Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, October 12

Taman Kucing Cyberjaya dan terjumpa pelakon la pulak...

Sekali lagi saya berkesempatan untuk mengumpul sedikit dana untuk saya membeli makanan kucing dan seterusnya menghantar ke Taman Kucing Cyberjaya. Alhamdulilah dengan dana itu saya berjaya membeli 12 paket makanan kucing bersize sederhana yang terdiri daripada Prodiet 5 pek dan Whiskas 7 pek. Saya suka projek kecil-kecilan ni. Alhamdulilah. Terima kasih kepada semua yang terlibat ya. 😊


Masa ni kami tiba di Taman Kucing Cyberjaya 30 minit lebih awal. Taman Kucing dibuka pada jam 9 pagi pada hari ahad. Sebelum Taman Kucing dibuka, kami berjalan brisk walking sepanjang tasik. Ada la dekat 20 minit kot. 😉

Bunga tengah berkembang masa ni. 


Cantik betul la bunga-bunga ni. 


Bila Taman Kucing dibuka, maka saya letak makanan kucing atas rak ni dulu sebelum saya nak panggil staff untuk terus masukkan makanan ke dalam pejabat. Takut letak sini karang hilang pulak. 


Terima kasih penyumbang-penyumbang di atas sumbangan yang diberikan. Perisa makanan tu beli variety la ada tuna, ayam dan lain-lain. Nak angkat makanan kucing ni boleh tahan berat juga. 


Staff Taman Kucing En. Akmal tolong masukkan makanan kucing dalam pejabat. 


Pengunjung pagi ni tak ramai sangat. 


Tak ambil masa yang lama kat sini sebab dah pernah pergi. Cuma nak hantarkan makanan kucing hasil sumbangan ajer. 


Ni lah pejabat Taman Kucing Cyberjaya. 


Lepas Taman Kucing kami nak breakfast di sini. Suami dapat tahu dari kawan-kawan ofis la ni. 


Saya order laksam ni. Boleh la makan tapi bukanlah nak kata feveret. 


Ada banyak kuih-muih jugak kat sini. 


Saya sibuk je ambil gambar. Masa ni semua tengah beratur. Hehe...😅


Pilih-pilih nak makan kuih yang mana satu....


Ambik gambar je. Suami yang beratur ambik kuih muih ni. 


Nasi dagang Dania. Masa makan Dania kata kuah dia manis. Suami pulak cakap sedap nasi dagang ni. 


Kuih yang suami ambik tadi. 


Masa tengah makan, saya ternampak kelibat Syafie Naswip yang tengah makan dengan beberapa orang. Duduk pun tak jauh dari meja saya la. Saya la minta nak ambik gambar. Hehe. Bukan dengan saya tapi Dania la. Mulanya Dania cakap tak kenal la siapa tu...Bila dekat...oh baru kenal tapi Dania tak cakap la depan Syafie Naswip tapi depan ummi la. Hehehe....

Ada juga nampak budak kecil yang tengok-tengok senyum kat Syafie ni. Mungkin pernah nampak kat movie ke drama la kot. Kecik je Syafie ni rupanya. Macam Dania tinggi sikit je. 

Lepas tu bila balik je cari la cerita pasal Syafie Naswip ni. Erkkkk dia terkena sihir selama ni. Seram pulak ya? Kalau tahu idak la nak bergambar sama. Alhamdulilah setakat ni, takde apa-apa yang berlaku. 


Di kejauhan, nampak tak bangunan merah dan putih tu. Itulah UITM kampus Dengkil tempat kursus asasi UITM dijalankan. Tak jauh pun dengan MekNoor Nasik Dagang yang beralamat di :

G-01, Jalan Dengkil Center Point, Taman Dengkil Jaya, 43800 Dengkil, Selangor. 


Tak jauh dari sini, kami ke Pusat Penyembelihan Ayam di Presint 20, Putrajaya. Border je pun dari Dengkil ni. Terjumpa tempat ni masa lalu lepas Perarakan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2023. Ikut la waze sebab nak pergi makan area Dengkil. Lalu sini dulu...kemudian baru la tahu kewujudan tempat ni. Terletak berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. 


Ayam disembeih kat sini kemudian dijual. Memang fresh la.


Ayam yang suami minta untuk dipotong 14.

 

Dah selamat masak ayam goreng bercili. Sedap....





XOXO,
Ezna

19 comments:

  1. wahh mcm2 citer dlm satu entry hehehh taman kucing tu memang patutnya ada byk2 kan...sbb stray cats sgt byk la kat merata2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la you. Taman Kucing ni stray cats yang diambil di area Medan Selera dan Pasar sekitar Sepang. Majlis Perbandaran Sepang yang handle. Mereka akan mengubati kucing2 kat sini. Akan ada veterinar yang merawat kucing. Usaha yang bagus jugak dari pihak MPS. Selain daripada tu boleh adopt juga kucing kat sini.

