Jumaat, April 26

Buah tangan dari Sarawak

Adik saya balik seminggu ke Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri dan........apa yang dibawa balik?

Kek Butter Cheese dari Mita. Sebenarnya ni adik kepada adik ipar saya yang nak bagi kat saya. Terima kasih Siti. Adik saya kata Kekna order kat Siti ke?. Saya kata tak sebab lebih baik saya order kat adik sendiri kan?. Ada sekali tu suami adik saya (adik ipar) nak beli kek Mita ni sebab rakan sekerja pesan. Sekali......adiknya juga pesan sebab nak bagi kat saya. Alhamdulilah......rezeki....

Kek ni Dania dah pernah rasa sebab kawan dia dari Sarawak bawak kek ni dan kongsi kat bilik masa Dania asasi dulu. Dania paling excited bila kata ada kek ni. 

Saya pun berterima kasih la dengan Siti. Siti nak bagi saya sebab ingatkan saya tak pernah rasa kek ni sebab baru-baru ni viral katanya......alhamdulilah....teringat juga Siti kat Kak Ena ya....


Selain daripada tu saya dapat dua kek lapis Sarawak. Perisa coklat dan masam manis. Adik saya siap suruh pilih pulak nak perisa yang mana....


Ada kuih ros juga sebab adik saya kata ibu mertuanya bagi banyak kuih ros. Takut tak termakan jadi adik saya agihkan kat adik beradik saya pulak. 


 Alhamdulilah rezeki dari Sarawak. Bila dah dapat kek Mita tu kemain senyum Dania ya....





XOXO,
Ezna

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah. sedap tu! murah rezeki u ezz :) i lately asyik craving kek ajer (sbb minggu ni puasa berturut2 agaknya)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah lumayan rezekinya...
    Baru je Carneyz post pasal kek mita ni, memang famous ye

    BalasPadam
  3. cuma mampu order kek sarawak kat shopee je bila mengidam kek lapis...

    BalasPadam
  4. tak pernah rasa lagi kek Mita ni... kena cari ni...

    BalasPadam
  5. Ntah kapan lah ini saya bisa ke Serawak 😄. Bagian Malaysia yg belum saya singgahi. Pernah sekali ke pulau Kalimantan, tapi tujuannya Brunei pula. Even kota2 Kalimantan saja saya blm pernah pergi, apalagi Sabah Serawak 😅.

    Pernah baca ttg kue Mita, kalo kesana pasti saya nak coba juga

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...