Jumaat, April 5

Bazar Ramadhan Seri Serdang

Ini kali kedua pergi Bazar Ramadhan. Kami pergi setelah selesai masak menu utama. Hari ni saya masak Nasi Lemak Pandan. Ni masa kami ke Bazar Ramadhan pada 31 Mac 2024. Baru keluar post ni kat blog.

Kali ni kami ke Bazar Ramadhan di Seri Serdang. Nampak la beberapa bas UPM yang sedang menunggu pelajar berbelanja di Bazar Ramadhan. Bas UPM akan bawa pelajar dari kolej ke Bazar ni. Dania ada nampak kawan sekelas masa asasi tapi tak sempat nak tegur sebab Nik Aisya tu dah naik bas UPM. Kawan dia ni ambik Perubatan Veterinar. Kolej jauh sikit luar dari main campus. Lebih kurang 7km jugak la. 


Apa yang menarik kat sini ya?. Ada Kambing Bakar jugak. Ni lalu je la...


Roti John ni hubby suka tapi bila tanya hubby nak beli tak?. Hubby kata tak nak beli. 


Shawarma pun ada. 


Sate sate...


Kalau tak nak makan nasi boleh makan ni.


Mat Rock pun ada. Sekarang ni kat mana-mana je nampak Mat Rock ni. 


Roti ni ada beli sebab rindu nak makan roti ni yang dah takde jual kat Pasar Malam Putrajaya. Mana pindahnya pun tak tahu. 


Ayam Geprek Dapur Sari Dewi ni memang Dania cakap kawan-kawan dia kata sedap. Favourite Wafa kawan Dania jugak. Ada kedai juga kat Seri Serdang ni. 


Ni hubby teringin pula. Saya memang tak suka sangat tepung pelita ni. Tepung pelita paya jaras?. Bukan famous ke tepung pelita ni?. 


Haaa tudiaaa siap peace satu. Ni Encik kat bahagian akademik UPM ni. Pernah la jumpa masa urusan di bahagian akademik (Yang saya turun naik bangunan canselor sampai 7 kali tu....YTJT) 😅. Encik ni buka gerai takoyaki. Beli takoyaki mix kat sini. Harga dia tak silap RM7.


Jadi lauk pauk kuih muih berbuka kami....
Roti daging dan ayam juga churros. Churros ni Dania yang nak. 


Ada juga cakoi. 


Ni ha takoyaki mix tu...


Ni pula ikan bilis goreng nak makan dengan nasi lemak yang saya masak. Saya goreng garing. Sedap nak makan nanti tapi kena berhati-hati takut overcooked. 


Telur rebus dan timun. 


Ni pula bubur lambuk surau. Surau akan masak bubur lambuk setiap hari ahad. 


Ada pulak orang ambil gambar Pak Haji yang saya kenal ni tengah distribute bubur lambuk depan surau. 😁


Ok....atas ni gambar selingan...
Sambal sotong....


Ni pula gear box yang memang dimasukkan dalam bubur lambuk. Ada 5 ketul kot. Hubby ambik 1 ketul mulanya tapi.....seketul yang terakhir tu takde sape nak sebab kebanyakkan dah pencen....faktor kesihatan juga jadi hubby ambik lagi satu. Tau tau bawak balik rumah sebesar ni haaa....

Daging yang melekat kat gearbox ni pun banyak. Alhamdulilah rezeki. 


Ni pula nasi lemak daun pandan. Aroma masa masak tu fuhhhh wangi sungguh. Saya ambil air dari 4 daun pandan yang dikisar kemudian 1 lagi masuk dalam periuk nasi. Warna pun takdelah hijau terang tu. Hampir tak kelihatan warna hijau ni. 


Alhamdulilah rezeki kami sekeluarga. Daging yang dari gearbox tu esoknya saya masak sup masa berbuka dan masukkan juga daging tu....siap boleh makan hari selepasnya sebab dagingnya meriah....alhamdulilah....





XOXO,
Ezna


11 ulasan:

  1. alhamdulillah....rezeki dapat daging banyak tu...

    BalasPadam
  2. Menggoda sukma haha...
    Dgn sup gear boxnya, nasi lemaknya hihi...
    Sy hari tu masak nasi lemak utk sahur :)

    BalasPadam
  3. Nampak macam meriah Param Sri Serdang ni..boleh cuba pergi hari ni.

    BalasPadam
  4. waahhhh meriahnya bazar! takoyakiii sedapnyaa! syukurrr rezeki tu hehehe

    BalasPadam
  5. akhirnya banyaaaak yg dibeli ya kak :D.. saya kalau ke tempat macam bazar ramdhan ini suka kalap belanja.. ntah apa2 yang dibeli hahahaha... lapar mata saja. nanti pasti yg dimakan tak banyak.. tapi kalo dah kelewat banyak, bagi2 lah ama tetangga dan asisten saya.

    gearbox atau tulang sumsum paling suka saya buat sup.. apalagi kalo isi tulang sumsum itu masih banyak, suami suka sedot dengan straw ;p

    BalasPadam
  6. Bagusla bazar ni... bawah pokok2 besar & rimbun! Redup!

    BalasPadam
  7. banyak membeli nampaknya wah..rezeki dapat gearbox besar dan banyak daging...SA baru je makan semalam.tapi beli la and masak sendiri

    BalasPadam
  8. Macam-macam ada di Bazar ni. Ye, tepung pelita Paya Jaras tu memang popular. Banyak juga hasil membeli tu. Sedapnya dapat bubur lambuk. Alhamdulillah rezeki.

    BalasPadam
  9. takoyaki paling ngam
    hehehe
    sejenis nak mkn simple tapi sedap...
    gearbox pun sedap jugaaa

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...