM) dan datang balik dengan sijil2. Terkejut staff sebab dia kata cepatnya Puan....kali kedua pun sama juga....ada mintak dokumen dan saya datang balik bagi semua dokumen siap....dan ada datang juga Bahagian Akademik tu dan staff siap cakap...anak tak datang ke?. Saya kata anak orientasi. Nampak sangat memang cam la saya selalu datang dengan Dania. (Kalau setakat datang sekali takkan staff cam kan...😅). 

Ada satu hari tu sebelum saya tidur...ada satu suara hati berbicara....kenapa tak mintak kursus xxxxxxxxx?. Jadi keesokkannya saya minta Dania apply program pengajian ni. Mungkin juga ilham dari Allah kan...3 program pengajian kena pilih. Kalau tak No. 1, No. 2 tak pun No. 3 yang akan Dania dapat nanti.  

Tak masuk lagi dengan email juga kepada Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan kat Fakulti yang Dania nak ya....gigih semua segi buat ni...Dekan Fakulti kami dah jumpa dah....😊. 

Ok setelah tiba waktu kena daftar UPM, Dania pun mendaftar macam biasa. Kena ambil dulu slot yang Dania dapat tu. Daftar UPM pada 30 September 2023. 

Pada 2 Oktober 2023, sebelum tidur ummi dah cakap Ya Allah....tolonglah dapatkan apa-apa berita dalam email pagi nanti. Mungkin itu petunjuknya...

Saya ingat saya ada singgah UPM nak makan kat He & She sorang-sorang (Dania orientasi kat UPM) pada 2 Oktober 2023 tu...masa tengah tunggu makanan tu saya terfikir nak buka email lepas tu dapat keputusan 'berjaya' tukar program pengajian....dan inilah jawapan kepada doa-doa kami....alhamdulilah....

Seingat saya pada 27 September 2023 (tarikh surat ni) memang saya ada pergi ke bahagian akademik. 😅 

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah....

Dania akan ke Fakulti Pertanian insya-Allah. Rupanya inilah jawapan kepada doa-doa saya untuk Dania mendapat kursus yang terbaik untuk dirinya. Bila dah dapat kursus ni terus la kami kembali tenang. Masa sampaikan berita ni kat Dania dia tengah makan kot masa orientasi....dia punya happy kata NAKK. Berkali-kali saya repeat nak ke kursus ni?.....to be sure kan....

Bagi saya kursus ni memang broad juga cabangnya kerana ada Sains, Perniagaan dan Pertanian jadi boleh masuk ketiga-tiga bidang ini. Salah satu cabang di dalam skop 'Food Security' (Keterjaminan Makanan) juga. Fakulti Pertanian juga diantara bangunan baru di UPM ni. Fakulti ni berpindah dari bangunan lama. Latihan praktikal paling banyak ditawarkan ke luar negara juga dari Fakulti Pertanian seperti di Korea, Luxembourg, Jerman, Jepun dan lain-lain lagi. 

Dania ada belajar tentang agribusiness ni dalam Semester 2 masa Dania ambil Asasi Sains Pertanian. Dania kena menjual untuk agro bazaar dengan kawan sekelas, ada kena tolong menjual kat Pasar Tani FAMA kat Stadium Shah Alam. Kena belajar perakaunan, pemasaran dan lain-lain lagi. Semua ni a part of program asasi Dania juga. (Ada yang tanya kenapa Dania kena menjual kat Pasar Tani FAMA?). 

Dalam QS World Ranking 2023 pula subjek Agriculture & Forestry UPM menduduki carta ke 74 subjek terbaik universiti dunia. Semua ni bagi saya bonus. Apa yang paling penting...apa yang anak kita aim nak belajar. Kalau tak minat program tu pun tak boleh jadi juga kan....kita dah berusaha setakat ni....selebihnya doa dan usaha Dania pulak.....

