Saya kan ada survey telefon kan....akhirnya saya telah memilih....saya buat online ajer kat website Maxis. Nak dijadikan cerita kat email ada letak Thank you for your purchase, your order is ready to be collected at your prefered Maxis Store (Maxis Center Sunway Pyramid). Jadi malamnya ke Maxis Sunway Pyramid tapi hampa je sebab staff Maxis cakap kena tunggu sms dulu baru boleh collect. Saya tanya kat email tu ada cakap your order is ready to be collected at your prefered Maxis Store (Maxis Center Sunway Pyramid). Dia tetap kata kena tunggu sms. Hmmm.....
Nak dijadikan cerita saya pun call Maxis Center nak tanya la perihal phone Zerolution yang saya booking tu. Zerolution ni tiada upfront iaitu tak payah bayar apa-apa in advance. Nanti bayar bil telefon je la. Jadi customer service tu cakap...nanti dia akan deal dengan supervisor di Maxis Center Sunway Pyramid. Dia kata patut saya dah boleh pick up je phone sebab phone yang saya request tu bukan phone terbaharu pun iaitu IPhone 15 tapi phone yang lebih lama.
Akhirnya customer service yang bernama Nadia call balik saya cakap dah boleh pick up phone saya bila-bila masa sahaja. Pulak dah....kalau customer sendiri yang request tak boleh. Kena melalui staff mereka juga ya. 😕
Weekend tersebut kami pun ke Maxis Center Sunway Pyramid. Customer agak ramai kat sini. Staff yang handle pertanyaan hanya seorang. Bayangkan hari minggu dengan ramai orang kan?. Macam tak cukup staff saya rasa. Dalam ni nampak macam tak ramai tapi sebenarnya busy kat Maxis ni.
Dania sibuk dengan phone di meja pameran. Nak duduk pun tempat agak terhad.
Seorang kenalah berdiri. Saya yang duduk.
Masa ni seorang staff Maxis Center tengah entertain saya tapi hanya tangannya saya ambil gambar. Hehe. Phone saya sebelum ni 4G tetapi yang ini liputan 5G. Ada la penerangan secara ringkas pakej yang saya ambil. Nampak macam mahal dari pakej sebelum ni tapi sebenarnya....saya downgrade pakej mobile plan saya jadi Maxis Postpaid RM109. Kalau tak sebelum ni saya ambil pakej Maxis Postpaid RM169. Tibalah masanya untuk pakai yang rendah sikit untuk kurangkan komitmen bulanan.
Pilihan saya IPhone 14 warna purple. Warnanya terlalu lembut. Kadang nampak macam warna silver.
Credit : Maxis
Selesai di Maxis, singgah pula Body Shop. Dania nak beli hadiah kat Puteri Aisya sempena Aisya masuk UPM. Dania cakap welcome gift. Pun ada ya.... saya memang ada skincare guna The Body Shop ni. Kebetulan dalam apps member The Body Shop saya ada voucher RM30 jadi guna yang tu je la nak beli hadiah yang Dania pilih. Dania pilih strawberry shower gel untuk Aisya. Tambah sikit ajer sebab ada voucher kan. Dah boleh jimat kat situ....😀.
Puteri Aisya ni, ayah dia ada restoran kat Bandar Baru Bangi ni. Nama restoran 'Warung Dusun Sup Gearbox'. Kalau google mesti ada. Selalu ramai orang kat situ. Pernah kami pergi Aisya yang jaga kaunter pembayaran.
Welcome gift Aisya.
Lepas tu singgah pulak kedai ni sebab nak cari screen protector untuk phone saya. Suami pula beli tempat pemegang phone untuk kereta saya. Alhamdulilah.
Saya pulak ada berborak dengan tukang pasang screen protector phone saya ni. Nampak ada tatu kat tangan. Terletak di bawah ibu jari. Saya tanya kenapa warna lembut je kat tatu tangan? Katanya sebab warna tak boleh masuk ke dalam kulit tangan sebab ada tulang. Kena bius ke? Katanya tak bius sebab nanti lambat nak sembuh. Kalau tatu yang coraknya lebih besar kena bius. Saje la saya tanya untuk info sendiri. Beliau pula orang Myanmar tapi Bahasa Malaysia nya boleh dipuji juga. Fikir-fikir balik scary jugak buat tatu ni. Siap masukkan pewarna dalam kulit kita.
Dari satu kedai ke kedai yang lain. Cari mouse pulak untuk laptop saya. Mouse saya dah rosak. Saya suka mouse yang disambung dengan laptop. Tak suka mouse wireless tu. Bila habis bateri hmmm dah tak boleh guna. Kena beli bateri dulu.
