Nak survey almari Dania ni. Kalau ada yang menarik boleh terus order. Ikea yang paling dekat dengan kami ialah Ikea MyTown.
Pergi dalam pukul 10 lebih jadi parking berdekatan dengan Ikea masih banyak lagi.
Ha tudiaaa nak singgah dulu makan kat dalam Ikea ni. Orang dah ramai dah.
Ni lah troli kami ni. Nasib baik ada meja kosong tapi meja panjang la. Bila-bila masa akan ada orang duduk sebelah lagi satu.
Jom la makan...
Dania order ni. Dah lama nak makan meatball ni.
Ni saya punya. Haha rupanya size kanak-kanak la. Takpe lah kalau nak makan lebih boleh mintak Dania punya. Semua ok kecuali nak makan dengan jam tu.
Lepas makan terus ke perabot yang kami nak survey tu. Nak kena jalan ikut laluan Ikea tu. Kalau tahu jalan pintas dalam tu boleh skip mana-mana yang kita tak nak survey.
Ni kalau nak pilih almari terbuka. Selalunya kalau walk in wardrobe sesuai juga wardrobe macam ni kan?.
Warna almari ni pun cantik je sebab neutral.
Ni pula ada 3 pintu dan ada cermin kat tengah.
Banyak juga pilihan almari kat sini. Nak kena pilih mengikut kesesuaian bilik Dania.
Siap buka nak tengok rak dalam macam mana tapi ada yang boleh ubah kedudukan.
Akhirnya Brimnes ni menjadi pilihan. Punya buka tutup buka tutup setiap almari sebab nak tengok sesuai ke tak. Lama juga survey kat area ni je.
Jadi masa nak ambik kat rak, lalu la kawasan market ni....comel pulak apron dan topi chef ni. 1 set ni untuk kanak-kanak.
Bekas ni pun comel sebab penutup tu berambu-ramba. Harga tak berapa comel.
Boleh ambil idea di ruang tamu.
Dah tiba kat rak dah.
Gambar Dania pulak.
Bila tengok kat rak, alamak....crossover SUV kami pun tak muat. Nak kena booking penghantaran dari Ikea la. Kena ambik 3 set ni. No. 1 - No. 3 Brimnes ni.
So far, barang dah tiba dan suami kata nak pasang sendiri tapi disebabkan kerja dan balik malam...nak kena tangguh pasang la. Tak nak la ketuk-ketuk waktu malam pulak. Boleh mengganggu jiran sebelah.
XOXO,
Ezna
Linda x pnh masuk IKEA... Kalau masuk, cnfrm 'peghak'... Hahaha
BalasPadamHehe...boleh je tengok2 nak dapatkan idea hiasan ke, susun atur perabot ke....lepas tu rasa nak beli banyak barang...haha
PadamMy perabot rumah 90% dari Ikea.. LZ suka sangat barang Ikea sebab nak mix and match senang semua under one roof.. Jangan lupa post hasil kejadian katil Dania selepas pasang okay :)
BalasPadamWow peminat Ikea ni. Barang2 Ikea kebanyakkannya praktikal. Bukan katil tapi almari....
PadamEh, sama macam almari my girls la 😄 kiteorg beli kat ikea mytown jugak. Tapi suami saya tak gigih nak pasang sbb beli 2 buah almari kan, jadi dia bayar delivery sekali dengan upah pemasangan jugak hehe.
BalasPadamYe ke Carneyz?. Ni pun dua tiga kali ulang alik jap almari tu jap almari ni. Tak leh nak decide yang mana satu. Akhirnya baru la decide yg ni....Taste sama la kita. Hehe. Suami memang almari ikea dulu pun dia pasang. La ni pun kata nak pasang juga. Kita tgk bila almari tu siap dipasang. Haha.
Padampegi awal tk la sesak sgt lg...tmpt mkn tu tk pernh tk rmi...dh smp ikea wajib ada gmbr kt rak tu kan
BalasPadamBetul la Amy. Gi awal tak sesak sangat tapi terkejut tengok tempat makannya dah ramai pagi-pagi pun.
PadamAlhamdulillah dapat apa yg dihajati :)
BalasPadamAlhamdulilah PH.
PadamLaaah... sepelaung je dengan rumah uncle ni....
BalasPadamOh uncle tinggal sepelaung dari sini.
Padami dh lama tak pergi ikeaaaa..nmpk cute jer almari dania tu
BalasPadamSesuai pulak I rasa untuk gegirl you almari tu sebab ada cermin panjang. Senang nak bergaya depan cermin.
PadamSaya jarang ke IKEA, lebih karena takuuut Rambang mata kak 🤣🤣🤣🤣. Suka tergoda beli macam2 tiap kesana. Tapi saya suka produk2 mereka dan termasuk kuat. Tapi suami saya memang tak paham cara pasang2 DIY ini. Jadi pasti bayar orang utk pasang 😂
BalasPadamSuami kakak boleh pasang tapi cuma yang kecil-kecil ajer. Kalau besar dan banyak kena pasang....baiklah suruh tukang pasang. Hehe. Kakak pernah ke Australia pun nak masuk Ikea juga tapi jalan-jalan sahaja sebab duitnya masa itu x 3.2 dengan duit malaysia.
PadamIkea ni kdg2 berhantu jugak.. nk beli almari sekali blik langsir, kerusi ntah apa benda semua terbeli sekali hahaha :D
BalasPadamBy the way yg senang2 tu seronok pasang sendiri anak beranak :D
kalau ke ikea x sah kalau x pekena meatball kan? lg lah kalau kami yg jauh ni... kalau dh sampai ikea kena mkn dlu kemudian shopping... hihihi
BalasPadamMA pun cannot go meatball & jam.. sos tu ok la kan
BalasPadamlama x pi ikea..bestnya
sy laa tu pasang kabinet malam2.. ye laa g ikea ptg. smpi umah dah mlm. nk tggu esok mmg x laa hahaha punya laa x sabar...mesti byk brg dania ni smpi beli almari baru😀
BalasPadam