Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, March 16

Habib Jewels

Masa 7 Mac 2021, hari ahad tu. Saje-saje lah cakap dengan suami nak pergi Habib Alamanda since Warung Selekoh Kambing tu dekat dengan Sepang. Suami kata alang-alang dah boleh ke Kuala Lumpur kita gi Habib kat Ampang. Tu yang ada kat sini ni. Idak...Habib paling dekat yang kat Alamanda atau IOI City Mall ajer. 

Ok, kena beratur masa nak masuk ya. Lepas dah boleh masuk akan diberikan nombor pulak setelah scan suhu dan scan My Sejahtera. Mula-mula berbunyi juga mesin suhu tu sebab suhu saya panas sikit. Ye lah dah la kena beratur kat luar yang panas membahang sebelum tu. Masuk dalam lega sikit sebab ada aircond. Akhirnya dia scan suhu saya guna scanner suhu yang lain. Haa kali ni lepas. 


Lepas tu kena tunggu kat bilik menunggu pulak sebelum nombor kita kena panggil. Masa saya duduk sini dengan Dania, tak lama tu nombor 124 kena panggil. Nombor saya 126. Rasa macam pergi hospital la pulak. Tunggu giliran nak jumpa Dr 'emas'. 
 

Bila duduk depan pintu alehaiiii tak sabar rasanya nak menengok-nengok la pulak. Hehe. 


Masa ni nombor saya dah kena panggil. Saya nak survey bangle charm emas kat Habib ni. Read : Survey ajer 😆. Tapi....dia siap susun-susunkan charm dan dangle saya kat bangle charm tu. Dia kata tak beli tak apa (ayat power....). Size bangle ni ada macam2 rupanya. Ada S, M, L. Mula2 ni staff susun kat bangle size M. Kat hujung boleh nampak bracelet emas yang saya beli kat Angsa Emas. Rasa-rasanya bracelet ni dari Gdora sebab Angsa Emas ni agen Gdora jugak. Bangle Habib ni finishing dia berkilat sikit dan berbentuk bola-bola kecik. 


Saya tolak 2 bracelet saya di atas. Saya dapat la ambik 1 bangle charm size L dan 1 bracelet Oro Italia. Bangle charm tu pilih size L sebab boleh tambah charm lagi. Kalau pilih size M dah ngam-ngam ajer.  Bracelet Oro Italia saya halus ajer la. Mula-mula nak kena tambah ratus2 tapi bila tukar bracelet Oro Italia yang lebih ringan, alhamdulilah kena tambah RM18 ajer. Dah boleh senyum lega....walaupun saya boleh ajer tolak charm dan dangle tu juga tapi saya sayang sangat la sebab dah gigih kumpul lama. Sikit-sikit sampai sebanyak ini. Ada yang orang bagi juga, ada yang saya sayang sangat. Dania pun tak bagi saya jual charm semua tu (Eh eh charm uumi ke charm Dania ni?) Psst... ada yang kata birthday saya tahun 2021 ni nak hadiahkan saya charm. Sekarang ni dia gigih main kutu semata-mata hanya untuk beli charm untuk hadiah hari jadi saya 😭. Sometimes kan benda macam ni buat saya nak menangis tau....(Dah menangis dah pun.....). Touching sangat saya!


Bangle Habib ni rupanya macam ni. Didatangkan dengan stopper kiri dan kanan supaya charm kita stay tak bergerak-gerak. Tak payah beli safety chain dah la atau tepi tu dah tak payah letak rubber stopper. 


Masa datang tu, ramai juga kat Habib Ampang ni. Mungkin juga sebab kat sini adalah HQ Habib. 



Senior Retail Associate yang melayan saya....terima kasih banyak2. Malu pulak bila saya kata nak ambik gambar muka. 


Nak dijadikan cerita, lepas dah settle kat Habib ni hujan turun pulak. Ada pulak parking depan Habib ni so suami parking la kat sini dan guard Habib ni akan payungkan sampai kita masuk kereta. Benda simple ajer pun tapi benda simple pun orang nampak. Pernah ke kita pergi kedai walaupun parking depan kedai kita ni ada orang nak payungkan masa hujan?. Pandai-pandailah masuk kereta sendiri ye tak? 😂. Tapi....Habib Ampang ni lain. Terima kasih Habib. Luar dalam Habib ni jaga. Dah nak keluar kereta siap jaga traffic pulak lagi. 


Ni lah bracelet Oro Italia yang halus tu. Sebenarnya saya ok ajer yang halus-halus ni. Saya mudah tak selesa kalau pakai yang berat. Setiap orang ada kesukaan dia kan...saya suka yang ringan kat tangan. Finishing bracelet ni pulak berkilat. Dalam gambar tak nampak. 


Bye bye bracelet Angsa Emas....


Masa pergi ni ada penurunan sikit harga emas 916 iaitu RM253/g kat Habib. Pernah minggu yang sama RM259/g. Kalau kedai emas yang lain seperti Zakaria and Sons, Khalifah Jewels, Sri Tanah Merah...harganya lagi murah per gram. Finishing di Habib Jewels ni sangat cantik. Biar harganya mahal sikit asalkan kita puas hati. Kalau mahal sikit kita tak puas hati tu...macam tak berbaloi ajer beli. 

Oh ya alamat Habib Ampang ni :
Lot 106, Lorong Mamanda 2, Ampang Point
68000 Ampang
Selangor




15 comments:

  1. Salam kenal Ezna :)

    Kenapalah PH baca post ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kenal PH (Puan Hazel). Post ni bahaya sebenarnya. Hehe....

      Delete
  2. habib is always my fav--currently i ada 2 bracelet dan 2 bangle habib :) cincin ada dua :) finishing memang terbaekkkkk

    ReplyDelete
  3. anyway i tak pernah lg shopping kat habib ampang ni..i tau memang kat situ HQ, sbb i selesa shopping kat habib wangsa maju jer (dlm alpha angle) dan pernah shopping gak habib the curve and habib kota bharu (setiap kali balik kg)--yg kb tu memang layan special sbb siap boleh request free gifts hahahah tu kerap pegi sana --kira mcm port wajib bila balik kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing Suzz. Agaknya memang Habib ni train staff dia supaya good in Public Relation. I pun normally pergi yang dekat2 ajer. IOI City Mall atau kat Alamanda. Ampang ni sebab ada yang nak bawak. I memang tak familiar langsung area ni jadi kalau I yang drive I takut sikit. Hehe.

      Delete
  4. never beli habib lagi. sbb selalu seram nak msuk kedai dia heheh

    ReplyDelete
  5. Cantek pilihan you.. suka tengok. I skrg ni pun tengah kumpul charm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat u leh survey ayu kalau Ig lavenderlizz, ig hanny izuan, ig ammar jewels, faidhjewels website :), kat tomei ada, habib pun ada.

      Delete
  6. Power betul PR staff Habib nie. Cara dia menghargai customer dia buat orang nak datang lagi kan

    ReplyDelete
  7. Ni memang my favorite kedai bila nak usha jewelry even for myself wor.. Nak check them out lagi for my BD gift la nanti...

    ReplyDelete
  8. Akak ni mengundang betul. Nak beli pandora juga lahhhh camni. Hahahhaa. Suka pandoraaaa charms dia. Trendy kan kak. Hehehee.

    ReplyDelete
  9. Selamat kita tak suka Beli charms mcmni haha kalau tak mmg mengubdang btul post sis ni. But cantik lah.

    ReplyDelete
  10. Suka juga dengan gelang halus ni, kang kalau berat tak selesa end up tak pakai pulak kan. Lawa design yang akak amik tu.

    ReplyDelete