Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, October 1

Perjalanan baru Dania kini bermula | Bacelor UPM

Semalam 30 September 2023, Dania dah selamat mendaftar di UPM. Kenapa UPM dan bukan Universiti lain?. Asasi Sains Pertanian Dania adalah asasi tertutup jadi selepas asasi, penempatan ijazahnya di UPM juga. 

Disebabkan rumah kami dengan Kolej Dania kat UPM tu dalam 9.1 km je jadi kami pergi lewat sikit dalam jam 11 pagi. Kolej Dania sebelum ni di Kolej Tan Sri Aishah Ghani 7.7 km dari rumah. Masih dalam kategori dekat. 

Inilah barang-barang yang Dania bawak ke kolej. Beg baju ada 2 iaitu 1 besar ni dan 1 lagi beg kabin je. 


Masa ni dapat info kena daftar dan naik bas nak ke kolej. Padehal kolejnya sebelah je tempat parking ni. 


Kalau kolej jauh-jauh naik bas ok la kan. Ni kami park betul-betul sebelah kolej. Kereta ibu bapa tak boleh masuk sampai dalam. 


Dari sini dah boleh nampak kolej Dania. 


Ada jual basikal kat sini untuk keselesaan pelajar. Naik basikal ke kelas. Bab basikal ni nak kena jaga betul-betul ya.  Nak elakkan kecurian ke apa....


Ni lah nama Kolej Dania. 


Dania daftar dalam ni dan lepas ni akan beratur kat pejabat kolej untuk ambik kunci bilik. 


Kolej ni lah nanti penempatan Dania. Sekarang ni pelajar kena daftar kat kolej sahaja. Tak perlu daftar kat Dewan Besar. 



Depan ni ramai la sukarelawan. Apa yang saya nampak kolej ni jugak menempatkan para atlet. Mungkin atlet kolej atau atlet negara yang sambung belajar. 


Khemah ibu bapa ni sepi je. Akhirnya yang duduk sini saya dan suami je. Hehe. 


Sebelah ni ada jualan. Beli la air mineral sejuk dan sandwich. Cuaca sangat panas semalam. Kalau tengok kat kereta dia tulis 40 darjah celcius. Fuhhhh patutlah panas.


Dania dapat bilik paling atas. Fuhhh jenuh la ummi dan ayah menapak naik atas. Masa ni je ummi ayah dibenarkan naik. Lepas ni tak boleh dah. 


Dania dapat bilik ni. Kat sini rasanya majoriti bilik berdua. Dania kata kanan ke kiri ummi?. Saya pilih kanan sebab kat rumah pun katil Dania sebelah kanan. 


Masa ni Dania telefon ayah kot. Ayah kat bawah bawak beg paling berat. 


Setiap pelajar dibekalkan tudung ni untuk majlis bacaan ikrar untuk dipadankan dengan baju putih dan kain hitam. Bukan Islam tak ada la. 


Ummi letak macam ni supaya Dania senang nak siap nanti. 


Lepas tu ummi dan ayah balik dulu rumah untuk biarkan Dania siap-siap bilik dia. Bilik dia bersih dan kemas dah. 

Ummi dan ayah datang semula ke kolej untuk ambil Dania pergi makan tengahari. Dania bagi tau ummi yang Dania dah selesai kemas-kemas semua. Alhamdulilah. Kami makan kat Bangi Square 2 je. Tak jauh mana dari UPM. Ingatkan boleh la lepas tu hantar Dania balik ke kolej tapi Dania cakap nak balik rumah dulu nak mandi-mandi. Ummi dan ayah layankan je sebab tiba rumah dulu dari kolej tu. 

Ok ni dah final ya. Lepas mandi-mandi solat Zohor semua...marilah kita ke UPM balik. Dania nak kena ada di Kolej sebelum jam 4 petang sebab aktiviti Minggu Perkasa Siswa akan bermula. 


Ummi nampak ada orang bergambar depan ni masa kita nak daftar pagi tadi. Ayah berhenti sebelah then ummi dan Dania ke sini. Ummi cepat la Dania kena ada kat sana sebelum pukul 4pm. Ummi cakap nak buat kenang-kenangan nanti Dania dah masuk belajar dah 😅


Pokok ni memang banyak kat UPM. Ala-ala kat Taman Tasik Taiping tu. 


Selfie dua beranak pulak ya. Barulah kami ke kereta. Tq suami sanggup tunggu. Dia dah faham dah kena layan isteri punya minat suka ambik gambar. Hehehe....


Ada tambahan barang lagi tapi kali ni sikit je tak payah ummi tolong bawak sampai atas. 


