Khamis, April 25

Jamuan Ukhuwah Raya Sekampung 2024

Jamuan Ukhuwah Raya Sekampung ini diadakan pada 21 April 2024 (Ahad). Majlis diadakan di MZ Garden. Owner MZ ni sewa kat rumah kawasan saya. Kat sini selalu diadakan majlis perkahwinan. 


Saya pergi dengan Dania je sebab ayah Dania kena bertugas kat booth Kambing Golek. Tahun lepas ada 2 ekor kambing golek. Pada tahun ni kambing golek ada 4 ekor. 


Adni Bangi School ni ada kat kawasan saya dan ramai juga jiran menghantar anak ke sini. 


Dania awal-awal lagi dah ke booth ni.....banyak perisa aiskrim malaysia. Nak pilih perisa yang mana?


Perisa kelapa. 


Perisa ni saya suka sebab asam boi. 


Kat booth ni ada dodol. 


Tudia....ayah Dania....kat line booth ni kemain panjang. Ambik gambar je la. Hubby kena bertugas kat sini. Temanya kena pakai serban la.....hubby pinjam serban siapa la tu....memang takde serban pun. 


Wife tengah skodeng lagi....


Banyak la booth kita boleh singgah. Pendek kata banyak makanan yang dihidangkan. 


Ni booth Kejiranan Mawar Putih. Ada murtabak. 


Roti canai ni tak ingat booth mana. 


Meriah makanan....


Tengok la menu yang dihidangkan. 


Kat atas pentas ni selalunya ada pelamin tapi kali ni dihias dengan rumah pulak. 


Dewan ni memang besar dan katanya MZ bagi free je. Tak payah bayar pun sewa dewan untuk majlis hari ni. 


Ni la ketua kampung. Selalu memang ada kat majlis yang diadakan di sini. 


Ni perumahan kat jalan melor. 


Ada juga penyanyi, pemain muzik dari kampung ni. Gang belia rasanya ni. 


Singgah lagi booth hubby. Adik yang ceduk kuah ni kadang dia tukang azan kat surau. Memang rajin tolong menolong juga sebab family buat katering. Sedap suara adik ni bila azan. Moga jadi anak yang soleh....


Hairan sungguh la ramai sungguh peminat kambing golek ni. 


Booth ni ada mee goreng. Saya tak ambik pun sebab paginya saya breakfast lewat jadi macam tak lalu nak makan pun ya. Ambik gambar je la. 


Ini pembuka selera saya. Rojak buah ada masam-masam sikit. 


Dania makan sate. Ambik pun berpada je sebab kenyang....kami datang pun sebab nak support hubby je sebab hubby suruh datang. Ikutkan cam malas sebab orang ramai. Parking pun very limited. Nasib baik la saya dapat parking. Saya tak suka parking block orang atau parking merata asal boleh je....


Cantik juga dewan ni kalau nak buat majlis perkahwinan. 


Dania dan saya. Apa nak ambik lagi ya?. 


Dania ambik cendol tapi kacau2 jadi warna putih jugak. Kurang gula merah agaknya. 


Hubby telefon tanya duduk kat mana sebab nak makan sekali. Dapat la saya dan Dania merasa kambing golek sorang sikit. Nak beratur tu malas sebab panjang. 


PIBG Sekolah Rendah ni macam takde apa2 pun atas meja ni. Saya suspect dah habis ni. 


Setiap booth ada tema masing-masing. Nanti akan ada pemenang booth terbaik. 


Saya mencari-cari booth laksa ni tapi tak jumpa. Dah nak balik terjumpa pulak. Duduk balik tapi kat meja lain....masa makan dengan hubby saya cakap la tak jumpa booth laksa....lepas tu hubby kena kemas2 booth kambing golek. Masa balik, hubby tapaukan saya laksa sebab ingat saya tak jumpa laksa. 


Ni betul-betul sebelum balik ni. Ada arch berbunga. Ya la dewan ni kan dewan tempat majlis perkahwinan. 


Saya dan Dania sekadar memeriahkan majlis je. Makan pun tak banyak mana sebab dah kenyang breakfast lewat.


***Hari ni hari last saya berpuasa...insya-Allah. Moga dipermudah....Dania...esok last dan hubby last selasa minggu depan. Ada hari saya dan Dania je berpuasa sebab hubby ada makan-makan kat office. Buat awal2 senang....ni kalau dah saat akhir agak payah la sikit....






XOXO,
Ezna

 

14 ulasan:

  1. alhamdulillah..meriah sungguh, mcm2 menu ada...seronoks

    BalasPadam
  2. meriah betul event gini.bestttt...waaa u dh abih puasa yer ezz...syabbasss. i baru terkedek2 ari ke 4 ni...next week, ada jumaun raya etc, so tak leh puasa straight that week

    BalasPadam
    Balasan
    1. I faham you....nak start pun bukannya senang.....insya allah I habis hari ni. Dania this week 5 hari straight dia nak puasa.....tak tunggu ayah dia dah sebab katanya lagi senang direct puasa....hubby I ada makan2 pulak kat office tu tak leh puasa direct.

      Padam
  3. Wah, meriah betul jamuan raya sekampung. Bagus semua bergotong-royong menjayakan majlis. Siapa yg sponsor kambing golek 4 ekor tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kambing ni hasil kutipan kariah surau yang nak menyumbang untuk majlis ni. Kumpul2 dapat sampai 4 ekor kambing golek.

      Padam
  4. Meriah sungguh ni Ezna.
    Alhamdulillah dapat juga merasa kambing golek dan laksa idaman hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kambing golek tu saya dan Dania memang makan sikit je. Laksa ni yang paling saya suka.....

      Padam
  5. Banyak stall-stall makanan yang ada .meriah .

    BalasPadam
  6. Lar dok Bangi je...memang kita dekat la.

    BalasPadam
  7. Saya pun kalo ada kambing guling pasti pilih itu juga kak 😄😄😄. Baru setelahnya coba menu lain. Meriaaah yaaa, banyaaaak pula menu yg dihidangkan.

    Saya sukaaaa datang ke tempat begini, banyak pilihan hahahahah

    BalasPadam
  8. Waahhh.. meriahnya.. makanan pun varieties. 1 kampung eh datang. Mesti ramai tu.

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Celebrate habis final exam paper & dapat kerja

Kami ke IOI City Mall la apa lagi...sebab mall ni paling dekat dari UPM tu. Memang saya plan nak makan kat Secret Recipe. Lama dah tak makan...