Dania la bagi tahu ummi ada movie baru keluar. Dania kata pelakonnya yang berlakon cerita Surga tak dirindukan yang lelaki tu. Sah la ni mesti Fedi Nuril ni. Jadi saya survey la movie apa yang Dania cakap tu jadi booking kat GSC Online dan taraaa ke IOI City Mall la kami berdua. Pilih movie jam 12.45 tengahari hari jumaat. Ambil gambar depan tempat masuk dulu ya.
Ada juga lelaki yang tengok filem ni...Dania cakap patutnya kat 'sejadah masjid' bukan tengok movie Airmata di Ujung Sajadah. 😅. Terang-terangan kot. Datang mungkin dengan awek. Hmmm awek pun ajak pakwe tengok hari jumaat ke?. Masa ni mula la saya membebel cakap dengan Dania...ummi tak nak macam ni ya....Moga yang terbaik untuk Dania ya. Seorang lelaki yang menjaga agamanya....
Ada patung Elsa dan Anna kat sini. Comel pulak patung dia.
Masa ni beli mineral water je. Takde la beli popcorn tu. Pilih tempat yang tepi senang nak keluar.
Kami menonton filem ni...
Airmata di Ujung Sajadah.
Credit : Google
Airmata di Ujung sajadah ni berkisar mengenai seorang wanita bernama Aqilla yang merupakan seorang anak orang senang yang tinggal bersama ibunya kemudian tiba masa Aqilla jatuh cinta. Lelaki tu pulak Arfan hanya lelaki biasa dan bekerja sebagai pelukis. Ibu Aqilla tak restu la kan kemudian Aqilla kahwin dengan Arfan tanpa restu ibunya Halimah. Kemudian tak lama kemudian Aqilla pun mengandung lalu dia tunggu suaminya Arfan pulang sebab nak bagitau berita gembira. Tiba-tiba terdengar bunyi macam kemalangan. Aqilla berlari ke situ dan tengok2 Arfan....Arfan tak sempat tahu pun yang Aqilla mengandung anaknya. Arfan meninggal. Part ni macam simple sangat...kemalangan tak jauh pun dari rumah dia. Mungkin tak nak panjangkan part kemalangan ni....
Tiba masanya Aqilla nak bersalin, dia ke rumah ibunya. Ibu Aqilla membawa Aqilla bersalin ke hospital. Selamat ke anak Aqilla tu?. Haaa tu kena la you alls tonton sendiri. Karang tak best pulak cerita sampai habis.
Part Aqilla bertemu ibunya di hospital masa ibunya sakit, sampai menangis-nangis ni tak berjaya buat saya menangis. Entah kenapa tak terasa di hati pulak. Mungkin scene ni dibuat secara tergesa-gesa. Walaupun lagu sedih saya tak terasa sampai di hati. 😅. Ikutkan saya ni punyalah senang nak keluar airmata. Yang ni??? No....takde....
Part yang membuatkan saya menangis part Aqilla suapkan Bakara makan. Haa part ni entah kenapa hiba pulak saya....masa Fedi Nuril ada datang Malaysia untuk mempromosikan filem ini dia ada cakap sediakan tisu. Kawan Dania ada seorang katanya dapat la tengok Fedi Nuril kat pawagam. Bila pulak datang Malaysia ni tak dapat dipastikan bila.
Fedi Nuril kalau berlakon selalu ada adegan poligami. Dalam Ayat-ayat Cinta dan Surga Tak Dirindukan. Boleh tonton ya adakah Fedi Nuril yang melakonkan watak Arif akan berpoligami lagi dalam filem ini....😅. Pelakon yang melakonkan watak Yumna bagi saya cantik sangat iaitu Citra Kirana.
Rating yang saya dan Dania berikan ialah 6 / 10. Tersama pulak ratingnya.
Lepas menonton jalan sekejap je kat IOI City Mall ni. Singgah booth Bath & Body Works ni. BBW ni tengah renovasi kedai dia kat IOI City Mall jadi dia buka booth kat New Wings IOI City Mall ni.
Sabun tangan ni menarik hati saya sebab dah tinggal sikit dah. Saya suka beli stok senang. Memang pakai sabun tangan dia. Bau pun sedap. Boleh cuba BBW yang ada tulisan 'try me' tu. Kalau nak cuba tengah ni ada tempat nak basuh tangan.