Actually minat Dania berubah.....latest, Dania minat semua berasaskan haiwan dan makanan, dan pertanian Di dalam kursus ini ada ketiga-tiga elemen tersebut. Pernah saya tanya seorang ni...rupa-rupanya beliau dulu ambil course Dania ni kiranya senior Dania la. Pernah juga dipilih untuk ke Jepun untuk mengikuti lawatan disebabkan beliau aktif kat Fakulti Pertanian menjadi Presiden Kelab dan beliau juga turut berpesan kepada Dania untuk aktif di fakulti. Bila Dania berjumpa dengan Timbalan Dekan pula, beliau nak assign penasihat akademik Dania tu seorang lecturer yang merupakan Ketua Jabatan. Setiap pelajar akan mendapat seorang penasihat akademik untuk pelajar berkongsi masalah akademik dan lain2. Alhamdulilah a good start nampaknya.... 

Dari tiga pilihannya untuk menukar kursus tu 1. Bacelor Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, 2. Bacelor Sains Perniagaantani, Fakulti Pertanian dan 3. Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Dania dapat No. 2. Untuk pengetahuan semua....Bacelor Sains Perniagaantani juga ada belajar pasal haiwan dan ada subjek kena belajar dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Perancangan Allah juga yang terbaik. Diberinya Dania kursus yang ada ketiga-tiga pilihannya. Sains Haiwan ni belajar pasal haiwan sahaja tetapi perniagaantani belajar pasal haiwan dan tumbuh-tumbuhan + akuakultur (ikan, kerangan dan tumbuhan dalam air).  

Dan Fakulti Dania ni sangat dekat dengan rumah lebih kurang 5.1 km dari rumah. 😊 If opt untuk tinggal dekat rumah nanti. Kelas semuanya di Fakulti Pertanian kecuali aktiviti Kokurikulum. Alhamdulilah. 

 
Dalam hidup kita kadang-kadang jika kita berjaya atau dapat apa yang kita nak tu bukan disebabkan doa kita tetapi mungkin juga doa dari adik-beradik, kawan-kawan, saudara-mara, guru-guru....

Pada bulan Ogos 2022 (tahun lepas), saya ada post di facebook kisah Dania confuse nak pilih diantara Asasi Sains Pertanian, UPM atau Foundation in Information Technology di MMU. Dania dapat tajaan daripada YTP Mara. Masa tu Dania dah masuk UPM dah. 

Dania memilih untuk meneruskan pengajian di UPM. Ramai juga yang cakap dengan saya agak sayang juga melepaskan tajaan dari YTP Mara tapi saya hanya mengikut empunya badan. Apa yang Dania nak...ikutkan docs tajaan pun saya dah siapkan. 


Apa yang saya nak tunjuk kat sini...kata-kata dari Paksu saya dari post fb saya ni. Mendoakan Dania di dalam bidang pertanian sebab diantara sebab Dania nak stay UPM masa tu sebab minat dengan subjek Pertanian. 


Terima kasih Paksu, Maksu, Liana dan Nadia....mungkin doa-doa dari keluarga Paksu menbuatkan Dania diterima masuk Fakulti ni. Terima kasih 💜💜💜. Tak lupa juga doa-doa dari semua....Terima kasih....💗💗💗

Kira rancang tetapi Allah yang menentukan. Trust the process. Dalam satu perjalanan, kita cuma 1 tiny dot. Kita tak nampak lagi jalannya. Apabila makin dekat....baru kita nampak destinasi kita kat mana....

Kalau tak dapat apa yang diidamkan, cuba dan cuba lagi walaupun di saat-saat terakhir. Kita tak tahu apa yang bakal kita dapat. Mungkin kita bersedih dengan apa yang ditakdirkan kepada kita tetapi semua ini pasti ada hikmahnya. Terima dengan hati yang terbuka.....

Jadi....Dania....anak ummi....jalan terus dan jangan toleh ke belakang lagi...ummi dan ayah akan sokong Dania dari belakang....

Nanti saya akan kongsikan perjalanan interview Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian di UPM.





