Selasa, Oktober 3

Berbaloi ke masuk 99 Wonderland Park?

Lepas makan kat Sofina Seafood (post sebelum ni), kami menuju ke Masjid Al Zakirin untuk menunaikan solat maghrib sebelum ke....kami nak masuk slot yang 5 petang tu.  
 
99 Wonderland Park yang terletak di 
Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara
68100 Kuala Lumpur. 

Ini harga tiket ya. 


Jom kita explore apa yang ada di sini. 


Musang Afrika ni badan dia bercorak cantik. Macam pernah nampak ni kat area rumah saya. 


Dania suka tengok youtube haiwan ni. Nama haiwan ni Caracal. 


Kat tengah ni ada tasik yang luas. 


Pertunjukkan Musical Dancing Fountain. Ini pula musical dancing fountain yang kami tonton depan Hotel Bellagio di Las Vegas. Click sini


Ada patung-patung di 99 Panda Street. 


Ini pula booth telefon famous di kota London. Tak nampak warna merah sebab gelap. 


Ada  lampu-lampu di keliling tasik. 



Beruang matahari ni baru terjaga dari tidur. Tadi lampu ditutup dia tidur, bila lampu buka....beruang ni terjaga. Macam nak keluar cage je. 


Ada la beli makanan haiwan ni satu pack untuk diberikan kepada haiwan yang berkenaan sahaja. 
Dania bagi juga makan rusa ni. Saya tahu ambik gambar je lah. Takutttt....



Tapir ni boleh mengeluarkan kencing ya sebab nak tanda kawasan. Kalau nampak dia membelakangkan kita tu hati-hati lah. 


Makanan yang dibeli tadi boleh diberikan kepada haiwan-haiwan ini sahaja yang berharga RM5. 


Kat sini ada haiwan zodiak untuk tahun cina. Ni zodiak Dania. 


Kat sini ramai geng awak eh? 🐭😅


Kat atas bridge yang ada LED lights. 


Kami....masa ni kat 99 Wonderland Park ni tak ramai orang. Lengang sangat. 



Selepas magical bridge ada dinosaur yang bergerak dan berbunyi. 


Pokok Avatar kot ni. 


Kawasan ni dipenuhi dengan lampu-lampu LED. 


Belakang kami ni lampu bunga tulip. 



Patung ni nampak macam kungfu panda. 


Dania immitate patung sebelah tu negara Korea Selatan. 


Segak la patung beruang Australia ni. 


Alaaa....gambar saya kecik la pulak. 


Ni staf 99 Wonderland Park. Bawak jalan-jalan burung African Crowned Crane. 


Apa tu kat bawah ni?. Kolam buaya ni kan saya tengok berlumut sungguh. Air dia keruh semacam. 


Burung unta pun ada. 


Ada orang luar duduk kat sini. Bila tanya ini apa?. Dia kata dia kata dia tak tau. Hairan juga kalau staff sendiri mestilah tahu nama haiwan kan. Nanti pengunjung tanya boleh la jawab. Bila saya kata guinea pig ke? Terus dia kata ya. Saya cakap dengan suami dan dan tu cakap ya....


Burung unta ni kat luar kandang. Seram nak jalan dekat sebab dia jenis mematuk. 


Burung merak ni nampaknya tengah berehat. 



Tak sure haiwan apa tapi cara dia duduk tu comel je. 


Ular ni Dania paling geli. 


Besarnya. 


Ferret. 


Nampak manjanya dia. 


Capybara ni yang Dania teruja nak bagi makan. Jadi, memang ada simpan sikit kacang panjang. Panggil-panggil Lexi kat luar ni dia tak datang. Akhirnya zoo keeper panggil datang masuk kandang. Pucuk dicita, ulam mendatang.  Seronok anakanda tu. 


Dania dapat bagi makan Capybara ni.


Capybara ni nganga mulut bila sua kacang panjang. Idak dia tak tengok kita pun. 


Ular yang dibiarkan tempat belakang tu untuk dipegang. Eiiii semua orang geli. Dania apatah lagi. 


Landak sedang berehat. Boleh nampak kat cage ni tikus berlari-lari. Eiiii geli saya. Dalam gambar ni tak nampak pulak.


Kat cage Mara ni pun sama ada beberapa ekor tikus. 


Ikan ni besar. Jangan berani-berani letak tangan atas tu. 


99 Monster Fish. 


Tumpang ambik gambar kat sini. 


Masa ni nak balik dah ni. Dania tengok Caracal lagi. Berkenan sungguh kat haiwan ni. Ada mat salleh bela ni jugak. Nampak makanan yang diberikan daging fresh. 


Macam kucing jugak sebab nampak dia jilat-jilat badan kawan dia. 


Ni lah burung yang nampak jalan-jalan 3 ekor tadi. 


Berbaloi ke masuk 99 Wonderland Park?

