Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, October 11

Survey phone dan makanan kucing

Cukup je 2 tahun plan saya dengan Maxis habis, saya pun berkira-kira nak survey la phone baru ni memandangkan phone saya ni kadang bateri dia buat hal. Tak boleh nak charge full. Tahu-tahu hanya charge 60% dan kadang2 keluar notification kata phone tak boleh charge. 


Saya nak cari phone yang simple je pun. Gambar cantik la jugak. Bulan-bulan tak bayar mahal sangat sebab saya nak pilih pakej Zerolution. Kalau pilih pakej ni zero upfront cuma bayar bulan-bulan ajer. Boleh pilih kontrak selama 36 bulan (3 tahun) atau kontrak 24 bulan (2 tahun). 


Latest sekali IPhone ni ialah IPhone 15. Cepat betul IPhone ni bertukar eh?. Saya tak bercadang nak ambil IPhone latest ni sebab bayaran bulanannya mahal. 


Tinggalkan cerita pasal IPhone. Dania nak pergi beli kat llao llao pulak. Sebutannya Yao Yao. Kat manalah llao llao ni berasal ya?

llao llao (pronounced as "yao yao") is a Spanish frozen yogurt franchise brand founded in Denia in the province of Alicante, Spain.

Oh patut la Dania suka llao llao ni sebab berasal dari Denia. 😅. Ingatkan Hong Kong sebab bunyinya macam bahasa Cina.


Ni haa favourite Dania ni letak lotus biscoff. 


Kemudian cari la kot2 ada pet store dalam ni. Rupanya ada kat area Marrakesh. 


Ini yang paling murah kat PLC ni. Jadi saya ambil Whiskas ni. Dengan pembelian RM100 ke atas boleh dapat kad ahli secara percuma. Setiap pembelian RM20 dan ke atas pula boleh la dapat potongan sehingga 5% selain ada potongan pembelian semasa hari jadi dan lain-lain lagi. 

Saya nak beli 7 pek ni sebab nak sedekahkan ke Taman Kucing, Cyberjaya. Ada beberapa nama untuk saya pegang amanah ni. Saya kumpul-kumpul duit kemudian akan saya sampaikan ke Taman Kucing Cyberjaya. Dah beli 5 paket Pro Diet juga. Beli lebih ni sebab ada yang masukkan sumbangan dalam akaun saya untuk sama-sama menyumbang. Terima kasih ya 😊. Boleh tahan berat juga ya nak bawa makanan kucing ni. Kena la bahagikan diantara kami bertiga. Suami bawa paling banyak. Hehe. 


 Semoga apa pun yang kita buat diredhai oleh Allah.....
Suami ajak makan kat satu tempat ni sebab dah lama kami tak makan kat situ.....tunggu ya.....selepas ni 😀





XOXO,
Ezna

13 comments:

  1. nieyl pun tgh survey nak beli fon juga kak...
    plan mmg nak beli iphone, tapi x tau la bila..masih lagi berkira-kira...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IPhone ni kalau beli memang boleh tahan juga harganya tu. Kalau plan Zerolution ni zero upfront cuma bulan2 la kena tengok nak pakai pakej yang mana. Apa pun survey dulu sehingga kena dengan budget kita.

      Delete
  2. Saya pun pernah alami benda yang sama, bateri problem kadang2 nak cas pun tak boleh. Saya pakai iphone 11 dari tahun 2019 so mmg hayat bateri tu dah merosot. Tahun lepas saya hantar tukar bateri kat authorized apple service centre dekat cyberjaya, alhamdulillah lepas tu ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually phone Samsung saya pakai ni memang orang kata bateri dia problem. Dah tukar dah tapi masalah masih sama. Mungkin bukan bateri tapi komponen dalam. Wahhh untung la phone dah boleh guna balik. Oh ada authorized apple service kat Cyberjaya. Baru tahu.

      Delete
  3. MA nya hp pun mcm dah emm...nak survey2 jugak la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila phone dah macam hmmm ni nak kena survey dah MA.

      Delete
  4. waa bagusnya u donate mknn kucing tu ezz..barakallah fiik... so u dh beli latest iphone lah yer...best tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ambik pun I ambik IPhone lama je Suzz. Nak cari yang bayaran bulan2 murah sikit dari I bayar bulan2 sekarang.

      Delete
  5. Happy surveying & shopping HP. Sudah dapat yang berkenan?

    Samalah lah kegemaran Wafi Ilao-Ilao lotus biscoff tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gang dengan Dania. Setakat hari ni phone tak bertukar lagi.

      Delete
  6. Tapi mmg pun teknologi berkembang hp pun kene update yg latest kalau tak nanti byk app yh tak support...kan

    ReplyDelete
  7. iPhone nih terlalu cepet kluar yg baru, tapi mostly tak banyak perubahan 🤣. Makanya saya tak tertarik untuk beli dulu. Masih lebih suka android. Ini pun nak gantj phone kak, tapi lagi bingung nak pilih yg mana. Pastinya harus fokus ke kamera dan batre awet Krn saya rutin traveling kan. Dah tak suka bawa DSLR , jadi selalunya pakai hp utk snap pictures

    Ya ampuuun itu bacanya yao yao 🤣🤣?? Baru tau pun dari Spain, saya kira juga dari China hahahahahah. Di indonesiaa ada tp blm coba 😄

    ReplyDelete
  8. walaupun bkn pengguna iphone tp bla tgk sekejapan dah keluar model baru... fuh... dasat...

    samsung ultra dgr nya ramai yg cari sbg penggantu iphone latest...

    ReplyDelete