Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, October 17

University of Cyberjaya (UOC)

Saya dan Dania ada survey University of Cyberjaya pada 29 September 2023 sebab nak dengar penerangan tentang satu kursus baharu yang ditawarkan di UOC ini iaitu Bachelor of Dietetics (Hons). Dulunya University of Cyberjaya ini dikenali dengan nama Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS). 

Kami berjumpa dengan Dr di makmal tempat pelajar dietetik nanti akan memasak. Akan ada satu semester nanti iaitu di semester ketiga, pelajar ini akan belajar memasak untuk pesakit. 

Of course makmal tempat mereka memasak ni baru. Tak pernah digunakan lagi. Ada bau baru jugak. Perkakas baking semua tersusun rapi di satu sudut. Memang nampak baru la. Ye lah kan saya kata kursus ini baru ditawarkan di sini. Segan pula nak ambik gambar dengan Dr tu. Dr ni dulunya pelajar Ijazah Dietetik dari Universiti Sains Malaysia. Saya juga beritahu Dr yang Dania pun pergi interview Dietetik di UPM. Kalau universiti awam, kursus dietetik ni ada interview. Kalau kat universiti swasta pula tak ada interview. Kalau kelayakan masuk dah cukup boleh la masuk. 


Sangat selesa la kat sini kan....semuanya baru ya. 


Ni pula kat luar makmal. Ada nampak perkakas di makmal kat sini. 


Person in charge membawa kami tour kat University Of Cyberjaya ni. Takde gambar pulak dengan En. Hafiz. Pelajar Ijazah Kaunseling dari Universiti Utara Malaysia. Berinformasi En. Hafiz ni. Makmal ni pun nampak cantik dan terjaga je. Tak boleh compare dengan UPM sebab UPM dah berumur 50 tahun. 


Gambar ni kat dalam perpustakaan UOC ni. Cantik pulak area sini. 


Pelajar UOC nanti akan bertumpu kat sinilah kalau nak mengulangkaji pelajaran. 



Ni dari aras 2 perpustakaan. Memang nampak selesa kalau dapat mengulangkaji kat perpustakaan ini. Lantainya berkarpet. 


Dania sibuk membelek buku-buku kat sini ala ala ternampak buku novel. 


Kat sini anatomy gallery. Ada la tulang manusia dan sebagainya. Kata En. Hafiz untuk kegunaan pelajar perubatan yang belajar kat sini. Oh ya kat sini ada kursus perubatan juga ya. Anak kepada sepupu saya belajar kat sini. Mara taja di bawah Young Talent Programme. Dania pun dapat tajaan YTP ni tapi kat Multimedia University yang terletak tak jauh pun daripada UOC ni. 


Lepas tu kami diberikan penerangan lagi oleh En. Hafiz dan Bahagian Kemasukan En. Amin kalau tak silap saya. Menarik juga pakej yang ditawarkan kepada Dania sekiranya Dania bersetuju untuk mengikut kursus Bachelor of Dietetics (Hons). Kiranya Dania ialah pelajar kohort pertama Dietetik di UOC pada bulan Oktober 2023. 

- Yuran yang akan mendapat potongan sehingga 65%.
- Asrama secara percuma ditawarkan selama 1 tahun. 
- Dekat pinjaman PTPTN pun dah ada senarai course ini walaupun baharu dilancarkan di UOC. 

Banyak juga saya bertanya ni. Kos makanan di cafe pelajar dalam UOC ni basically dalam harga di bawah RM10. Maknanya masih rendah dan tidak membebankan. Saya ingat jikalau universiti swasta ini kalau cafe dia mestilah mahal kan?. Pulak tu masa saya datang katanya Starbucks bakal dibuka di dalam UOC ni. (Setakat post ni keluar, Starbucks dah buka ya kat sini). 

Jika tinggal di asrama pelajar, ada bas yang disediakan untuk mengambil pelajar ke UOC (mengikut jadual). Kalau tengok jauh tu takdelah jauh mana. Boleh nampak asrama tu dari UOC. Asrama ini terdiri daripada kondominium yang bawahnya terdapat banyak kedai seperti kedai mamak. Bukan biasa-biasa asramanya. Kondominium tu....

Canselor terbaharu UOC ini ialah Tan Sri Dato Seri Dr. Noor Hisham Abdullah bermula 1 Oktober 2023. 😊


Saya cakap kalau Dania masuk UOC ni duduk rumah je. Saya akan menghantar setiap hari. Nak kata jauh sangat Cyberjaya dengan kediaman saya tidaklah jauh mana. Universiti ni berbentuk bulat jadi kalau berjalan tu berpusing la kita ya. 😀.

Bergambar kat tempat wajib ambik gambar. Depan pancuran air UOC. 


