Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, March 19

Dotty's

Masa ni hubby tak beratur sekali depan Dotty's sebab turunkan saya dengan Dania dulu. Hari ni nak cari parking kat IOI City Mall pun berchenta. Ramai betul orang. Depan saya ada 3 orang yang beratur. Dotty's ni tempatnya kat kedai ice cream Magnum dulu. Masa beratur kat luar ni sebab open air jadinya berbahang sangat. Tak sanggup nak duduk kat luar sebab cuaca panas ni lah. Prefer duduk kat dalam lagi. 

Dah la satu meja boleh duduk dua orang sahaja. Kalau ada anak kecik boleh la duduk 3 orang semeja. Makanya staff Dotty's nak carikan meja yang berdekatan untuk keluarga kami. Tertakluk pada kekosongan meja la jugak. Kalau yang makan kat dalam tu lambat bangun...alamatnya lambat lagilah kami nak duduk sebab staff kata ada 1 jer meja kosong. Dia nak tunggu yang duduk meja sebelah tu selesai makan. 😅 


Bila dah dapat meja, dapat juga QR Code ni untuk kita pesan online. 

 
Nak lapik perut, ambik dulu  Salted Egg Cronut dan Vanilla Pod ni. 


Dua meja berasingan. Nasib baik sebelah menyebelah je. 


Dania order air Oreo Milkshake. 


Saya order Lemonade. 


Hubby punya Hazelnut Latte. 


Dania punya spaghetti goreng dengan turkey slice. 


Saya punya mushroom soup dengan roti. Eh makan ni je?. Ye tapi saya mintak sikit orang depan saya dan sebelah saya jugak. Hehehe. Makan ni je pun kenyang jugak sebab saya kuis-kuis roti dalam tu bagi bercampur dengan sup. 


Hubby punya cheese burger. 


Beef patty tu gemuk sangat. Memang kenyang la hidangan ni. Saya yang ni cuit sikit ajer sebab saya kurang sikit makan daging. 


Suasana kat dalam Dotty's. Best juga makan kat sini. Selesa. Dekorasi sangat cantik. Wainscoting wall berwarna biru gelap tu menaikkan seri kedai. 


Harga kat sini?. Tidaklah murah.....harganya bagi saya mahal juga. Sesekali ok lah bagi saya. 😊. Dotty's ni F&B di bawah Naza group of companies. 


27 comments:

  1. tak pernah lagi makan dekat Dotty;s , menarik

    ReplyDelete
  2. tak pernah try lagi dotty ni, aduii paling favourite mushroom soup dalam roti tu, nanti nak try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mushroom soup dalam roti tu seriously memang sedap.

      Delete
  3. I dah byk kali lalu depan Dotty. Tapi x pernah masuk. Btw, the food looks good. And the ambiance looks cozy too. Maybe I will dine here one day. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang sini you should try their salted egg cronut.

      Delete
  4. takk pernah try lagi kat sini. macam menarik je.nanti kalau jumpa Dotty ni nak singgah jugak la makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah....mana tahu ada yang akan menjadi favourite nanti...

      Delete
  5. Selalu teringin nak merasa makan kat sini, nak pegi KLCC memang jauh. Haritu nampak Dottys baru nak bukak, ni dah bukak kat IOI tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat IOI City Mall dekat sikit. Pernah juga akak makan kat Taman Tun Dr Ismail.

      Delete
  6. Saya suka lepak2 macam ni tapi tak ada kawan jer . Bagi saya walaupun harganya agak mahal sikit tapi asalkan makanan dan layanan yang diberi ok dan best , harga tu boleh kira pejam mata dan tolak tepi, lagipun sesekali kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali ok lah Saidila. Kalau ada kawan syok tu lepak sini sebab tempat ni memang selesa pun.

      Delete
  7. Sis teringin gak nak makan lepak sini, sebab kawan-kawan Sis selalu gak share melepak di sini.. tunggulah dah boleh merentas nanti, nak juga singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye semua tak sabar nak merentas. Sis pun tak sabar jugak ni.

      Delete
  8. I selalu makan dottys dekat ttdi.. tapi outlet yg ini nampak lagi besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Outlet ni besar sikit je pada yang kat Taman Tun tu you. I pernah ke outlet Taman Tun jugak.

      Delete
  9. Fuhhh akak. Pilihan menu akak sempoi dan menyelerakan. Saya belum pernah ke Dotty. Sebab beratur panjang yang cawangan terdekat ni. Nanti nak cuba pergi pada hari biasa. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari biasa ok lagi rasanya. Hari minggu ramai sikit la.

      Delete
  10. Dotty! Wahhh tengok makanan dia semua sedap2 dan sgt presentatable... Boleh pergi try ni bila dah boleh ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Problem sekarang ni nak merentas negeri tu. Kalau dekat boleh la pergi.

      Delete
  11. Thank you for sharing! This looks simple & good ! Suitable for just chit chat punya kawan.

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing this place! I like their simple~ kalau nak pi chit chat dgn kawan and makan simple food, they ca also come here~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nak chit chat pun boleh datang sini. Ada juga meja kapasiti ramai.

      Delete
  13. burger tu nampak sedap la. tengok suasana restoran ni pun boleh agak dah harganya mahal, hehe

    ReplyDelete
  14. Sedapnya makanan walaupun nampak ringkas dan juga simple tapi mengenyangkan bestnya nak cuba juga makan kat Dotty's selalu nampak hehehehehe...

    ReplyDelete