Baru-baru masuk dah ada Agro Camp untuk pelajar baharu fakulti ni. Tujuannya nak bagi bonding diantara pelajar baharu semester pertama 2023/2024.
Ni semua barang yang Dania bawak untuk Agro Camp. Siap dengan sleeping bag lagi haa....bag ni ummi punya. Dah lama dah beli.
Sebelum hantar Dania ke Fakulti Pertanian, pergi makan dulu. Hari ni suami kata tak payah masak. Hehehe....bahagia ya....singgah la 4 Fingers dulu. Sebelum tu nak makan kat Mee Hiris. Tutup pulak hari jumaat ni. Dulu2 buka. Nampak nau dah lama tak makan kat sini hari jumaat.
Makanan yang kami order. Katanya kena tunggu 20 minit tapi tak sampai 20 minit dah siap. Alhamdulilah.
Order ni juga 1. Inti dalam tu nutella. Share la kami berdua.
Patutnya Agro Camp ni buat minggu sebelumnya tapi ditunda pula ke tarikh 27 Oktober 2023.
Agro Camp 2023 ni menghimpunkan mahasiswa baharu Fakulti Pertanian Semester 1 2023/2024. Terdiri daripada student dari :
Sains Pertanian
Sains Haiwan
Sains Perniagaantani
Sains Hortikultur
Sains Pengurusan Perladangan
Sains Akuakultur
Teknologi Pertanian Pintar
Saya siap minta program lagi. Senang nak tengok pukul berapa program mula dan tamat. Jadi kalau nak tanya apa-apa pun masa Dania free.
Ok dah siap hantar Dania. Dalam jam 3 petang kami dah sampai ke Fakulti Pertanian.
Beg yang Dania bawa ni sesuai sangat la pergi camping cuma berat juga nak bawanya tu. Banyak barang. Hehe. Complete Dania bawak tu bantal kecik dengan sleeping bag, payung etc....
Lepas tu elok je kat traffic light bunyi ting ting whatsapp. Saya dah agak mesti Dania ni. Terus ambik lane kiri sekali nak buat U Turn so that apa-apa hal boleh patah balik. Berhenti kat satu tempat dan ya Dania cakap kaunter pun tak buka lagi. 4.30 baru ada. Saya cakap nak lepak dengan ummi tak?. Dania kata hehehe je so saya faham la. Nak la tu....Hmmmm....apa lagi saya datang balik ambik Dania dan kami pergi minum petang sama-sama kat Umai. Nak habiskan masa je ni. Umai ni kena masuk kampus utama. Tak jauh pun dari Fakulti Pertanian ni.
Makan cekodok ajer. Saya minum air panas teh o.
Ni lepas hantar Dania kali kedua ni. Kat depan ni la Dania tunggu tadi tapi tak start lagi. Dania memang selalunya diantara yang terawal. Harap2 dapat kekalkan momentum ni ya....
Cuaca petang ni hujan tapi renyai-renyai je. Kejap je pun. Masa ni hujan dah berhenti. Belah kanan ni fakulti, belah kiri ladang tempat student amali. Saya pun pernah petik jagung kat ladang jagung belah kiri ni. Kiranya orang luar pun boleh je masuk kalau ada event.
Pintu gerbang Fakulti Pertanian. Jalan kat sini agak lengang jugak. Fakulti Pertanian ni kat belah dalam. Kat luar daripada ni jalan besar. Jadi, kalau nak ke Fakulti Pertanian ni memang jalan tak sesak dan kena lalu jalan dalam.
Dah hantar akhirnya. Ok Dania....camp elok-elok. Dengar cerita tak tidur bawah khemah pun tapi bilik kuliah. Bilik kuliah pun selesa ada aircond. Alhamdulilah dapat masuk Fakulti Pertanian ni yang agak baru bangunannya berbanding fakulti lain dalam UPM, Serdang ni. Ada lagi satu UPMKB. Ada yang tersilap ingatkan UPM Kota Bharu tapi bukan ya...UPM Kampus Bintulu (UPMKB). Ada seorang kawan sekolah rendah Dania kat sini ambil Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan di UPMKB selama 3 tahun.
XOXO,
Ezna
all the best dania!
BalasPadamsronok ada camp tu..ala2 sesi suaikenal la kan
BalasPadamBestnya!
BalasPadamEnjoy Dania...
seronoknya..have fun dania!!!
BalasPadamSure Dania suka ni..camping apa segala kan...kena rajin join aktiviti kumpul merit ye dak..
BalasPadamSelalu sukaaa baca cerita kakak kalo dah lepak berdua Dania 👍☺️. Beruntung sangat kalian bisa sangat dekat. Tak semua hubungan ibu anak sedekat itu.
BalasPadamSeruuu ini acara camp nya yaa. 2 hari pula. Saya tak ada acara2 event begini zaman kuliah dulu. Jurusan business dan accounting pun, tak ada camping2 🤣