Jumaat, Oktober 6

Safari Insta-Tour Ride | Paya Indah Wetland

Pagi yang kami makan kat Warung Kendi tu, lepas Zohor sebenarnya kami ke Ladang Boh kat Banting. Sepanjang perjalanan ke Ladang Boh tu ada signboard Splash Mania. Dania kata nak pergi tengok la Splash Mania tu macam mana. Ikut je banner Splash Mania tu. Kami ikut jalan dalam dan melalui kawasan perkampungan orang asli. Kalau ikut jalan besar ikut Elite Highway la. 

Sekadar ambik gambar dari luar je lah ya. Nak pergi tengok tempatnya. Nampak best juga water theme park Splash Mania ni. 



Ada juga kapal besar ni. 


Slide dia pun nampak panjang je. 


Ok, kemudian kami ke sini dengan tak sengaja. 


Terbeli tiket pun dengan tak sengaja. Sebenarnya kami pernah ke Paya Indah Wetland dengan menaiki kereta beberapa tahun dulu. Lama dah tapi kali ni kita lihat apa yang menariknya ya. Kena pakai wristband ni. Tiket untuk Safari Insta-Tour Ride berharga RM30/pax. Kalau nak menaiki bot kena RM50/px. Kalau ada kad Maybank akan dapat potongan 15%. Jadi gunakan kad Maybank jimat la sikit. 


Kami menaiki jeep Safari. Ada 9 tempat. Kami bergabung dengan family lain. 


Terasa macam akan memasuki kawasan Jurassic Park bila nak lalu pintu gerbang tu. 


Kat sini ada sarang burung tempua. Kalau nak tahu ni sarang lama atau baru tengok warnanya. Kalau hijau sarang baru, kalau coklat ni sarang lama. Masa ni burung-burung tempua dalam musim mengawan dan sarang-sarang ini original ya bukan staff Gamuda letak/sangkut kat sini.

Kalau google, Paya Indah Wetland ni tempat persinggahan burung-burung hijrah dari Rusia, Siberia, Mongolia dan China. Kalau bernasib baik burung-burung hijrah datang ada la nampak kat tasik-tasik ni. Masa kami kat sini tak ada kelibat burung hijrah walaupun musim burung hijrah ni bermula bulan September.


Perjalanan dengan jeep Safari. 


Melalui kawasan water lilies dan teratai. 


Ini pula kawasan buluh. Pernah juga buat shooting filem seram dalam ni dan penggambaran pasangan pengantin. 


Tiba kat laluan ni kami pun berhenti. 


Park Ranger akan tolong mengambil gambar kita.





Ceria pulak yang ni. Tak tahu nak buang yang mana untuk post dalam blog jadi saya masukkan je untuk kenang-kenangan. 


Teknik ambik gambar yang ni paling saya suka. 


Ibu dan anak pulak. 


Gambar Dania seorang pulak. 




Dah selesai, jom la kita naik jeep balik.


Ada kolam buaya juga kat sini. Dianggarkan sebanyak 60++ ekor buaya tembaga dalam ni. Kebanyakkan yang ditangkap oleh Perhilitan. 


Kesian nampak 'baby' menganga mulut. Dia ingat ada orang nak bagi dia makan. Baby ni badak jantan. Lily badak betina dan anak mereka bernama Indah berusia 2 tahun. Badak ini diberi makan oleh pihak Perhilitan waktu pagi sebanyak 70kg makanan ya.Tembikai dan buah betik diantara diet badak ni.


Tahukah anda jika kat Afrika, ramai rakyat mati kerana diserang badak?. Badak ni haiwan yang sangat menjaga sempadannya. Kalau sesiapa yang masuk akan diserang.....sampai mati. 

Sweet couple ni. Kemana-mana bersama. Hehe.


Kali ni pulak dua dua dah menganga. Kesian pulak sebab tak ada makanan yang nak diberikan. Dulu pernah ada badak yang mati. Puncanya rupa-rupanya badak tu obesiti. Terlebih diberi makanan.


Ada juga itik-itk bermandi manda kat lopak air. 


Ini pula diberi nama Lake Sendayan. Kenapa nama ini diberikan? Mungkin juga sebab ada pokok Sendayan yang tumbuh di tepi tasik. 


Beberapa photo diambil oleh Park Ranger bernama Kamal. 



Belah sini pulak. Terima kasih Park Ranger bernama Kamal. 



Ini pula sarang burung tempua sesat. Suami kata macam rasa pegang bulu Capybara. Cumanya bulu Capybara lagi kasar. 


Nampak tak rumput yang ala ala padi kat air ni? 


