Keputusan panggilan temuduga ni tiba sehari sebelum hari lahir saya iaitu pada 16 Mei 2023 (Tarikh hari lahir saya 17 Mei ). Ada kawan Dania sebilik yang dapat juga temuduga tapi kat fakulti pertanian. Temuduga ni hanya untuk course tertentu sahaja.
Tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temuduga
1. Menghantar borang maklumat peribadi (Sijil SPM, Sijil Asasi, Sijil Muet, Surat tawaran temuduga, 3 sijil kokurikulum terbaik dan gambar terkini ukuran passport) sijil semua kena sahkan dan dihantar melalui zip file.
2. Sediakan video dengan durasi maksimum 3 minit mengenai topik "Pengurusan Diet Bagi Individu yang mengalami masalah hipertensi (English: DIETARY MANAGEMENT FOR INDIVIDUALS WITH HYPERTENSION PROBLEM). Format penyampaian video ini adalah bebas dan anda digalakkan menggunakan kreativiti tersendiri dalam menyampaikan isi kandungan topik ini. Video di dalam Bahasa Inggeris.
3. Anda perlu menulis sebuah esei pendek bertajuk: "Mengapa saya berminat untuk menjadi seorang dietitian?" Kena hantar file PDF, Tulisan Arial 12, Paragraph 1.5 dan justify dan tidak melebihi 1000 patah perkataan. Dania hantar 990 patah perkataan.
4. Anda perlu menjawab soalan saringan psikometri. Jawapan yang diberikan TIDAK menyumbang kepada pemilihan ke dalam program, tetapi akan membantu panel penemuduga memahami ciri-ciri peribadi anda dan bertanyakan soalan yang bersesuaian semasa temuduga di atas talian kelak.
************
Haaa amacam?, Dania kata kawan yang lain interview pun tak kena buat tugasan macam ni,..dietetik ni kena.
Apa pun, tugasan disiapkan pada 22 Julai 2023. Tarikh tutup menghantar tugasan pada 26 Julai 2023. Tugasan ni bermula daripada 12 Julai 2023 - 26 Julai 2023. Dania siapkan hanya pada 22 Julai sebab final exam Dania selesai pada 16 Julai, 20 Julai pulak test JPJ. Gigih pergi Lotus pada 21 Julai 2023 sebab nak siapkan tugasan video. Pergi awal-awal masa IOI City Mall baru buka jadi takde la ramai orang. Tak le Dania segan nak bercakap. 😊. Dania edit2 video sebab nak bagi jadi ngam2 3 minit.
Ok pada hari temuduga tu, ummi dan ayah yang hantar Dania. Dania dah siap breakfast rotiboy + sekotak air milo. Ni yang Dania lalu. Ummi nak buat wrap dia tak nak. Muka nampak sedikit cuak sebelum interview.
Masa ni matahari betul kat depan ni.
Inilah fakultinya.....
Kami tiba pun awal juga sebelum 8.00 am. Pukul 8.00 am - 8.30 am kena mendaftar. Ni ambik gambar Dania depan fakulti. Penampilan masa temuduga pun penting jadi Dania pakai warna pastel sleeveless blazer/vest dipadankan dengan shirt warna hitam. Pair kan dengan seluar warna senada dengan blazer/vest. Tudung pula dari Hawwa by Fifa Rasol. Selesa tudung ni sebab cotton dan warna lembut juga corak tidak serabut. Beg tote pula warna hitam ummi punya. Boleh masukkan file dalam tu. Dania bawa juga pen dan resume. Kasut pula bewarna hitam dan bertutup. Solekan pula tipis je dan Dania juga sembur minyak wangi tapi sikit je. Jangan sembur banyak2. Pening pula penemuduga.
Dania diantara yang terawal mendaftar. Masing2 macam segan-segan je nak ke depan.
Kena pakai tag nama ni. Kumpulan 8 sesi 1. Ada 3 sesi semuanya.
Sesi 1 : 9.00 am - 10.00 am
Sesi 2 : 10.00 am - 11.00 am
Sesi 3 : 11.00 am - 12.00 pm.
Kalau boleh jangan datang lambat. Kena ikut masa yang ditetapkan. Saya perhatikan memang ada yang datang lambat dan ada juga yang terlepas sesi 1 sebab pergi makan dengan family lepas daftar. Pastikan sebelum datang temuduga dah siap2 breakfast/lapik perut. Dania pula memang bawa juga coco crunch breakfast cereal bar. Kot la lapar balik. Breakfast memang dah makan sebelum datang sini.
Dewan auditorium yang besar. Pelajar kena duduk sebelah kanan. Ibu bapa ada tempat kat tengah ni. Selesa sebab sejuk aircond.
Dania duduk kat tengah tu.
