Ada satu hari tu saya ada urusan di Public Gold. Saya ternampak mesin ATM ni. Comel pulak saya rasa mesin ni sebab ada kartun Tom and Jerry, We Bare Bears, Bugs Bunny etc. Memang tertarik dengan mesin ATM ni. Selalunya mesin ATM bank, tak pun mesin air, makanan....kali ni berbeza. Mesin ATM emas ya....
Ni cara pembeliannya. Saya ada nampak seorang ibu dan anak membeli gold bar kat mesin ATM ni kerana nak mencuba guna mesin ni dan nak beli gold bar buat pertama kalinya untuk simpanan.
Saya pun tidak melepaskan peluang untuk membeli. Saya memilih untuk membeli gold bar ini. 0.5g Happy Birthday. First time guna mesin ATM ni.
Senang je menggunakan mesin ATM Public Gold ni.
1. Pilih gold bar yang kita berkenan dengan menggunakan fungsi touch screen di mesin ATM.
2. Bayar menggunakan kad kredit/kad debit/e wallets.
3. Gold bar akan keluar bersama buku kecil ini.
Senang kan?.
Kelebihan membeli gold bar di ATM ni :
1. Kita boleh terus mendapat gold bar kita.
2. Tidak perlu mengeluarkan kos pos.
Ini adalah senarai ATM Public Gold :
Kuala Lumpur / Selangor
1. Menara Public Gold @ TRX
No. 249, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
2. Sunway Pyramid (F Floor, Asian Avenue)
No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
3. Public Gold Bangi Branch
No. 27, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
4. Mydin Subang Jaya (Ground Floor Next to Sushi King)
675 & 676, Persiaran Subang Permai, Taman Perindustrian USJ 1, 47500 Subang Jaya, Selangor.
5. Subang Airport (Public Concourse)
Ground Floor, Sultan Abdul Aziz Shah Airport (Subang Airport) (SZB), Terminal, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor.
Pulau Pinang / Kedah / Perak
1. Gurney Paragon Mall
(Ground Floor, next to The Brew House)
163d, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang
2. Public Gold Alor Setar Branch
43 & 43-A, Tingkat 1, Jalan PSK 1, Pekan Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah.
3. Public Gold Sungai Petani Branch
No. 24 Jalan Kampung Baru, Taman Patani Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.
4. Public Gold Ipoh Branch
No. 28, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak.
5. Mydin Bukit Mertajam (Ground Floor)
Lot 3424, 1619, 1611, 1511 & 850, FM04, Mydin Mall Bukit Mertajam, Mukim 6, Jln Baru, 13600 Seberang Perai, Pulau Pinang.
Cawangan yang saya pergi ialah di Public Gold Bandar Baru Bangi. Ia terletak bersebelahan dengan Restoran Menate.
Kalau nak beli gold bar dah senang dah. Kalau nak guna duit dan masih nak simpan gold bar tu boleh pajak di Ar Rahnu Pejabat Pos. Kiranya macam buat pinjaman tapi bukan di bank tapi dengan menggunakan emas kita. Emas tu masih milik kita lagi. Kalau kita jual emas tu....dah bukan milik kita lagi. In future, kalau nak guna duit....pajakkan lagi emas kita tu. Gold Bar Public Gold memang diterima di Ar Rahnu Pejabat Pos tanpa mereka membuang seal gold bar. Dah tak perlu lagi meminjam dengan adik-beradik atau kawan-kawan. Pinjam duit ni boleh buat tebal muka kan. Tak semua nak bagi pinjam. Bila kita pajakkan kat Ar Rahnu....tak siapa pun yang tahu....
Tak semua Pejabat Pos ada Ar Rahnu ya jadi kena tahu kat mana cawangan yang ada...
Tapi....nak pajak gold bar ni jangan di institusi perbankan. Nanti ada nama kita di CCRIS. Nak buat pinjaman (loan) nanti susah. Kalau time nak pajak tu kena check nama masuk CCRIS ke tak....kalau di Pejabat Pos memang selamat tak masuk CCRIS. Anda dapat sesuatu?.
Jom simpan gold bar...
XOXO,
Ezna
canggih ada mesin ATM emas ye...lebih mudah...
BalasPadamYa Amy. Kat shopping complex pun ada macam Sunway Pyramid. Selalu tekan2 kuar air....ni tekan2 kuar gold bar.
PadamTQ share sis. Saya memang clueless betul pasal gold bar ni 😊
BalasPadamYou are welcome Carneyz. :)
Padamwah...meriah betul...linda pun dah terstop beli gold bar nie...dok beli emas perhiasan yang bajet...hahaha
BalasPadamBoleh juga, emas perhiasan pun emas juga.
PadamWah senangnya!
BalasPadamTq info Ezna 👍
Senang sangat. saya baru je cuba. Tak cuba tak tahu pula nak guna....
PadamOwh.. baru tahu ada mesin gold bar. TQ share.
BalasPadamYou are welcome!.
Padampernah tgk juga org share..
BalasPadamx pernah lagi buat sendiri..
Kalau Nieyl nak menyimpan gold bar boleh je cari ATM ni....ada senarai kat mana ada.
Padamnak try jg laa beli melalui atm ni.. tp sblm tu cari dulu lokasinya😀thanks for sharing
BalasPadamSharing is caring....silakan....
PadamOh? Kira mesin 'gedegang' la ni kan...?
BalasPadamBetul tapi yang jatuhnya nanti pelan je bunyinya....sebab jatuh dengan buku sekali. Kalau beli air tin tu gedegang......buat terkejut je....
Padammenarik!! i beli GB habib via shopee jer, free shipping jugak tp kena beli time promo dan guna voucher so boleh dpt good price
BalasPadamOk la tu gold bar juga.....kalau dapat penjimatan tu best tu...
PadamSungguh menyeramkan.
BalasPadamMenyeramkan sebab apa?.
PadamIsssshhhh baguuus sangat bisa beli gold bar dari mesin 😍😍😍. Blm ada yg macam tu di sini. Saya rutin tiap bulan beli gold bar kak, untuk saving juga lah kan. Krn gold bar anti inflasi. Tapi selalunya beli dari ANTAM (penyalur resmi Gold Bar Indonesia), atau di toko emas lah. Kan praktis yaaa kalo bisa dari mesin 👍
BalasPadamBila time nak pakai duit bisa dijual.....hehe....betul.....gold bar anti inflasi.
Padamwah..makin canggih ni
BalasPadamAh ah MA.....mesin emas....
PadamMacam first time tau ni pasal ATM Gold bar ni...
BalasPadamAh ah SA.....kalau nak beli kat shopping mall tu macam takut juga. Ni beli kat dalam Public Gold punya cawangan.
Padambeli di mesin ni lagi murah ke compare dgn beli secara online?
BalasPadamMurah sikit sebab kos pos tak ada.
Padam