Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, April 22

Syoknya Agro Bazaar | Pusat Asasi Sains

Kali ni junior Dania yang akan mengadakan Bazaar ni sebagai carry marks untuk subjek Pertanian. Satu kelas kena menjual. Saya dan Dania pun support la mereka ni. Masa tiba sini, ternampak dua orang ni. Rambut kerinting tu memang saya cam sebab sama sekolah dengan Dania. Rupanya baju hitam ni pun junior Dania. Teringat Afiq ni masa merentas desa Form 1 dulu, dia comel sangat masa tu macam orang putih. Saya kata comelnya budak ni. Ni dah 19 tahun dah. Cepat masa berlalu. 


Dania terjumpa Anis, sekelas masa asasi. Keduanya memang baik dalam kelas. Apatah lagi keduanya sejenis senyap. Dania kalau dapat kawan pun macam tu la perangainya yang senyap-senyap. Anis dan Dania ada berbuka bersama kat Mee Hiris masa bulan puasa hari tu. 


Ni pula anak kawan saya namanya Iman Danial yang ambil Asasi sama dengan Dania kat UPM ni. Masa kecik2 Dania ada main2 kat rumah Iman. Keduanya speaking London...Haha...masa tu keduanya menonton Disney Playhouse Junior kat Astro jadi memang terpengaruh dengan Bahasa Inggeris dalam siri tu. Budak-budak kan cepat belajar. Iman siap bagitau mama dia....dia suka main-main permainan dengan Dania. 😁. Beza Iman dan Dania gap 1 tahun. Dania tu setahun dari Iman. 

Dania sendiri pun belajar pasal 'Glow Worm' melalui Disney Playhouse Junior ni siap boleh explain kat ummi lagi. Masa tu kami melawat gua glow worm di Australia. Boleh baca kat sini


Dania terjumpa lecturer Asasi masa Sem 2, Miss Amizatul Najeha. Saya panggil Miss walaupun dah kahwin sebab dulu pun Dania panggil Miss juga. Miss kena ronda-ronda nak bagi markah kuliah dia. Masa Sem 2 ni asasi ni kena buka gerai dan markahnya akan dibawa ke final nanti. Ni time Dania kena menjual last year di sini. Miss cakap kat ummi....Dania ni budak baik. Hadza Min Fadhli Rabbi.....alhamdulilah....



Ni salah satu gerai. Kena menjual dan menghias gerai. Jadi kena ada tema la gerai-gerainya. Macam Dania dulu tema Hari Raya jadi kena pakai baju kurung kedah. 


Gerai ni tema kahwin. Siap ada pengantin lelaki dan perempuan ya.....mana la sewa baju pengantin tu ya....


Gerai ni comel. Tema minion. 


Dania dengan lecturer Physics, Miss Wahidah. Miss ni memang sporting dengan student sampai boleh lepak sekali dengan classmate Dania kat Putrajaya tu. Miss ni ajar Physics Sem 1 & 2 masa Asasi. 


Ni gerai anak kawan saya Iman. Iman ni bendahari jadinya QR Code ke akaun Iman. Gerai Iman jual murtabak maggi. 


Tengah saya jalan-jalan, datang student ni approach suruh rasa tester sengkuang calit. Dia promote la suruh beli kat gerai kelas dia. 


Ni Dania nak beli apa ke ni?....kemain banyak membeli support adik2 junior. 


Jumpa pula kawan sekelas yang lain. Luqman namanya....saya tanya mana awek? Haha....saya tahu dia ada awek dah....malu-malu kucing Luqman. 


Bergambar pula dengan Miss Wahidah....


Meh Afiq bergambar dengan senior SMK Jalan Empat. Afiq kata cam Dania. Saya la yang panggil. 


Ni pula Sir Faez. Lecturer subjek Agriculture masa Sem 1 Asasi. Masa time Sir ni la bawa kelas Dania berendam kat Sisfec, makan buah durian kat ladang, naik traktor..., menebas sekeliling pokok durian, berlari dalam sawah, mandi dalam parit sebelah sawah, bagi lembu minum susu.....memang fun la....subjek Agriculture la student release stress berbanding subjek lain macam Physics, Biology, Chemistry, Mathematics....time tu...


Cuaca panas tapi berawan masa ni....


Duduk ni Sir KJ yang ajar Dania Mathematics masa Sem 2. Cara mengajar sangat fun sebab terikut macam cara tuition MC+. (MC Plus). 


Inilah rupa Murtabak Maggi. Macam ada rasa tomyam juga ni. Beli sebab nak support gerai kelas Iman (anak kawan saya). Mak dia dah pesan kalau terjumpa ambik gambar Iman. Saya bukan je ambik gambar Iman....dengan gerai kelas Iman saya ambik gambar. Janji kawan saya tu puas hati dapat juga saya jumpa anaknya....


Lepas ni kami balik dulu sebelum ke Fakulti jam 2 petang nanti sebab Dania ada kelas. Kelas pagi cancel tu yang boleh berjimba kat sini tu. Hehe...





XOXO,
Ezna

18 comments:

  1. meriah mcm2 brg kat gerai2 jualan tu :) i tak pernah mkn lagi mertabak maggi wpun memang selalu nampak dijual kat bazar ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania beli nak support gerai anak kawan I lepas tu sempat la I rasa....

      Delete
  2. seronok nya...moga linda pun jadi macam kak ezna, kenal nama semua kawan2 anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kenal kawan2 Dania dari sek ren lagi. Kawan sekelas / tak sekelas pun kenal sebabnya akak suka bertanya.....hehe....

      Delete
  3. waahhh seronoknya support gerai jualan junior! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya....Dania excited tu.....sebab dulu pun dia pun kena buat camni gak....

      Delete
  4. bila pi agro bazaar ada pelbagai gerai bole la beli mcm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tapi beli makanan yang ringan je sebab makanan berat dah masak kat rumah. Ada gerai yang jual nasi minyak jugak.

      Delete
  5. Lecturer semua muda2 nampak sebaya je dengan student...saya pun tengah belajar nak jadi macam akak,nak kenal kawan2 Pia,bila makpak kenal kawan2 anak ni diaorang lebih mudah mesra dengan anak kita yang pendiam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kalau anak seorang ni selalunya dia akan jadi pendiam jadi kena support juga la anak....mungkin maknya boleh kenal kawan2 anak dulu....

      Delete
  6. Bagus laa ada aktiviti macam ni
    boleh menyemai semnagat keusahawanan dlm kalangan pelajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang aktiviti wajib bebudak asasi sem 2 kat UPM ni Anies...lepas tu dpt duit untung terpulang kelas nak buat apa...

      Delete
  7. Bestnya, meriah! Ala2 mini pesta konvo pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah tu memang ya Carneyz. Dania nak support adik2 junior....

      Delete
  8. meriah tu..
    beli sbb support...betul sgt .. he he he...

    ReplyDelete
  9. saya kalo ada bazaar kampus seperti ini langsung semangat nak beli2 hahahaha.. support teman, juga memang senang saja belanja2 seperti ini :D.

    foto2 para lecturer dania, saya pikir tadi teman2 dania juga, semua terlihat muda :D.

    afiq tuh macam memang ada darah bule nya yaaa :D. Memang blasteran kah?

    ReplyDelete
  10. meriahnya agri bazaar tu. seronok jumpa lecturer2 dan junior2 kan. bila baca ni not bad juga subject agriculture

    ReplyDelete