Akhirnya Rose & Amber dan Crisp Morning Air menjadi pilihan. Beli 2 dapat 1 percuma jadi saya ambil 3. Rose & Amber sahaja saya ambil 2 sebab bau dia saya suka. Lagi satu tu sebab Dania kata dia suka so ok lah ambil la pilihan Dania jugak.
Lepas tu kami balik sebab malas nak tempuh jam depan IOI City Mall tu. Nak nak hari jumaat petang kan?...
Dah tonton ke Airmata di Ujung Sajadah?
XOXO,
Ezna
Tu laa rasa nak pergi tengok, dengar lagunya je dah sebak, lagi tengok filemnya..
BalasPadamBawa tisu Sis Lin...hehehe....
Padamsuka dgr lagu dr movie ni tajuk DAWAI tu....terngiang2...tk tgk lgpun...tgk kwn2 share...ada yg nangis...ada yg tk nangis
BalasPadamLagu2 dalam filem ni no doubt memang mendayu-dayu. Dawai?. Kena dengar balik la lagu ni yang mana satu.
Padambest tu ber movie date dgn dania ;) i dh lama tak tgk movie heheh sbb tak de movie yg dlm wishlist to watch ;)
BalasPadamActually I tengah menunggu movie Disney coming soon in November. Movie ni Dania yang bagitau. Tengok dengan dia la dulu movie ni. Sibuk cakap ummi yang berlakon Surga tak dirindukan tu berlakon la.....
Padamooo ada movie disney yer...heheh boleh lah masuk dlm my wishlist to watch
Padamkawan ammi tengok kata sedih sangat... ammi ni ni mungkin kalau tengok kena tengok kat tV je kot. tengok sorang2 baru feel tu mari
BalasPadamOh kawan ammi tu sampai la kat hatinya tu. Akak ada part tak sedih langsung walaupun pelakon menangis sebab tak sampai kat hati. Ada part akak menangis la....
PadamTak tengok lagi, nanti tunggu masuk Netflix baru tengok kot.
BalasPadamEzna... Kami tak tengok lg movie ni. Tp ramai ckp best dan meleleh2 air mata. Tp tak dinafikan kalu cerita2 dr seberang, mmg asyik betul lebih2 lgi cite bab rumahtangga kan..
BalasPadamKalau cerita dari seberang ni dikuatkan lagi dengan lagu2 yang mendayu dayu...penonton turut dibuai perasaan. Lagu2 dalam filem ni best. Tu yg tak cerita habis tu sebab ada lagi yang tak menonton sebab filem ni baru lagi ditayangkan.
Padambest gi ngedate ngan anak dara gi tgk wayang...
BalasPadamBest MA sebab macam gang je...hehe. Kalau aanak perempuan dah besar ni best la.
PadamSuka tengok filem Indonesia. Biasanya sinematografi mereka cantik.
BalasPadamBetullah.. Fedi Nuril kerap berlakon tentang poligami. Nak buat camne, ramai yang menawarkan diri jadi isteri 😁
Seram pulak nak sebut bab tu. Macam dah sinonim dengan lakonan Fedi kan?. Haha tak boleh tahan tu kalau tengok kat movie....'isteri-isteri' Fedi lawa lawa oh....(dalam movie) Takut tetiba isteri Fedi Nuril yang betul datang singgah blog akak pulak. Hehe....
PadamDah lama tak menahan pukat di BBW. Sejak duduk Pontian, jauhnya rasa nak keluar cari barang... dah dekat hujung benua asia kan...
BalasPadamAzian...boleh je buat pembelian online kat https://www.bathandbodyworks.com.my Saya pun kadang2 beli online je.
PadamSaya sejujurnya tak suka semua film atau serial yg ada tema poligami kak. Jadi memang tak akan nonton 🤣. Itulah kenapa saya tak pernah lagi nonton film Ferdi Nuril setelah lihat yg pertama dulu. Jadi tak suka hahahaha. Masalah preference saja. Semua film bertema itu, siapapun pemainnya saya tak akan tonton. Termasuk buku nya saya tak akan baca.
BalasPadamB&B ini sukaaa sangat sabun dan lotionnya. Saya lebih suka sabun dan lotion mereka drpd body mist nya. Terkadang kalau sedang big promo, pastilah saya beli 😄
Isteri mana yang suka poligami. Mungkin ada tapi jarang-jarang. Fedi suka berlakon watak poligami. Hehe. Mungkin sesuai dengan watak.
PadamFedi datang masa premiere screening dekat Malaysia. Ramai juga yang nangis masa tengok ending tu.
BalasPadam