Saya rasa tak berbaloi sebab :

1. Harga tiket agak mahal. Dengan harga sebanyak tu macam tak berbaloi tengok haiwan yang tak seberapa. Kalau nak berbaloi tengok haiwan boleh la ke zoo negara. 

2.  Saya masuk jam 8 malam tapi pertunjukan musical dancing fountain je setakat jam 8 tu je la. Takde pulak dancing fountain tu dimainkan berulang kali. Mungkin ada masa-masa dia.

3. Ternampak kelibat banyak tikus dalam kandang haiwan. Bila nampak banyak tikus ni maknanya tahap kebersihan 99 Wonderland Park ini di tahap yang rendah. Saya nampak tikus dalam kandang haiwan Mara dan landak. Mara ni sejenis spesis tikus juga. Kelibat tikus juga dilihat di kandang yang kosong. Saya rasa pihak pengurusan 99 Wonderland Park kena panggil pakar haiwan perosak (Pest Control). Bayangkan kalau ada Restoran juga dalam ni. Agak2?. Err tak dapat dibayangkan.

4. Dah la kena bayar kat pintu masuk dengan bayaran yang mahal kemudian kalau nak naik Merry go Round pun dikenakan bayaran RM20/pax. Nak naik bot mengelilingi tasik pun kena juga bayar. Tak hairanlah Merry Go Round dan Bot tu sepi je.

5. Kandang haiwan ni kebanyakkan tidak disediakan macam habitat asli (ada pokok-pokok macam dekat zoo....nampak macam haiwan dalam kurungan ajer). 

Saya rasa banyak penambahbaikan kena buat. Kalau nak repeat lagi saya rasa tak la. Cukup la sekali ni sahaja. Siapa dah pernah pergi?. 





XOXO,
Ezna









 

14 ulasan:

  1. Bulan lepas nieyl baru je survey..
    konon2 nak bawa anak2 buah ke sana la...
    tapi tgk harga..hurmm..baca review orang ramai juga kata x berbaloi dgn harga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak rasa memang tak berbaloi. Maaf la ya....terus terang cakap. Kalau NN nak try gi boleh je nanti review....

      Padam
  2. Fikir 2-3x nak datang ke sini bila tengok harganya tu. Tapi mungkin sebab kos nak beli makanan utk binatang2 tu mahal kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah la Carneyz tapi sebelum ni dah gi zoo jadi kalau nak tengok binatang tu lagi berbaloi ke zoo. Luas dan macam terjaga je mereka dalam tu. Kalau nak tengok lampu2 boleh je ke sini....

      Padam
  3. pegi tk rmi org okla tp tula tiket pun mahal...tp cantik gmbr kt magical bridge tu...kita tgk slalu bdk2 sekolah buat lawatan ke sini...bdk2 kecik suka la tgk binatang2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tak budak pun Dania ni pun suka terutama Capybara. Entah kenapa dia minat betul Capybara ni lepas tu dapat pegang2 depan2 memang Dania suka la. Kita tepi je la sebab staff tu kata 'kakak pegang la, dia ok je'. Bila tanya kenapa dia jalan2 tu....staff kata ' dia kan tikus'. Eiiii terus teringat tikus biasa tu. Tak jadi nak pegang. Hahaha......

      Padam
  4. emmm memang tak berbaloi2 la dgn tix yg agak pricey tuuuu

    BalasPadam
  5. Caracal tuh saya nak pegang tapi ada yg bilang tak sejinak kucing 😂. Jadi agak seram.

    Sayang juga kalo tempat ini tak worth it ya kak. Saya cuma kuatir kalo tak banyak visitors, hewan2 ini akan terlantar atau tak. Karena biaya maintenance mereka pasti tak murah.

    Saya pikir tadi, memang ada tikus di dalam kandang beberapa hewan, ternyata tikus sampah maksudnya 😅?. Kalo itu saya memang geli sangaaaat.

    Yg ular pun saya tak akan mau pegang. Takuuut 😵😵.

    Biayanya lumayan juga sih, dan memang kalo tak banyak koleksi hewannya mending ke zoo negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berani la Fanny nak pegang caracal tu. Macam harimau je kakak rasa sebab dia bukan jinak sangat. Ya tikus biasa tu Fanny....memang nampak lari lari dalam kandang haiwan. Ular kakak pun takuttt.....

      Padam
  6. Tq utk info sis. Baru bercadang2 nak bawak anak2 sebb si kecik nie minat dinosaur.. tapi nampak dinosaur seketul Dua cam xberbaloi plak. Haiwan pon xbanyak mana. Xpe laa ....saya beralih ke zoo atau aquaria je nanti. Thanks again sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. You are welcome. Ada 2 ekor kot dinosaur ni. Memang tak banyak tapi boleh je datang kalau nak tengok lampu2 atau nak tengok haiwan tapi bagi sis kalau tujuan utama nak tengok haiwan boleh berkunjung kat zoo lagi berbaloi.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...