Ada seorang kawan Dania tumpangkan meja kecik lepas habis asasi. Kawan Dania tu tinggal kat Sarawak. Tak boleh la nak bawak banyak barang naik belon kan?. Jadi nak hantar la meja kecik tu kat Kolej selepas mereka semua ni selesai Minggu Perkasa Putra @ minggu orientasi. Kawan Dania kata peasan suruh bawak tupperware kecik sebab nak pass kek butter. Katanya dulu masa asasi bila Hana ni bawak kat bilik cukup laku kek butter ni.
Jadi, sebelum singgah ke Kolej, belikan buah tangan Rotiboy untuk kawan-kawan dulu kat Alamanda. Dania ni asal serius sangat ni?.
Bersusun rotiboy sedap ni haaa.....
Ni lah Kolej K10 kawan Dania tinggal kat UPM ni. Kolej K10 ni menempatkan student kejuruteraan. Oh ya dulu sebilik dengan Dania ada 6 orang. 3 kawan dapat sambung bacelor dalam fakulti kejuruteraan dan 3 orang lagi dapat sambung bacelor dalam fakulti pertanian. Nanti saya cerita....
Ni lah first time saya tiba kat Fakulti K10 ni. Selalunya lalu kat luar ajer. Masa Dania naik ke bilik kawan tu...tak lama kemudian dapat whatsapp suruh ayah dan ummi minum dulu. Mungkin banyak betul nak diceritakan tu.
Ummi dan ayah pun ke Kolej Dania dulu Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG). Niat di hati nak minum kat Umai kat KTAG ni sekali tutup daaa....
Nampak tak pokok tinggi2 ni? Ni lah pokok kayu putih yang boleh buat minyak kayu putih tu. Nama pokok ni Eucalyptus.
Dah Umai kat KTAG tutup, ummi dan ayah ke Serumpun pulak. Masa siap parking kereta....Dania whatsapp ummi kata ummi Dania dah turun bawah dah. bertuah punya anak....tadi suruh ummi dan ayah minum...ni suruh datang ambik dia pulak. 😅
Masa ambik tu nampak Dania dan Hana ni. As usual suruh pose la nak ambik gambar. Hehe. Baik pulak Hana ni tunggu sampai ummi dan ayah Dania tiba. Walaupun Hana ni non muslim tapi ayah Hana pesan jangan pakai seluar pendek kalau nak jalan-jalan. Kat rumah je boleh pakai. Ayah Hana ni cikgu sekolah kat Sarawak.
Nama penuhnya Elisha Hana.
Ni haaa Hana bekalkan Dania kek butter. Hana kata dia bahagikan untuk kawan-kawan sebilik Dania dulu. Dah tentu rezeki Ayuni, Durrah, Wafa dan Corina jugak ni.
Balik je ada la Dania cerita ummi xxxx (salah seorang kawan sebilik masa asasi) dah tak couple dah sebab utama mungkin ibu tak restu. Saya pun cakap la kadang ibu ni ada instinct orang tu baik ke tak kalau couple dengan anak dia. Nampaknya conversation dah makin matang ni. Bab boyfriend la pulak 😅. Ye lah anak dah masuk pengajian ijazah kan. Apa pun ummi cuba jadi kawan yang baik untuk Dania....insya-Allah.
XOXO,
Ezna
sedapnya kek butter tuuu my fav! errr my zharfan lom sampai thp conv psf gf ker apa lagi...err hrp2 tak cepat sgt laaa sbb i selalu ckp (secara berseloroh) nak suruh zharfan kawin lewat
BalasPadamSuzz...I pun suka cake butter tapi yg ni macam ada cheese pulak jadi Dania yg habiskan semua. I suka yg ori punya cake tu. Bila dah cakap / berbincang pasal girlfriend ke boyfriend ke....tersedar anak kita ni dah menuju ke alam dewasa dah ni dan tak lama lagi pun mungkin jumpa pasangan dia....haa time tu I pun tak tau la Suzz.....suspens je....
Padamkek butter cheese mita kek tu yg femes kt swak...mmg sedap...aritu outstation swak ada staff sana bg juga katanya kalo org semenanjung dtg depa tk suggest dh kek lapis swk...mmg kek butter mita yg depa soh bli
BalasPadamTerlupa nak tanya Dania nama kek ni tapi memang Hana cakap kek ni famous di sarawak. Mungkinlah kot Amy.
