Jemputan dari kariah surau untuk majlis yang diadakan di Big Pillars Hall, Astana Putra. Kalau ikutkan Astana Putra ni pernah la pergi beberapa kali makan kat sini. Kalau dewan tu tak pernah pulak pergi. Ini pertama kali kami ke sini. Cantik juga dewan ni. Tak jauh pun dari Fakulti Pertanian UPM tu.
Majlis diadakan pada 14 April 2024. Minggu raya tu la...
Jauh pulak gambar pengantin ni. Pengantin lelaki ni orang jauh ni. Dari Nebraska, USA.
Bila ada tarian melayu dan pengantin Mat Salleh cuba menari joget melayu.
Saya dan family duduk kat luar sebab dalam dewan macam full. Ada pula busker yang selalu nyanyi kat tempat makan Lot 10 ni. Suara dia Dania kata macam dalam kaset. Serius best.
Makanan memang meiah la ada sate, apam balik, kuih muih selain lauk pauk makanan utama.
Sebelum balik kita abadikan gambar kat sini. Background cantik sebab hijau je....
Laluan nak masuk ke dewan.
Saya pun tak lepaskan peluang.
Bunga telur hadiah dari pihak pengantin. Rare dapat telur ni. Bunga telur ni katanya ibu kepada pihak perempuan yang gubah.
Suami dan saya pula. Kami datang hari ni takde la sedondon. Macam2 warna.
Tahniah kepada kedua mempelai
Raihanah Hassim
&
Jason Zachariah Shonerd
Selamat Pengantin Baharu. Semoga berkasih-sayang sehingga ke syurga.
XOXO,
Ezna
cutenya bunga telur tu :) meriah wedding tu esp time syawal sbb masih aura beraya
BalasPadamMeriah you maybe sebab sanak saudara semua berkumpul.
PadamSelamat Pengantin Baru untuk pengantin baru dan pengantin lama Ezna suami isteri. Hehe.. Tak sedondon pun tetap menawan..
BalasPadamHehe....tq....
Padamcantiknya kakak Dania,nampak sweet sangat dengan baju kurung moden pastel
BalasPadamTerima kasih Afzan.....
Padammusim raya juga adalah musim kahwin
BalasPadamdulu2 pun sama juga
kdg raya kedua je dah ada kenduri kahwin...
barakallahulakuma utk kedua mempelai...
Betul juga kan selain cuti sekolah pun musim kahwin.
PadamJauh gmbr pengantin...oh mat salleh pandai dia joget skali...selamat pengantin baru untuk kedua mempelai
BalasPadamSegan Amy sebab bukan saudara mara. Kalau saudara mara memang ya ambik dekat sikit.
Padamorang kata buat musim raya, sebab anak saudara berkumpul sekali...senang...
BalasPadamtahniah pengantin baru..
untuk pengantin lama, semoga maken sweet...
jauh kampung pengantin lelaki tu
Ya....sekali balik kg lelaki.....USA nun.....betul juga kan musim raya semuanya berkumpul jadi meriah majlisnya.
PadamWah jauh betul jodohnya, di dewan nan indah bertemu jua hikhik...
BalasPadamCantik dewan ni... Baju Ezna pun saya suka, simple yet classy 👍
Dulu² Sy pernah hadiahkan bunga telur mcm tu utk majlis kahwin adik sepupu. Buat khas utk belah pengantin perempuan.
Ah ah PH jauh betul jodohnya ni. Oh ya ke? Mesti PH ni kreatif orangnya. Rasa puas hati kalau buat sendiri kan?....
PadamWah, cantiknya dewan majlis ni. Agaknya berapalah kos nak buat majlis dekat dewan macam ni (kena simpan duit dari sekarang utk majlis kawen anak2 kot hihi).
BalasPadamcantiknya dewan..jauh lagi pengantin lelakinya..
BalasPadambarakallahulakuma utk kedua pengantin baru...
cantiiik memang pelaminannya yaaa ... pengantin pria nya masih panjang dia punya rambut hahaha ;)
BalasPadamsemoga langgeng sakinah mawaddah warohmah untuk kedua pengantin
cantik betul dewan tu, mmg cosy dan nampak mewah. tahniah buat pengantin
BalasPadamTahniah kepada pengantin pempuan dapat suami omputih
BalasPadamComel doorgift bunga telur tu
BalasPadam