Orang Thailand akan keringkan kemudian anyam jadi kraftangan seperti beg. 


Close up rumput yang ala ala padi ni. Panjang ya. 


Inilah jeep yang saya cakap tu. Memang ala ala nak pergi tengok haiwan safari....


Pokok apa pulak yang Kamal pergi ni?
Rupa-rupanya Kamal petik.....


Pucuk pokok asam gelugur dia suruh kami semua makan. Masam-masam uiiii. Haha Dania + suami bagi kat saya. Saya habiskan semua. Kamal cakap kalau kat Terengganu, orang sana buat ulam cicah budu. 


Kat sini kalau kita pilih nak naik bot bersiar-siar sekitar sini. 


Kemudian kami dihantar balik kat tempat pertemuan kami di Paya Indah Discovery Wetlands, Persiaran Cove Central, Bandar Gamuda Cove, Banting, Selangor.

Berdekatan sini ada Starbucks yang berbentuk unik. 


Haaa ini Starbucks dari arah sisi. Unik kan?. 


Menarik betul kawasan perumahan kat Gamuda Cove ni. Macam duduk dalam theme park. Kat jalan pun ada tempat stop sebab ada train akan melintas. Train akan membawa kita ke sekeliling kawasan perumahan ini. Train katanya sedang mengalami masalah teknikal. Best kan?. 


Saya rasa Safari Insta-Tour Ride ni sangat berbaloi compared dengan pergi ke 99 Wonderland Park...hmmm tak berbaloi langsung. 😅 Maaf ya saya berterus-terang ni. 

Dengan Safari Insta-Tour Ride ni banyak info penting kita tahu tentang kawasan paya yang kaya dengan keindahan flora dan fauna. Park Ranger, Kamal pun banyak info yang diberikan. Pandai pula ambik gambar. Dania pun kata best ikut tour ni. Sangat-sangat berbaloi!.😍

Banyak juga aktiviti yang boleh dijalankan di sini seperti berkhemah, ada juga jungle school programme. 

Oh ya kalau nak rasakan keseronokkan ini bersama anak-anak boleh la jenguk-jenguk website Gamuda Land GL Play  Kalau tak nak Safari Insta-Tour Ride boleh juga mencuba aktiviti di Gamuda Cove ni seperti cycling, fishing, atau arboretum center tempat menanam spesis flora yang hidup di habitat paya dengan kerjasama masyarakat orang asli, mandi manda di Splash Mania....eh dan banyak lagi.  

Safari Insta-Tour Ride, Paya Indah Wetland untuk mereka yang sukakan alam semulajadi. Oh ya Paya Indah Wetland ni boleh je masuk ikut pintu utama naik kereta sendiri je tapi nak kan pengalaman naik jeep Safari ni kena la melalui Paya Indah Discovery Wetlands ya.... 






XOXO,
Ezna


















































































12 ulasan:

  1. cantiknya tempat dia.. tq for sharing, mana tau one day nanti boleh pegi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik. Masih mengekalkan tempat yang asli. Moga ada rezeki MA ke sini.

      Padam
  2. menarik jugak laaaa errr lately i jrg la daytrip ke apa ker....mr hubby pun sama gak sbb segalanya plan bila zharfan cuti, baru cukup korum katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tak cukup korum rasa tak best je. I faham....

      Padam
  3. Naah ini memang kliatannya lebih menarik utk wisata dengan anak2. Tempatpun luas dan pakai safari Jeep kan. Pengen juga ajakin anak2 saya ke sana kalo nanti ke Malaysia lagi.

    Saya pun terkadang kalo lihat hewan2 seperti ini, ada yg meminta makan, langsung rasa kasian kak 😄. Tapi memang tak semua boleh sembarang diksh makan kan. Mereka pun ada diet khusus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul Fanny mereka kena makan diet yang sesuai sahaja.

      Padam
  4. Interesting.. Feeling feeling mcm di Safari Afrika gitu :D
    Buaya tembaga dgn badak dgn itik tu semua satu kolam ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buaya tu asing kolamnya, itik2 tu datang kat lopak air dan badak ada kolam tersendiri.

      Padam
  5. Rajin betul anak beranak ni explore..SA masukkan dalam wishlist ye..Splash Mania tu nak masuk mahal betul tiketnya..hahaha...daun pucuk asam gelugor tu jadi bahan masakan kalau di NS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Splash Mania tu betul la memang mahal. Pucuk asam gelugor tu sedap la SA. Nak nak kalau cicah sambal belacan.

      Padam
  6. tempat yang menarik memang patut dijadikan lokasi pengembaraan filem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lokasi penggambaran filem seram....diantaranya Nenek Bongkok Tiga.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...