Lepas selesai semua barulah balik dengan senang hati. Saya pula susah hati sebab nak kena biasakan dengan phone IPhone pulak sebab sebelum ni saya guna Samsung. Nak kena install semua apps yang diguna dalam phone baru. Whatsapp, Instagram etc....
XOXO,
Ezna
slamat membiasakan diri guna iphone...kita dlu menang iphone pun jual sbb lebih senang guna android :)
BalasPadamIPhone lagi leceh sikit Amy. Hmmm mungkin tak biasa....memang selama ni bertahun guna android je. Zerolution ni nak pilih phone Samsung macam jadi mahal pulak komitmen bulanan. Ambik Iphone lama sikit komitmen jadi rendah.
PadamSama, sy pun dah downgrade post paid plan sy. Dekat rumah ada Unifi, bila di luar baru on mobile data. Jimat sikit, alhamdulillah. Mana yg boleh dikurangkan tu, kurangkan je la kan...
BalasPadamYa sama kita PH. Kat umah guna Unifi, kat luar baru on data. Nak berjimat sekarang ni.
PadamAlhamdulillah, welcome to iPhone family sis Ezna 🙌🏻
BalasPadamiPhone 14 warna purple tu idaman saya jugak tapi belum terfikir lagi nak upgrade iPhone yg saya pakai dari 2019 hadiah dari encik suami ni, melainkan dia hadiahkan yg baru ler hehe.
Ya...Carneyz pengguna IPhone yang setia. Sis baru nak mencuba....warna purple ni soft je Carneyz tapi warna merah pun cantik juga cuma menyerlah sangat. Takpe kita terima la kan kalau suami nak bagi. Alhamdulilah.
PadamLepas ni makin cantik la foto2 blog!
BalasPadamKena pandai gak angle semua tu UG. Kalau tak reti bab tu pun fail gambonya nanti....
Padamanak2 ciknur semua kalau tak iphone emmmm tp sanggup berabis kumpul duit biar mama abah hp biasa kalu blh nak yg murah lg he hee
BalasPadamYa allah memang ya la bebudak sekarang ni nak IPhone je....tapi kebaikannya ialah bila anak ada guna tablet IPad, dia akan sync dengan phone IPhone dia jugak jadi senang nak buat kerja.
Padamwow weee selamat jd warga ip😀 lg mantop laa gmbr2 lps ni
BalasPadamMasa mula2 nak guna IP ni leceh sikit la sebab nak kena sync apps dengan phone lama tu....lama2 cuba try guna IP ok lah....tak pernah guna kan....baru2 tu kekok sangat.
Padamcongrats ezz! besh tu dpt hp baru hheheh kira mcm new toys laaa...i insya Allah ujung bln dln baru boleh beli hp baru (nak beli samsung yg below RM2k jer sbb limited budget) moga2 tercapai la hasrat i ni hahahah
BalasPadamI guna zerolution tu je suzz. Takde kuar duit upfront I. Kalau kena keluar juga duit upfront....ada pakej phone RM1 je. Bayar RM1 dapat la phone tapi phone ni tak semua phone la tapi brand samsung pun ada you.
PadamHahahahah saya pun kalo dah bicara tatto, takuuuut 🤣🤣. Membayangkan disuntik lama, apalagi kalo besar gambar. Untunglah dilarang dalam Islam kan. Kalo pun semisal dibolehkan, tetep tak nak 😅. Banyak teman saya yg pakai tattoo, wanita pula, tapi dah laah, preferensi masing2.
BalasPadamBeberapa kali terpikir nak ganti iPhone, tapi suami bilang pikir dulu. Krn biasanya harus ganti semuanya, termasuk tablet dan laptop, supaya bisa sinkron semuanya. Dah harus ganti handphone skr, tapi msh galau tetap android atau beralih pula 🤣
Kalau masih ok gunakan ajer phone lama. Ni phone kakak dah ada masalah. Masalah baru pula datang sebab kena install semua whatsapp, instagram, tik tok, semua apps yang digunakan kemudian ada yang kakak lupa pula password....Hahaha....lepas tu apps tu tak boleh buka.
PadamMaaf nak tanya. Kita memang kena tunggu sms or call dari maxis tempat yang kita nak pick up dulu ke baru pi amik phone ?
BalasPadamYa sebab sebenarnya saya dah pergi 2 kali kat Maxis Sunway Pyramid ni. Kali pertama dia tanya nama tak ada dalam senarai. Tunggu pihak Maxis Sunway Pyramid sms. Lepas tu saya call Maxis Center. Terus Maxis Center deal dgn supervisor Maxis Sunway Pyramid dan saya boleh ambik phone saya bila2 masa. Kata Maxis Center sbb phone saya bukan phone terbaharu. Phone dah keluar lama iaitu I Phone 14. Cuba call Maxis Center dulu.
Padam