      Delete
  2. Untung jumpa syafie naswip tu .. Dia belanja makan tak hahaha..
    Taman kucing cyberjaya macam best.. Boleh la plan dgn anak2 walau tak suka kucing hahaha..
    Tmpt penyembelihan ayam tu mmg best dpt beli ayam yg betul2 fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sendiri datang sendiri bayar. Kucing2 kat sini dalam rumah kucing yang besar. Setakat duduk kat luar ajer. Siapa yang takut...kucing tu tak keluar. Ayam tu memang best kalau dapat beli. Dia sembelih terus kat situ.

      Delete
  3. Boleh bayangkan berat makanan kucing tu. Sekampit tu je dah 3kg kan. Teringin jugak nak pergi taman kucing cyberjaya ni tapi takde kesempatan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 1.2kg dan 1.4kg Carneyz. Kalau dah bawa 12 pek sederhana tu boleh tahan jugak la beratnya.

      Delete
  4. alhamdulillah..berkongsi rezeki dgn anak bulus..bagus program2 mcm ni..
    wah jumpa pelakon lagi..bagus dia ni berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali je MA. Sumbangan dari persendirian. Saya kenal Syafie ni masa dia berlakon filem Mukhsin.

      Delete
  5. nieyl ada juga search pasal taman kucing tu..dekat tapi x berkesempatan nak pergi..
    kedai nasi dagang ni dah dekat sangat dgn umah nieyl hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Nieyl tinggal area nasi dagang ni ya?. Tak jauh la kalau kerja kat Putrajaya.

      Delete
  6. Bestnya boleh beli ayam segar 👍

    ReplyDelete
  7. Asik tengok gabar je taman kucing ni.... bila la uncle nak pegi....

    ReplyDelete
  8. Semoga kucing2 di sana terawat hidupnya dari pemberian Orang2 yang berbaik hati kasih mereka makan ❤️. Kalo di sinipun ada, tapi kebanyakan donasi utk sterilkan kucing jalanan kak. Supaya tak banyak berkembang biak. Dan lebih terawat hidupnya.

    Angle foto Dania tampak jauh lebih tinggi dari si pelakon 😄😄. Seram juga yaaa, saya tadi buka google dulu cari tau ttg Syafie ini. Seram pas jadi mangsa sihir. Adaaa saja orang berbuat jahat begitu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau popilasi kucing banyak pun susah juga kan. Takut sakit pula nanti. Kalau tempat ni diberikan makanan, rawatan jika sakit. Boleh juga adopt kalau nak. Dania tinggi sikit ja daripada pelakon ni. Kesian dia jadi mangsa sihir. Zaman moden pun masih ada yang menggunakan sihir.

      Delete
    2. Isssh memang masih ada kak. Walo seperti ya tak masuk akal, tapi hal begini memang ada. Awalnya saya tak percaya. Tapi kejadian pula dengan istri teman saya. Di guna2 sejak 2011 hanya karena tertolak cinta. Lama2 jadi penyakit macam cancer. Anehnya, sakitnya tuh hanya kambuh jam 12 malam sampai 6 pagi saja. Trus sehat balik. Dokter dah menyerah. Ustad yg coba mengobati beberapa kali bicara dengan jin yg dipakai orang jahat ini. Tapi tak mempan.

      Saya datang LGS jenguk saat itu. Istri teman saya terlihat sehat sangat. Tapi nanti akan kambuh sakitnya jam 12 malam sampai 6 pagi balik. Bagai ditusuk katanya. Terakhir istri teman saya meninggal THN lalu . Tak kuat menahan sakitnya. Sedih sangat.. ntah apalah hukumannya buat si jahat yg mengirim penyakit tadi 😔

      Delete
  9. tak tau pun ada taman kucing ni.
    ammi suka syafie naswip ni berlakon...mmg dia bagi all-out kalau berlakon. siapalah yg pedajal dia ye. semoga dia diberi kesembuhan sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan pulak terjumpa kat kedai ni...ya kesian dia siapa la yang buat. Kenal pun sebab dia berlakon masa muda lagi.

      Delete
  10. wahhh bagus ni👍👍👍👍 banyak tu. terimankasih kepada mereka yg berhati mulia. menyumbang untuk kucing-kucing kat situ

    tak tanya ke dengan syafie... tak ada drama or filem terbaru ke dlm ms terdekat?🤭

    ReplyDelete