XOXO,
Ezna

20 comments:

  1. Alhamdulillah... Dania dapat course yang diingini.
    Ummi dan ayah sangat supportive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Janji benda yang anak nak tu baik...kita sebagai ibu ayah support dari belakang.

      Delete
  2. Hope I can be a good mom as you did to Dania one day...Congratulations

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, berkat usaha, doa Allah makbulkan..
    Tahniah Dania...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nieyl....sebelum tu fuhhh turun naik bangunan tu....

      Delete
  4. Alhamdulillah tahniah Dania!
    Berjaya dapat course yg diingini & diminati. Mudah-mudahan Dania agar beroleh kejayaan besar aamin 🤲
    Adore and salute your fighting spirit Ezna ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mendoakan Dania ya PH. Kita ni sebagai ibu automatik akan melakukan yang terbaik untuk anak....saya yakin PH pun akan melakukan yang terbaik untuk anak2 PH....ibu pasti boleh!.

      Delete
  5. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa sis nakkan yang terbaik buat Dania, Allah makbulkan jugak impian Dania dapat kursus yang dia minat. Bagus Dania dah jelas apa yg dia nak. Betul la, anak muda sekarang jenis tak mudah mengalah kalau dia nak sesuatu dia akan usaha apply dan buat rayuan tukar kursus. Zaman kita dulu, tak suka pun kena terima sebab takut yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran haa gituuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kita dulu mungkin masih malu2 lagi. Zaman sekarang pulak lain dah berubah. Anak2 dah tahu apa yang mereka nak. Kalau perkara yang baik saya akan bagi sokongan. Ayat last Carneyz tu saya sangat setuju.

      Delete
  6. All the best dear Dania!! yg penting dania score from the very semester lagi sbb semua course pun sgt stiff competition nowadays, kalau dpt jd among the scorers, akan memudahkan proses job interview screening utk proses job hunting bila dh grad nanti...Allahumma yassir. My prayers are with our kids..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju sangat Suzz. Nanti I sampaikan pesan2 you ni. Thank you Suzz....aamiin untuk doa you....

      Delete
  7. Tahniah Dania...Tahniah Kak Ezna. Semoga berjaya dalam bidang yang diminati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulilah.....aamiin untuk doanya....

      Delete
  8. Congraaaats Dania dan kak ezna yg sudah banyak menyokong 🎉👍. Senang mendengar kabar nih. Memang lah, anak sebaiknya study dengan jurusan yg dia nak, supaya dia pun serius nak belajar. Kita sebagai orangtua menyokong lewat doa dan financial.

    Dulu saya pernah diterima di IPB (institut pertanian Bogor) utk bachelor jurusan nutrisi pakan ternak. Tapi memang saya sebatas dipaksa masuk kesana. Jadi jujur tak suka. Walaupun diterima, pada akhirnya saya tak ambil. Daripada saya tak serius belajar kan. Dan lebih memilih business management dan accounting di Penang. Untung diapprove oleh papa 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fanny. Kalau IPB ada collaboration dengan UPM di Fakulti Pertanian jadi student UPM bisa ke IPB untuk short semester atau 1 semester. Dulu kan....papa kakak suruh kakak ambil law tapi kakak bantah sebab tak minat. Ya kakak pun ambil business studies untuk diploma sebelum menyambung degree transportation (transportasi).

      Kalau kita minat, pasti kita berjaya. Kalau kita tak minat susah la kan...

      Delete
  9. Fuh mencabar sungguh perjalanan nya :D
    Semoga dipermudahkan segalanya amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah perjalanan yang tak begitu mudah. Moga anak kena ingat tu dan berusaha menempatkan diri diantara yang terbaik.

      Delete
  10. Alhamdulillah
    sy tumpang seronok utk Dania!👍🫰
    semoga segala urusan dipermudahkan kelak.
    insya allah. aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dia atas doanya Anies....aamiin untuk doanya....

      Delete