Isnin, April 1

Pertama kali ke Bazar Ramadhan Putrajaya tahun ini

Dania ni dah ajak ke Bazar Ramadhan. Nak cari kuih muih yang berkenan la. Jadi Bazar Ramadhan Putrajaya jadi pilihan cumanya hubby dah bagitau kat sini memang agak sesak sebab Bazar kat sini besar.

Hubby drop je saya dan Dania kemudian kami berjalan la dalam ni. Hubby kata tak turun sebab parking berdekatan pun penuh. Ya memang sesak. Kebanyakkan parking tepi jalan je. Kat Putrajaya ni jangan main-main ya sebab Penguatkuasa sangat aktif. Silap-silap kena saman kalau kereta kita yang menyebabkan kesesakan lalu lintas. 


Gerai Chef Ammar pun ada kat sini.....saya dan Dania lalu ajer ya. Tak singgah sebab masakan utama memang saya dah siap masak. Hari ni saya masak nasi ayam. 


Dania nak beli donut pulak lepas tu tanya ummi nak tak?. Bayar guna QR Code je. Ummi masa ni tak reti dan tak set lagi MAE Ummi....sabo je la....ayah kata nak ganti balik duit yang dibelanjakan. 


Jalan jalan nampak pulak gerai putu piring jadi singgah sini pulak. Line panjang sikit kat sini. 


Dania kalau nampak Churros selalunya mesti nak beli tapi disebabkan dah beli donut jadi tak beli la Churros. 


Bila call hubby tanya nak makan apa....hubby kata tak nak jadi saya dan Dania tetap la belikan hubby murtabak. Beli murtabak daging je satu. Gerai ni macam takde orang sangat. Hmmm sedap ke ni? 


Ni pula kedai kelate. Saya ternampak satu kuih ni yang saya suka makan bila time bulan puasa. 


Ni dia jala mas yang sangat rare nak jumpa. Dah jumpa saya beli je la tapi sebenarnya macam mahal juga sebab bekasnya kecik je. Top up juga kuih lapis dan kuih cara berlauk. Tapi......kuih caranya kecik ya amat.....boleh dikatakan size mini. 3 kuih kat sini berharga RM10. 


Ni lah gerainya. Kot la warga Kelantan rindu kuih muih kampung....


Banyak sangat gerai kat sini. Ni salah satunya. Kalau tak nak makan nasi boleh je makan kway teow kerang ni. 


Balik, masa berbuka....makan nasi ayam....terlebih kuning pulak nasinya sebab saya letak serbuk kunyit. Dania kata sedap.....seronok ummi dengarnya. Hehe....

 

Ni lah size kuih cara berlauknya.....Cute tak?. Size ni kecil dari kuih cara berlauk yang selalu saya makan. 


Apa pun alhamdulilah untuk rezeki kami pada 30 Mac 2024 hari sabtu. 





XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. Sy suka putu piring & murtabak..Dah nk raya..Setakat hari ni baru sehari pegi bazaar ramadhan.Itu pun bazaar ramadhan dkt stadium kota bharu =)

    BalasPadam
  2. kita pi bazaar ramadhan area umh tk byk sgt pn kalini org niaga...tp slalunya pi bli kuih fav je la

    BalasPadam
  3. alhamdulillah :) sedap2 belaka tu...i balik kelate last weekend..memang sesi menjamu selera dgn jayanya heheheh

    BalasPadam
  4. sesak & susah nk dpt parking tu salah satu sebab Ana tak jejak lagi ke mana-mana bazar Ramadhan tahun ni.. betul-betul masak di rumah je tahun ni hehe

    wahhh churros! feveret Mak Ana juga churros hehehe

    BalasPadam
  5. tahun lepas je wak ada singgah bazar ramadan putrajaya ni sbb keje kat cyberjaya 😁

    BalasPadam
  6. Wak belum pernah singgah lagi baram sepanjang ramadan ni
    tak sanggup

    BalasPadam
  7. Yang bestnya pergi Bazar besar ni banyak pilihan. Tapi tulah, bab parkir tu seksa sikit. Kalau kena saman naya je kan, tak pasal-pasal je. Bila orang puji masakan kita, hilang penat masaknya pun. Alahaii comel betul saiz kuih tu.

    BalasPadam
  8. Meriah jugak bazaar ramadhan di Putrajaya ni.. Kita pun baru sekali pergi Bazaar selepas anak sulung merajuk nak pi bazar hari hari minta huhuuu

    BalasPadam
  9. Tapi kalo belanja di bazar ramadhan ini, selalunya saya beli dari tempat yg sepi kak. Kasian 😄😄. Soal rasa sedap tak sedap, ya sudahlah yaaa, yg penting beli dulu 🤣.

    Faktanya kalo dah ke bazaar, pastiiii yg dibelanjakan banyaaak, walopun ujung2nya lapar mata saja.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...