Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, October 23

Sekarang barulah cukup korum....

Ada satu kali tu, balik dari mana tak ingat tapi kami singgah solat asar kat Masjid UPM. Lepas tu suami mencadangkan untuk makan kat Umai @ KTAG. Yayyyy tak payah ke Putrajaya dah sebab sepelaung dari rumah pun ada Umai dah. Ikutkan nak ke Putrajaya tak jauh pun dari rumah kami sebab sempadan dengan Presint 14, Putrajaya. 

Masa kat sini tiba-tiba dengar Dania menjerit Durrah. Sah la terjumpa roommate lama kat sini. Durrah pun peluk la Dania. Kalau tak baik takde nak peluk macam ni. Dalam bilik masa asasi dulu, Durrah ni katilnya kat depan Dania. Sekarang ni masih lagi menginap di Kolej Tan Sri Aishah Ghani ni tapi blok je berbeza. Mereka 6 orang 1 bilik memang baik dan ngam la. Saya pulak tak boleh tengok happy ke sedih ke depan mata....airmata senang je nak keluar...Haha....sebak sebab Dania ada kawan yang dia baik macam ni. Alhamdulilah. 


Bila Durrah dah pergi barulah kami makan. Durrah datang nak tapau minuman dengan kawan. Nasi goreng pattaya ni Dania punya.


Bihun kungfu saya punya. 


Cucur udang dengan kuah kacang dan sos cili. Kalau orang utara makan dengan kuah kacang. Tu sebab suami suka tu. Saya makan dengan sos cili. 


Ni Dania suka jadi order yang ni jugak. 


Kali ni barulah cukup korum. Sebelum ni saya dan suami je makan kat sini. Masa tu Dania tengah orientasi. 


Bila cukup korum ni barulah berselera makannya. Nak nak mengadap ladang durian pulak ni. Oh ya sekarang ni UPM ada jual durian UPM kat Putra Mart berdekatan dengan Golf UPM (Dalam UPM). Suami kata nak singgah beli weekend nanti. Syoknya kat UPM ni kalau ada dia announce penjualan sayur-sayuran dan buah-buahan yang baru dipetik. 





XOXO,
Ezna

 

10 comments:

  1. Suka tengok muka Dania, sweet dan lembut je. Muka Durrah tu pun dah iras2 muka Dania jugak dari dalam gambar hehe. Alhamdulillah, Dania ramai kawan2 yg baik dgn dia.

    ReplyDelete

  2. Kalau lalu sini nak singgahlah Umai ni. Nampak byk pilihan mcm cucur² tu...
    Suami sy pun suka makan cucur udang dgn kuah kcg :)

    ReplyDelete
  3. seronokkan kalau kita nampak anak kita ada kawan2 yg mcnie...
    nieyl pun ada kawan mcnie juga Alhamdullah sampai skrg kak...
    ada yang dah jadi biras pun ada hehehe,yang msih berkawan pun ada juga..

    ReplyDelete
  4. Betul tu .. kalau dh kumpul adik beradik campur sepupu sepapat semua kat kampung .. makan tak pernah cukup hahahaha meriah sgt2 :D

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih sudah berbagi, Nice Post, salam kenal dari :
    IDProperti - Pasang Iklan Properti

    Mampir ya :)

    ReplyDelete
  6. Itu yg best jd student upm.. sapa yg x pernah mkn durian free, rambutan free mmg bodo lah kata senior kami dulu²... tp jgn sampai kena tangkap pak guard itu double bodoh... hahaha... dlu masa kami matrix ada budak bergaduh pasal berebut durian... mmg kecoh jugaklah time tu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. sama ngan MA..hati tisu sungguh.. but ye la..alhamdulillah anak pun dpt kawan2 yg baik kan... of coz la happy

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dpt kwn baik itu 1 rezeki. jg persahabatan smpi bla2 tau Dania! kwn2 U ni lain.

    ReplyDelete
  9. sama la our fav food. i pun suka menu kungfu tuuuu

    ReplyDelete
  10. Kalo di sini cucur udang atau bakwan udang lebih banyak makan dengan saus kacang juga. Atau beberapa orang suka sambil menggigit cabe rawit atau Chili padi 😄. Saya sendiri suka 2-2 nya. Gigit cabe langsung pun sedap Krn pedas , saus kacang juga enak 😄👍🏿

    ReplyDelete