Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, August 28

Majlis khatam quran dan solat terawih serta hajat school Dania

Suasana malam cafe tempat i melepak tunggu Dania habis school

Majlis khatam quran murid tahun 6

Dania yang paling kecik sekali 

Ada bunga manggar jugak. Dania kata macam orang kawin 

Dewan yang luas untuk solat terawih dan hajat

 My daughter Dania

Solat terawih 

Kat dalam bangunan ni pun ada tadika

Majlis khatam Quran dan terawih serta solat hajat ada dijalankan di sekolah dania. Ummi, ayah dan dania pergi le ke school dania seawal jam 7 petang. Ada majlis khatam quran untuk murid tahun 6. Selepas tu semua dibekalkan dengan air mineral dan kurma. Setelah solat maghrib baru makan berat. Ada macam2 juadah. Ikan besar gila, udang pedas, ayam goreng rempah, ulam2, buah buah, kuih kuih. Uihhh i makan udang yang sedap itu. Ayah dania boh berlambak dalam pinggan. Tak nampak nasi dah. Dania dan kawan2 makan dalam dulang. Share 6 orang satu dulang. Kat sekolah ni memang praktik makan dalam dulang tau. Selepas tu solat isya', terawih dan disusuli solat hajat untuk student yang akan menempuh UPSR dan PSRA. Majlis habis pukul 10.00 malam. Semua keluarga dibekalkan dengan bunga telur sempena khatam quran, bubur lambuk, chocolate dan roti jala serta kari. Seronok juga sesekali join aktiviti sebegini sebab dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan. 

Pengetua sekolah Dania, Ustaz Jazlan Abdullah takde sebab menunaikan umrah.....

1 comment:

  1. wahhh meriahnya nampak event school dania...dan nampak sangat bersih :)....

    ReplyDelete