Apa pun berbalik kepada empunya diri. Dia yang nak belajar. Sebenarnya ada seorang kawan sekelas Dania masuk sini sebab tak dapat tawaran Perubatan dari UPM. Kat sini kawan sekelas Dania tu ambik Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS). Dah la kawan dia suruh gang gang MRSM Serting yang dari Asasi UITM masuk UPM ambik Ijazah. Haha. Tengok2 kalau kengkawan dia dapat UPM....budak ni masuk UOC pulak. Lagi satu kawan Dania ni dari MRSM Serting. Bila masuk kat AsPER UPM dan sekelas pulak tu dia cakap 'Awak sepatutnya masuk MRSM Serting tapi tak masuk kan?'. Nak jadikan cerita budak ni baik pulak kat MRSM Serting dengan kawan Dania dari SK Bukit Jalil. Haa kecik kan dunia ni?. 😅

Ya Dania dapat MRSM Serting tak masuk, dapat Sekolah Menengah Teknik Melaka aliran Sains Pertanian tak masuk juga. Masa Asasi UPM kawan sekelas Dania juga ada seorang tu dari SM Teknik Melaka juga. Lepas tu Dania cakap patut dia masuk situ tapi tak masuk 😅. Sebenarnya jika you mintak dan dapat peluang...lepas tu boleh la fikir nak masuk ke tak. 

Saya walaupun di peringkat Universiti ni masih lagi mencari option yang terbaik untuk Dania meneruskan pengajiannya. Apa pun pilihannya terletak pada Dania. Kalau Dania kata ok....kita teruskan...

Nanti saya kongsikan Dania dapat universiti mana masa ijazah nanti dan yang mana pilihan Dania. 





XOXO,
Ezna





 



14 comments:

  1. wah..semuanya nampak cantik & baru... tenang je nak belajar
    moga yg terbaik utk Dania yer..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MA. Kat sini memang cantik Universitinya.

      Delete
  2. Mesti Dania budak bijak kan, banyak dapat tawaran ijazah dari universiti-universiti ternama ni. Menarik jugak kursus dietician ni. Tetiba terasa nak sambung belajar pulak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kursus dietetik ni memang menarik juga cumanya kena sangat2 minat Carneyz sebab banyak kimia dan biologi. Lebih kurang macam perubatan cumanya belajar tak detail macam perubatan. Bab ni yang Dania agak cuak sebenarnya. Boleh ke nak bawa....takut berat nak bawa.

      Delete
  3. Ezna dah a step further dari sy.
    Abang baru nak pilih aliran f4, meanwhile Dania dah masuk U :)
    Anyway, info Ezna bagus utk sy ambil maklum. Tiba masanya nanti, berguna Insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah PH. Tak lama lagi la tu. Masa Dania sekolah menengah dan dah masuk alirannya....time tu saya sibuk survey laluan Dania selepas SPM. Lepas tu bincang sama2 laluan mana yang Dania minat....nanti saya akan kongsikan lagi....insya-Allah.

      Delete
  4. Ehhh... bukan Dania dah register di UPM ke?
    Means ada dapat tawaran lain lah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah register pun kat UPM. Ya Dania dapat tawaran yang lain jugak.

      Delete
  5. All the best dear Dania!! ada my cousin sorang grad dlm bidang ni (tak ingat uni mana) now memang dh keje pun, keje kat KKM jugak (dia stay kat putrajaya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Suzz, kalau ambil dietetik ni normally attachment pun kat KKM. Memang pakar dietetik masih kurang di Malaysia. Prospek kerja bahagian ni pun cerah juga.

      Delete
  6. semoga Dania buat pilihan yang terbaik.
    Kyra ni pun masih tak nampak hala tuju nak ambil jurusan apa lepas SPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang lambat anak2 ni nak nampak hala tujunya.....moga anak Ammi nanti nampak ke mana arahnya nanti ya....all the best!

      Delete
  7. Jurusan dietetik ini mungkin sama dengan jurusan Gizi kali ya kak? Ini yg berhubungan dengan kesehatan dan makanan kan?

    Jadi penasaran juga Dania nak pilih yg mana 😄. Semogalah nanti kalau anak saya dah masuk kuliah, saya bisa juga mengirim mereka ke Malaysia. Saya memang prefer sekolah di sana, drpd jakarta Krn dari segi biaya jauh lebih murah setelah dihitung 🤭. Jakarta ini gila biaya sekolah dan kuliahnya 😂. Itulah kenapa papa saya mengirim saya dan adek study di Malaysia, Krn lebih affordable

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kakak translate dietetics kepada bahasa indonesia ia jadi 'cabang ilmu gizi'. Ya makanan untuk patient yang sakit. Macam penyakit kanker, dietician akan tentukan pesakit ini sesuai makan apa. Wow....iya ke mahal ya di Jakarta berbanding Malaysia? Student veterinary pula ramai juga belajar di IPB (Institut Pertanian Bogor) kerana di Malaysia hanya ada 2 Universiti yang menawarkan veterinary jadi penuh untuk course ini. Mereka akan ke IPB atau ke Bangladesh.

      Delete