Ummi pun apa lagi beraksi ambik gambar la. Masa ni kawan sekelas Dania tak tiba lagi.
Kat tengah ni barisan ibu bapa penjaga.
Sementara itu, ummi dan ayah ke small cafe kat fakulti ni.
Ha kecik je ni. Ada jual kuih muih berharga 60 sen satu kuih, nasi lemak bungkus dan bihun pula RM2/bungkus. Saya rasa sangat la berpatutan. Beli mineral pun berharga RM1/botol.
Ini adalah laluan ke bilik kuliah tempat Dania kena interview nanti.
Saya dan suami. Patutnya suami kena gi kerja setelah berapa lama kerja dari rumah (Sejak PKP) . Last minute kata bermula kerja di pejabat start 1 Ogos 2023. Boleh la menghantar Dania ke temuduga ni. Idak saya yang menghantar sorang. Allah dah susun elok je supaya suami pun dapat menghantar sekali.
UPM....kat sini la nanti Dania akan meneruskan ijazahnya. Fakulti mana? Tak tahu yang mana rezeki Dania nanti.
Saya masuk balik dalam auditorium. Suami balik sebab nak start kerja dah. Work from home je tapi kena tepati masa la kan....
Yayyyy kawan Dania dah tiba. Ketiga-tiga mereka pelajar dari Asasi Sains Pertanian, UPM. Belah kanan tu nak dijadikan cerita...kawan yang Dania baik kat kelas. Nama Nik Aisya Amir. Nama panggilannya Syamir juga dah pergi temuduga Veterinar sebelum ni.
Snap lagi.
Lepas ambik gambar saya rapikan tudung Dania. Haha sempat lagi ya....tak nampak pun ibu bapa sibuk ambik gambar anak macam saya. 😅
Bila nama Dania kena panggil. Temuduga bermula lewat sikit dalam 9.20 am.
Beratur mengikut kumpulan.
Snap snap sampai Dania hilang dari pandangan.
Dup dap juga ummi. Dengar kata staff, ada photographer akan ambil gambar mereka mengikut kumpulan masing-masing sebelum ke tempat temuduga. Mungkin juga nanti akan dipaparkan wajah mereka dalam mesyuarat panel penilai. Kalau tengok gambar senang nak ingat yang mana dan evaluate penampilan dan lain2.
Dalam jam 10.20 am macam tu Dania pun selesai temuduga. Sebelum balik, ummi abadikan gambar Dania kat sini. Manalah tahu ada rezeki ambil Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian kat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ni. Fakulti ni terletak bersebelahan dengan Hospital Serdang dan tak jauh dari Hospital Pengajar Sultan Abdul Aziz Shah (nama lamanya Hospital UPM).
Close up. Ada rezeki jadi pakar dietetik kat hospital, boleh la Dania kongsikan makanan sihat ya....Dania kata minat dietetik klinikal.
Masa temuduga Dania kata ada dua orang. Seorang dietition dan seorang lagi lecturer. Lecturer pun muka baik kata Dania dan tak garang. Soalan semua straight forward seperti :
1. Pilihan kursus ijazah No. 1 - No. 3 yang dipilih.
2. Kenapa nak jadi seorang dietition.
3. Perbezaan kursus diantara dietetik dan nutrisi.
4. Terangkan info pasal diri sendiri.
5. Ciri-ciri seorang dietition.
6. Bila nak habis interview : Ada soalan?. Dania tanya soalan kena praktikal kat mana?. Lecturer cakap samada hospital, jabatan kesihatan, perkhidmatan makanan atau institut sukan negara tapi bergantung kepada minat nak buat apa. Ada banyak cabang dietetik ni. Akan dihantar ke merata tempat (haaa yang ni suspens sikit). Kalau dekat-dekat ok lagi kan....😅
Takde la tanya soalan macam lemak ada berapa jenis?, dalam masa 5 tahun anda di mana?, namakan diet yang anda tahu?, Diberi situasi dan kita kena suggest masakan yang sesuai untuk pesakit....nampaknya soalan hari ni ok lah kata Dania. Ummi dengar pun lega tapi untuk kita ambil tahu pasal ni pun penting juga sebab tak tahu lecturer akan tanya yang mana....
Dania dengan kawan satu group yang interview sekali. Beliau dari lepasan STPM. Saya pesan kat Ng, kalau keduanya berjaya masuk sini nanti kawan dengan anak saya ye?. Hehe....
Apa pun perjalanan ijazah Dania selepas ni dah ditentukan olehNYA. Dania dah buat yang terbaik. Kita merancang, Allah yang menentukan.
