Selasa, Oktober 31

Diamond & Platinum Pink Spark Ride & Run cuma RM6.50?

Hari sabtu Dania adalah hari kokurikulum jadi aktiviti family tak boleh kacau la waktu ni. Selepas Dania selesai kokurikulum, saya dan suami pun ambik Dania. Bagi Dania solat dulu kat Masjid UPM sebelum kami ke Pavilion Bukit Jalil. 


Tujuan ke Pavi Bukit Jalil ni sebab suami nak ambik race kit sempena Diamond & Platinum Pink Spark Ride and Run. Suami join yang 30km fun ride. 

Kat satu dinding dalam Pavi ni ada lukisan Tim Burton. Saya ada tengok citer movie kartun Tim Burton 'The Corpse Bride'. 


Rajin suami join fun ride ni. Basikal yang rim patah masa Putrajaya Bridge Night Ride pun dah siap baiki. Tu yang semangat nak masuk dan pulak....haaa nanti saya tunjuk sebab apa....


Bagi yang pernah masuk Ride 2 Farm Jom Run berkolaborasi dengan UPM, akan mendapat harga special kalau nak menyertai Pink Spark Ride and Run khususnya 30km Fun Ride. Nak tahu berapa??? RM6.50 je. Mungkin nak menarik orang ramai untuk join event ni sebab mungkin juga takde sambutan untuk fun ride. Suami saya ni lagi bersemangat la nak join. Harga asal tu bagi saya mahal sangat la sampai RM105.00. Dah dapat RM6.50 memang tak tolak la. Hehe. 




T Shirt ni la yang suami dapat. Berbaloi ke tak dengan hanya RM6.50? Hehe. T Shirt brand Ultron tu. Normally kalau nak join fun run ke fun ride ke, kena bayar puluh2 ringgit untuk seorang tu. 


Credit : Jom Run

Berdekatan dengan tempat pick up race kit ni ada penaja bersama iaitu Diamond & Platinum. Dapat voucher RM100 untuk pembelian di Diamond & Platinum tapi memang tak pergi pun. Voucher tinggal kenangan je la nanti. 


Kat satu sudut nampak cantik saya pun ambik la gambar Dania. 


Dania kata teringin nak Tealive jadi singgah sini dulu. 


Lepas tu ke food court sebab ummi dan ayah nak minum air panas. 


Teh tarik cam tak sedap. 😅


Tanglung ni pun nampak cantik. 


Lepas ni terus balik rumah sebab Dania nak pergi Malam Tunas Budaya kat UPM pada sebelah malamnya pulak. 





XOX,
Ezna

7 ulasan:

  1. murah tu kak... medal + jersey + bag + refreshment... best best

    BalasPadam
  2. tk pernh smp lg pavilion bukit jalil

    BalasPadam
  3. wah..memang rugi la kalau x join kan.. murah giler

    BalasPadam
  4. tak pernah jejak kaki lagi walau dekat

    BalasPadam
  5. murahnya fees tu ;) err i tak pernah lagi masuk pavi bukit jalil tu...setakat gi pavi KL jer heheheh

    BalasPadam
  6. Pergh..murah giler..next i kena teman Dania end Nov kot...ada run kat cyberjaya ke kat JB ntah

    BalasPadam
  7. Ya ampuuuuuun, turunnya banyaaaak BANGETTTT, worth it sangaaaaat lah kak. Memang harus ikut kalo harga jadi segitu kan 👍👍👍.

    Dapat banyak gifts pula. ❤️

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...