Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, April 12

Hari Raya Pertama kami | 2024

Lepas solat hari raya, baru kami memulakan perjalanan balik ke Ipoh. Ya tahun ni kami beraya di Ipoh. Memulakan perjalanan di lebuhraya baru WCE. Perjalanan agak lancar cuma jalan dalam tu biasalah banyak kereta. 


Ni masuk PLUS pula jalan agak sesak dengan kereta terutama berdekatan Simpang Pulai. Jalan agak slow. 


Nampak je signboard Ipoh ni. Alhamdulilah dah tiba Ipoh. 


Kami menginap di MU Hotel yang dulunya nama dia Ibis Style. Tiba Ipoh dalam jam 4 petang. Ada berhenti kat 1 Hentian Rehat. 

Area lobi ni punya wangi. Bau wangian apa pun tak dapat dipastikan. 


Mengadap kedai-kedai pula bilik kami. Takde balkoni. 


Ada almari la kalau nak sangkut baju tu. Kalau nak menggosok pun ada seterika tapi kami bawa dari rumah je. 


Bilik air ada dua area terpisah. Tempat buang air dan shower. 


Ni ada beberapa kit diletakkan seperti berus dan ubat gigi, penutup kepala etc...


Berehat dulu di bilik sebelum malamnya selepas maghrib kami ke rumah sepupu saya di Kampung Kepayang. 


Dijamu dengan soto, dan roti perca. Katanya sebab tengok Dato Siti yang buat. Dania sampai tambah 2 kali. Sedap la tu. Ini pula kuih makmur. Disuruhnya saya makan kuih ni lepas tu cakap ok Ena boleh senyap sikit. Jahat tak?. 😅. Makan kuih ni tak boleh bercakap takut menyembur ya. 


Sepupu saya. Ibunya @ ibu saudara saya yang dipanggil Mie dah meninggal. Bersilaturrahim dengan anak-anak Mie. Belah kiri Kak Pi (Afizah). Siapa tak kenal veteran ex TKC batch pertama. Ketua Pengawas pulak tu. Belah kanan saya panggil Tak (Delilah) pun ex TKC juga. TKC tu Tunku Kurshiah College. 

Dulu Mie dan mama saya memang ngam. Saya pun dulu kadang mereka berdua yang menjaga saya masa kecik. Katanya saya kuat menangis. Haha....ngada-ngada jugak la saya ni. 😆. Masa kecik je....dah besar baik....😂


Terima kasih. Masa untuk kami pulang. Moga berjumpa lagi lain kali. Banyak juga cerita. Cerita yang saya baru tahu pun ada. Kena tahu cerita supaya saya nanti tak tersalah tanya kat sepupu saya tu. 


Belakang Tak tu anaknya Nazran. Nazran ni pakar bedah ortopedik. Pernah masuk berita kerana berjaya membuat pembedahan tulang seorang warga Turki di sini. Sebelah Nazran tu Lin dan belakang tu suaminya. 


Ambik gambar bunga api tu. Cantik.....
Terima kasih Kak Pi dan Tak. 


Ibu dan ayah saudara ramai yang dah meninggal jadi saya melawat sepupu saya la sebagai ganti. Masa hidupnya pun memang mama dan papa akan ke rumah Mie masa raya. Tradisi tu diteruskan juga....

Macam mana raya anda semua?. 






XOXO,
Ezna

18 comments:

  1. Alhamdulillah.. Masih meneruskan hubungan silaturrahim..kelakar tang suh makan kuih, lepas tu soh senyap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka bergurau sepupu2 saya ni. Alhamdulilah. Selamat hari Raya Linda.

      Delete
  2. bagus sgt2 u menyambung silaturrahim ni ezz...hablun minannas gitu

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Ezna dan family.
    Maaf zahir dan batin.

    Agaknya roti perca tu hanya terkenal di Perak sebab saya tahu pun dari rakan yang berasal dari Perak. Pernah dapatkan resepi tapi buatnya belum lagi.

    ReplyDelete
  4. seronok kan kak masih dapat sambung ziarah walaupun org tua dah tak ada,anak2 muda skrg kalau dah tak ada mak ayah rasa macam makin jauh

    ReplyDelete
  5. seronok jln raya mcm ni walaupun jauh dan penat
    sbb bkn selalu kita dpt buat mcm ni
    sementara ada kudrat
    kita usahakan jalinkan silaturahim
    nnt turn anak2 bla dah berkeluarga
    dpt teruskan tradisi sebegini walaupun bkn pd hari raya

    ReplyDelete
  6. betul tu sementara masih ada kudrat, elok diteruskan bersilaturrahim hehe

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya utk ezna sefamily...biasa bila mak ayah dh tkde jrg sgt org nk blk beraya kt kampung

    ReplyDelete
  8. tahun ni beraya ala kadar je.. plus Ian pun dah kerja..susah sikt nak berjalan

    ReplyDelete
  9. Kak ezna, minal Aidin wal Faizin..mohon maaf yaaa kalau ada salah2 kata 🙏🤗. Senangnya bisa mudik saat raya. Say di jakarta saja. Tak bisa kemana2 Krn asisten tak ada, jadi kucing2 saya tak ada yg menjaga. Nanti kalau asisten dah balik, barulah bisa pergi.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah walau yg tua telah tiada kita generasi seterusnya jgn tinggal ziarah menziarahi sesama saudara ... Selamat hari raya juga..

    ReplyDelete
  11. Salam Syawal. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    ReplyDelete
  12. Jauh perjalanan beraya tu. Syukurlah perjalanan lancar. Best juga menginap di hotel tu. Bilik yang selesa. Baguslah begitu meneruskan tradisi ziarah menziarahi saudara mara.

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Ezna dan keluarga,
    Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  14. bagus menyambung tradisi ziarah menziarah..Selamat Hari Raya Ezna..maaf zahir batin

    ReplyDelete
  15. meriah juga sambutan raya di ipoh. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete