Nasi Briyani Ismail ni dah lama dah bertapak kat Taman Tun, KL ni. Seingat saya masa Dania kecik2 selalu juga pergi sini makan. Kalaulah teringin nak makan nasi briyani dan ayam madu. Masa Dania kecik, saya tinggal dekat dengan Kg. Tunku, Petaling Jaya. Dania pun suka juga kalau makan kat sini.
Bila ajer Dato' Seri Ismail Sabri kata dah boleh ke Kuala Lumpur, apa lagi terus la ke sini. Dania siap kata yay lagi nak makan nasi briyani Ismail. Saya ni kalau nasi briyani tak berapa suka sangat tapi yang ni....saya tak tolak. Perkara yang susah kat sini ialah parking. Memanjang ajer full. Kalau nasib baik, dapat la parking dekat-dekat. Kalau tak, siap la kena menapak. Nasib kami baik pada hari ini sebab dapat parking depan kedai ni. Dari arah saya ambik gambar ni haa....
Kami muka happy dapat makan nasi briyani. Hehe. Ada seorang pekerja kat sini pekerja lama dari Dania kecik lagi. Dulu pekerja ni selalu jaga kaunter pembayaran, sekarang ni nampaknya ambik order pelanggan sahaja.
Lauk ayam madu confirm wajib order. Set lain tu adalah papadom, acar timun dan kuah dalca. Rasanya ni memang didatangkan dengan nasi briyani ni.
Bab suspense tu kan bila nak masuk tol UPM nak ke highway tu. Memang ada polis tunggu kat situ. Walaupun Dato' Seri Ismail Sabri dah bagitau boleh ke Kuala Lumpur....nampak ajer pak polisi rasa gabra semacam. 😜. Padehal takde buat salah apa-apa pun. Saya rasa mungkin sebab merentas negeri tak boleh, tu yang polis jaga kat situ sebab highway tu pun boleh ke Negeri Sembilan dan pengakhirannya ke Johor.
Siapa macam ni...nampak polis je gabra? Gabra je nampak polis... 😜
i peminat tegar biryani!! kat my area ni, yg famous mudah sedap is Rahman Briyani..yg pernah viral last 2 yrs, viral time ramadhan..sbb murah dan sedap
ReplyDeleteWahhh dah la sedap, murah pulak tu. I sebenarnya tak berapa dengan briyani ni tapi i makan jugak.
Deletebetul.. mmg nampak ja polis terus gabra semacam walau tau tade buat salah
ReplyDeleteSama la sis pun. Hehehe
DeleteTu la nampak je polis kita ni macam orang buat salah je kan.. hehe.. Anyway tak pernah makan kat sini lagi.. nanti boleh try
ReplyDeleteBetul. gabra pulak walau innocent. Hehe
DeleteWow.........the biryani rice look so taste. Hope you enjoyed it. Thank you for sharing your review of this restaurant with me.
ReplyDeleteYa memang tasty. Cubalah kalau berdekatan sini.
DeleteOk. Next boleh ajak geng melantak Rawlins pergi try. Ada sorang tu mengidam benar nak briyani. Nie mesti dia berkenan nie jika I ajak
ReplyDeleteAmboiii kalau gi ngan gang melantak lagi syiok. Nasi Briyani ni since 1977 lagi Rawlins. Meh try...
DeleteKita pun suka makna nasi briyani.. Tak pernh pergi sini lagi.. Boleh cuba ni.. Kalau bab parking full jenuh juga la.. Bab polis ya gabra juga.. Haaha
ReplyDeleteBab polis harus gabra. Hehe
DeleteHey Kak dtg TTDI ke..duduk putrajaya kan? Bella keje area sini. Tp jarang pi Ismail. Pi Bistro dan Abadi sebelah Ismail tu je. Ismail tu legend..org lama semua mai makan situ.
ReplyDeleteLa...Bell kerja sini ye?. Sis duduk area yang border Putrajaya dan Bangi.
DeleteSama la, gabra tengok polis. Haha. Mana la tau, kot2 ada kesilapan yang kita terlepas pandang. Kang tak pasal2 rm10k melayang. Anyway briyani tu nampak sedap.
ReplyDeleteBetul...bab duit melayang tu sis pun gabra.
DeleteNampak sedap nasi beriani tu. Tetiba perut terasa lapar pulak. Siapa tak gabra nampak polis. Hahaha
ReplyDeleteSis tak makan tengahari lagi ni. Tengok post sendiri pun lapar. Haha
DeleteSis suka, tapi sebulan sekali okaylah.. tak boleh selalu.. lagi kalau dapat daging beryani, perghhh dapatnyaaa...
ReplyDeleteYe betul sesekali boleh la tapi sis ni memang tak gemar sangat nasi biryani ni kecuali yang Ismail.
DeleteEzz...i x sure samada kedai ni atau sebelah dia. Dah tutup. I prsn ms lalu.last week ms pg rumah my mom
ReplyDeleteAyu....I dah check. PM Ismail lagi. Dia kata bukak. Entah2 restoran sebelah dia la kot.
DeleteSama la kita.. nampak polis jer terus nervous sekarang.. ye la kita cuba sedaya upaya ikut SOP kan, nanti ada jer yang tak betul :) btw, i tak pernah try this restaurant lagi.. boleh la pergi sana nanti.. dah lama juga ye kedai ni..
ReplyDeleteYe kedai ni since 1977 dan kalau sampai sekarang masih bertahan memang best la kan makanan dia....
Deletewah sedap yer nasi beriyani. best kn dah boleh rentas daerah, syok nak JJCM. bosan kot makan sama jer..
ReplyDeleteBetul bosan makan sama je. Sesekali sis nak orang masakkan untuk sis juga. Asyik kita je yang masak. Hehe
Deletewahhh kalau dah dari dania kecik nampak sangat kedai ni establish....suka layan kedai yang dah menapak puluh tahun sebab itu bermakna ada peminat setia...ok nanti nak cuba jugak datang makan kat sini....
ReplyDelete*rindu pulak nak jalan sama2 macam kat Taiwan
Kedai ni dari tahun 1977 lagi. Sis pun masa tu baru 1 tahun. Saidila tak lahir lagi.
DeleteMemang zedap sekali sekala mkn nasi bryanu, klu gi org kawin lg best tp pkp ni xdptlah nak rasa nasi bryani org kawin.tp sis klu nak nadi bryani msk sendiri siap dgn kari kambing
ReplyDeleteBila orang dah start buat kenduri baru la kita dapat merasa lauk kenduri.
DeleteWahhh nampak macam sedap je nasi briyani dia. Meriah!! Dah lama juga Nina tak merasa nasi briyani ni. nanti ada kesempatan Nina nak try makan sana lah.
ReplyDeleteSis suka ayam masak madu dia....memang sedap!
Delete