PadamNieyl pun suka kawan anak2 buah nieyl yg dah besar2 ni la, share psl bf ke apa sbb atleast dia bercerita, jadi kalau apa2 hal, tahu la nak cari siapa hehe..salam singgah kak ♥
BalasPadamBetul Nieyl kalau kita tak jadi kawan mereka nanti mereka sorok2 cerita pulak. TQ singgah Nieyl....
PadamSedap pula nama Elisha Hana tu... sayang.. dah takde nak beranak lagi 😀
BalasPadamDania ni muka lembut je.
Cerita tentang BF.. soon ummi.. soon!
Ah ah nama dia sedap. lembut je bunyinya tu. Seram la pulak bab bf tu hehe.....
PadamDia bawak kek butter mita ke tu? Yang tu mmg famous kat Sarawak.
BalasPadamTingginya pokok eucalyptus. Macamana agaknya org ambik minyak kayu putih dari pokok ni kan.
Tak tanya pulak Dania tapi Dania ada bagi tau Hana cakap kek butter tu famous dekat Sarawak dan masa bawak tu semua suka. Ikutkan dalam bilik Dania dulu 4 dari Borneo, 2 orang je Semenanjung. Mereka semua memang ngam sangat.
PadamAkak layan kan ajela bila dia cerita pasal boyfren...sebb Cuya dulu2 tak berpeluang nak cerita pada mak sendiri... sebab takut ngn mak bebel.. hahahha
BalasPadamKalau mak lebih terbuka, mesti anak akn lebih senang nak berkongsi, boleh share gosip..heheh
So far layan je. Siap tahu la kawan-kawan dia. Kalau Dania cerita kawan yang ni ke yang mana ke akak siap tahu yang mana satu....moga senang la Dania nak berkongsi kalau ada apa-apa masalah nanti.
Padamjemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html
Wahhh meriah la nanti segmen ni ya Cuya....
PadamHa ah, baru nak tanya.... "Kenapa serious sangat tu...?" hahaha
BalasPadamEntahnya....tiba-tiba serius.
PadamDah berubah fasa lah ye...
BalasPadamHana tu namanya sebijik macam Melayu ye...
Ah ah namanya macam nama orang Melayu tapi bapanya nama Wilson.
Padamwahhh dpt kawan jauh ya... lps ni bleh fly ke sarawak slau😀
BalasPadamhotel tu tg boleh nmpk dr highway tu kn? ke... sy silap tgk heheh
Ni bukan hotel tapi asrama pelajar UPM Anies tapi ya boleh nampak tepi highway.
PadamTernyata bisa tinggi juga pohon eucalyptus ini yaaa. Baru lihat saya pohonnya 😅. Selama inikan hanya tau pakai oilnya saja.
BalasPadamDengan anak zaman skr, kita memang tak bisa seperti orang tua zaman dulu yg terlalu banyak larangan ya kak . Saya tak akrab dengan parents Krn selain sibuk terlalu banyak larangan ini itu tanpa saya tahu alasannya. Jadi jangan harap lah bisa cerita pasal boyfriend 🤣🤣.
Karena itu dengan anak saya, tak ingin macam itu. Sebisa mungkin saya ingin jadi teman mereka, biar mereka bisa terbuka. Salut kalo melihat hubungan Kaka dengan Dania, yg kemana2 sering berdua 👍
Ya pohon eucalyptus ni tinggi. Kat Universiti sini memang tanam banyak pokok. Oilnya juga bagus untuk relieve stress. Wahhh zaman kakak dulu tak berani cerita pasal boyfriend. Takutttt.....
PadamSelalu nampak kakak berdua dengan Dania kerana kakak sudah berhenti kerja sejak Dania berumur 5 bulan. Dania juga anak tunggal jadi kawannya kakak je la...hehe....selain kawan seusia Dania....
Aduhai... tak sedar kan masa berlalu. dulu ditimang timang, sekarang dah boleh sembang bab boyfriend.
BalasPadamYa Azian....bila dah sembang pasal boyfriend ni tersedar rupanya anak kita ni dah dewasa ni...
Padamdapnye butter cake
BalasPadamah ah..serius sungguh pic no 1 tu
Hehe saya pun suka butter cake juga.
Padamsedapnya kek butter
BalasPadamAkak pun suka...
Padam