One last time, gambar bertiga pulak ya. Baru perasan suami saya tukar baju la. Tadi warna ungu. Kali ni biru pulak dan sedondon anak beranak. Tak plan pun tapi secara kebetulan sahaja. 


Selamat belajar anakku. Moga pulangmu menggenggam ijazah.....aamiin. 


Sementara itu, ummi dan ayah singgah minum dulu kat Umai dulu. Kami suka singgah Umai kat Putrajaya tu tapi kali ni Umai dah masuk kat UPM. Satu kat kolej Dania dulu kat Kolej Tan Sri Aishah Ghani dan lagi satu kat Kolej Serumpun. 

KTAG ni (Kolej Tan Sri Aishah Ghani). Time Dania ada tak buka lagi. Dania dah keluar buka pula kat sini. 


Cantik tempat makannya mengadap kebun durian. 


Time suami Diploma dulu, kolej lama Dania ni tak ada lagi. Kat sini semua kebun buah-buahan je. 


Menu yang selalu order kat Umai Putrajaya pun ada kat sini. Yayyy....

Cucur udang. 


Cekodok pisang. 


Sebenarnya rasa lain la jugak sebab selalu kami bertiga je kemana-mana. Mungkin kalau remaja lain suka duduk rumah, tapi Dania memang mengikut je kemana kami pergi. Kalau nak ikut tu selalu Dania akan tanya ummi pergi tak?. Kalau ummi pergi Dania pergi. Kalau malam pun puas la saya suruh tidur...walau mata dah mengantuk dah tu boleh pulak...kalau ummi tidur baru Dania tidur 😅. Ragam anak....macam-macam la ya 😁

Moga Allah permudah urusan Dania kat UPM. Kalau UPM ni rezeki Dania untuk meneruskan ijazahnya ya Allah permudahkan. 





XOXO,
Ezna



12 comments:

  1. Wahhhh.. itu kolej auntie dulu la damia!!! Happynya dpt tgk gambar² kolej canselor.. nnt share lg tau.. dah lain dah meja studynya ek.. dania blok mahsuri ke masria kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? Sama la ni....Dania kat blok Masria. Takpe lepas ni confirm banyak lagi gambar akan di share. Sekarang ni sibuk orientasi. Tunggu la lepas2 ni. Hehehe

      Delete
  2. Go Dania Go!

    (Bantal busuk wajib) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....tu buat tutup muka uncle. Jiran katil sebelah tak daftar lagi. Haha....

      Delete
  3. Mesti sunyi bila Dania dah duduk di kolej kan. Dah kenal ke roommate dia? Lepas ni bermula la kehidupan kampus Dania.

    Baca pengalaman Dania ni mengingatkan saya pengalaman masuk UTM dulu. Bapak je yg temankan dari Sarawak ke JB. Tu pun dia boleh hantar smp luar kolej je sebab saya sampai lewat seminggu gara2 menunggu clearance bayaran yuran pendaftaran dari unit bendahari ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman sungguh kan?. Sarawak ke JB tu memang jauh. Kuat sungguh Carneyz ya. Dulu masa asasi teman sebilik 4 dari Borneo. 2 Sabah dan 2 Sarawak. Bila time cuti sekejap mereka tak balik.

      Teman sebilik tak ada lagi Carneyz. Tu yang Dania suspens sorang-sorang dalam bilik sebab katil sebelah kosong.

      Delete
  4. Alhamdulillah... tahniah Dania! selamat belajar dan selamat mengharungi cabaran sbg pelajar U. mula2 mmg rasa susah dan mcm2 masalah. tp lps tu insya allah segalanya baik2 sahaja. lg pun rumah dkt kannn🤭u know what to do rite😁

    ReplyDelete
  5. All the best dear dania!! moga terus sukses cemerlang dan lancar segalanya..aamiin--bestnya uni tu dekat jer dgn rumah heheheh next year turn zharfan plak masuk main campus UIA..errr dekat gak dgn rumah dan opis mamanya jugak hehehhe

    ReplyDelete
  6. tahniah dania..new journey...yela dh biasa bertiga so skarang berdua dating la plak

    ReplyDelete
  7. Ni kalau rindu tiap-tiap hari pun boleh muncul kat depan kolej Dania 😁
    Happy studying Dania!

    ReplyDelete
  8. Dania memang sangat dekat dengan kakak yaa, di setiap cerita pasti selalu berdua 😄👍🏿. Jarang loh yang seperti itu sekarang ini. Biasa anak apalagi kalau dah besar lebih suka dengan temannya. Saluuut dengan kakak dan Dania.

    Semoga lancar kuliahnya Dania. Cepat lulus, dapat kerja yang bagus ❤️.

    Saya jadi rindu masa2 kuliah 😍

    ReplyDelete