Suami dapat jemputan majlis perkahwinan kat surau. Selalunya kalau jemaah surau ni suami kenal. Saya la yang tak berapa kenal 😅. Kat kawasan saya ni ramai golongan berumur atas pada saya dan kiranya anak-anak mereka atas lagi pada Dania. Tak hairanlah asyik ada jemputan kahwin ajer. 😁
Majlis diadakan di Bangi Avenue Convention Center.
Jemputan diterima daripada
Dato' IR Hj Zulkefli Bin Mustaffa
dan
Datin Prof IR Dr. Lariyah Binti Mohd Sidek
Sekarang ni memang trend kad jemputan digital kan? Ada muzik juga kad jemputan digital ni.
Dewannya sangat luas sebab gabungan Dewan 1 dan 2.
Ada 4 screen besar. Masa kami datang tu ada buih-buih macam ni. Macam ala ala tema dalam air.
Gambar kami bertiga.
Tempat ambil makanan sahaja ada 5 meja panjang jadi tetamu tak tertumpu pada 1 atau 2 meja ni jadi kesesakan dapat dielakkan.
Saya rasa tema under the sea ni kalau tengok pelamin. Ada juga bunga-bunga dan tiang pintu gerbang kat tengah dewan.
Cantik betul pelaminnya. Kat belakang tu warna putih tu ala ala batu karang dalam laut.
Meja makan beradab ni agak janggal sikit sebab selalunya ramai-ramai makan sekali kan? Mungkin nak highlight pengantin berdua....
Lampu kat dewan ni pun cantik.
Bunga-bunga ni buat naik seri.
Kalau meja special ni ada center piece tempat lilin berkaca.
Dalam dewan ni saya paling suka kat sini sebab banyak bunga-bunga. Nampak sweet sangat.
Di setiap meja ada hiasan bunga putih ni.
Sambil kami makan ada ditunjukkan video ketika pengantin akad nikah. Macam buat dalam dewan juga.
Haaaa tudiaa....Dania dah jumpa feveret dia.
Ini meja kuih muih. Banyak betul seleksinya ni.
Popia pedas pun ada.
Kek.
Agar-agar.
Pulut sekaya.
Rojak buah, lauk pauk. Saya rasa macam pergi makan buffet kat hotel bukan majlis perkahwinan.
Terliur pulak saya tengok rojak buah ni jadi saya pun ambil. Ada epal, nanas dan jambu.
Sebelum balik kami abadikan gambar kat sini. Majlis yang gilang gemilang bagi saya. Tuan rumah ada syarikat Engineering sendiri dan isterinya pula lecturer di Uniten. Keduanya line Engineering.
Alhamdulilah kenyang kami. Terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput. Moga kedua anakanda yang diraikan hari ini dikurniakan rumahtangga yang bahagia sehingga ke syurga hendaknya....
Bila nak turun escalator terserempak dengan jemaah surau juga. I will vote for you next week. Sudah.....surau akan mengadakan perlantikan AJK Surau baharu minggu depan. Suami dah menyatakan hasrat nak berehat dah nak bagi laluan orang baru. Hmmm nampaknya ada kebarangkalian kena lantik lagi. Kalau AJK biasa ok lah sebab suami saya ni sibuk beno. Tengah malam pun kadang buat kerja lagi kalau ada isu yang kena selesaikan. Moga semua smooth ajer....kang kalau suami pening takut saya pun terpalit pening sekali.....
Ezna
cantik pelamin dan dewannya
BalasPadamYa betul sangat cantik.
Padamserius la cantik gila pelamin dia , macam dalam laut
BalasPadamAh ah rasanya macam ala ala dalam laut. Tema mermaid agaknya...
PadamNampak eksklusif je wedding ni. Tema under the sea agaknya kan.
BalasPadamRasanya ya la Carneyz kalau tengok pada screen dan pelamin ni.
Padamnampak grand majlisnya tu...besh u dpt attend event wedding gini heehhe i rasanya bln nov nanti ada wedding anak my colleague
BalasPadamComing soon ni lagi 2 wedding. Banyak pula yang nak melangsungkan perkahwinan ni. Ya 2 coming soon ni November jugak.
PadamMmg skarang trend jemputan kawin digital Ada music gitu...cantik pelamin yg besar tu...byk pilihan kuih much, dessert
BalasPadamLama-lama kad kahwin biasa tu pupus dah. Pelamin dia memang cantik Amy. Pilihan kuih muih dia memang banyak. Puas hati...budget besar jugak ni...
Padamwah..cantik sgt dewannya . besar & e card nya pun..cantikss
BalasPadamMeriahh nyaaa...
BalasPadamTempat duduk pengantin di bawah pelaminan ya kak? Unik memang. Biasa kan di atas.
BalasPadamSaya sukaa temanya. Betullah macam under the sea 😄👍. Biru pula. Terlihat sejuuuk jadinya.
Makanan pun banyak macam dan terlihat sedap semua ❤️
kadang rindu nak terima kad jemputan mcm dulu2. siap ada reben kecik, ada peta dan paling suka, kad yg wangi tu hahaha...
BalasPadamcantik betul dewannya.
membangkitkan perasaan romantis gitu
barakallahulakuma utk kedua mempelai
Amboi cantik betul tema majlis ni..selamat pengantin baru
BalasPadam