***post ni saya dah tulis lama sebab tak nak lupa setiap perjalanan tu. Kat blog ni je baru saya publish. Untuk panduan dan rujukan pelajar yang akan menghadiri temuduga dietetik di UPM.
***Ada seorang kawan Dania tu tak baca dengan jelas apa yang diminta sebelum interview jadi kesannya nama beliau tidak ada dalam senarai interview. Sila baca dengan teliti bila dapat surat panggilan temuduga. Mungkin ada tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temuduga.
XOXO,
Ezna
Baru tau ada jugak course yg kena interview sebelum ditawarkan sambung belajar dalam bidang tu. Kenapa agaknya ye? Padahal rasanya kita kena ada banyak lagi dietitian di Malaysia disebabkan gaya hidup dan pemakanan kita yang tak sihat.
BalasPadamNak tengok yang benar2 layak dan berminat dengan course ni. Kat situ dia boleh detect student tu minat atau sekadar memenuhi kemahuan ibu ayah suruh masuk course ni. Sebenarnya dietician kat malaysia masih tak cukup. Kalau masuk line ni peluang kerja tu ada.
PadamCantik fakultinya... area mana ni kak? dulu fakulti ni area belakang nk ke area flat ikan seri serdang
BalasPadamBetul2 sebelah Hospital Serdang. Ada laluan juga dari Fakulti ni ke Hospital Serdang. Mungkin untuk anak-anak yang praktikal kat Hospital ni. Pulak tu UPM pun ada Hospital Pengajar dia. Tak jauh dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni.
PadamBachelor nie degree lah kan???hihihi...masih keliru dengan terms2...Linda x taw pun course dietetik nie pun ad IV...good luck Damia, Semoga dapat apa yang dihajati...aamin
BalasPadamYa degree. Kalau kat UPM ni dia panggil Bacelor. Kalau Universiti lain kebanyakkan panggil Ijazah. Course ni memang ada interview. Jadi kena lulus interview di samping memenuhi cgpa minima yang ditetapkan untuk masuk degree ni.
PadamAamiin untuk doanya ya. Terima kasih :)
good luck Dania...moga terus success.. My Ian baru nak SPM pun dah supsen, jauh lagi perjalanan ni
BalasPadamBila dapat keputusan SPM tu pun buat seram MA. Lepas tu masuk universiti pulak....
Padamoohh... banyak rupanya course yang nak kena temuduga. Ingatkan kos macam pendidikan, arkitek, town planning aje yang nak kena temduga.
BalasPadamYa ada course yang kena temuduga juga di UPM ni macam Pertanian, Pertanian Pintar etc....mungkin nak cari calon yang benar2 layak dan minat kursus ni bukan sebab ibu ayah yang paksa.
PadamDania nampak presentable.
BalasPadamBagus perkongsian Ezna. Semoga memberi manfaat pada anak-anak lain yang akan mengambil course ini.
Terima kasih. Moga anak2 yang bakal ditemuduga mendapat manfaatnya....
PadamLah... kena buat video bagai...?
BalasPadamMacam2 skill kena ada ni....
Ya Uncle. Sekarang ni very competitive. Semua skills kena ada....
Padamcantik nama Dania Yasmine secantik tuan badannya hehehe.. all the best utk Dania daripada Kak Ana hehehe
BalasPadamTerima kasih Kak Ana.... :)
Padamdemand tinggi tu. pd ms sm diorg nak lahirkan graduan yg betul2 berkualiti. no wonder byk prosedur dibuat. zaman sy study mmg x de IV bagai. yg penting bljr elok2. all the best
BalasPadamYa betul Anies. Banyak betul kena buat sebelum interview pun. Yg terpilih tu memang betul2 layak.
Padamdetail betul entry u ni. terbaekkk. i suka la OOTD dania utk interview tu.so sweet!!! course dietician ni sgt bagus rasanya dan prospek keje sgt bagus. I doakan apa jua yg terbaek utk dania. all the best tau!
BalasPadamThanks Suzz. I nak tulis sedetail yang boleh. Boleh bantu juga pelajar yang lain. Moga ada manfaatnya nanti. Tq Suzz. I yang minta Dania style macam tu.
PadamKetat juga penerimaan dietetic ini yaaa 👍🏿. Harus bikin essay 1000 kata segala. Panjang tuh 😄. Dah macam syarat utk apply scholarship master degree 😅. Apapun, semoga Dania dilancarkan semua urusannya, dan bisa terpilih.
BalasPadamIya Fanny. Agak susah juga....terima kasih atas doanya ya Fanny. Aamiin.
PadamBoleh saya tahu adakah Dania lepas IV?
BalasPadamDania tidak berjaya. Kalau dapat interview sila sediakan semua yang disuruh ya. Jangan terlepas sebab nanti tidak akan dipanggil interview.
Padam