Selasa, April 16

Beraya di Kellie's Castle......

Selepas dari rumah Makcik Ani, kami menuju ke sini. Tak jauh mana pun....cuaca panas sangat ni dalam jam 2 petang. Nasib baik la bawa sekali topi pantai ni. 

Nak masuk sini kena bayar RM5/dewasa dan parking RM2. Tak faham kenapa ada yang sanggup parking kat luar dan jalan jauh-jauh nak masuk sini. Nampak bawa juga anak-anak kecik dan orang tua...


Tengok la. Mata pun tak boleh nak bukak dah. 


Sejarah Kellie's Castle. 


Ni tempat penggambaran filem Munafik 2 tu kan?. 


Batu-bata ni memang cantik. 


Gambar berdua pulak la. 


Ada la sejarah Kellie's Castle ni. Saya ambik la gambar. 


Ni susunan perabot seperti rumah William Kellie Smith di Scotland. 


Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. 


Saya suka gambar Dania yang ni. Saya la yang tukang ambik. 


William Kellie Smith ni warga Scotland. Kiranya penjajah juga la zaman tu. 


Dania dan ayahnya naik sampai atas sampai saya kata takpe la saya tunggu bawah. Banyak dengar cerita pasal Kellie's Castle ni kan....


Kalau tengok bangunan tu...ya tengah tu orang betul bukan yang lagi satu. Kebetulan bajunya warna putih pulak. Kalau malam-malam mungkin yang lagi satu tu...👻


Sebelum naik ke bahagian bumbung, hubby dan Dania ke bahagian bawah ni tempat penyimpanan arak zaman dulu. Ni pun saya tak ikut. 


Tangga Spiral. 


Saya tunggu kat bawah lepas hubby cakap nak naik atas dengan Dania. 


Tiba atas dah kome....


Kat sini pula. Hubby dan Dania cover bumbung kanan, kiri dan tengah. 


Kat sini pulak. 


Ramai pula yang berpakaian baju raya bergambar satu family kat sini. Bangsa lain pun tak melepaskan peluang melawat Kellie's Castle sempena cuti umum. 





XOXO,
Ezna




 

15 ulasan:

  1. linda pun tak pernah lagi ke Kellie Castle tu...sebab kena masuk ke belah sana..malas pulak melencong...kikiki...tgu dah duduk Tronoh kot, baru nak p...😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pulak dah alang2 dekat je ke sini tu yg pergi....sebenarnya Dania yang beria...hehehe...takpe kalau dah berdekatan boleh singgah.

      Padam
  2. waahhhhh Kellis Castle di tengah hari! cantik-cantik semuanya tp tu lah panas teriknya ya allah~ byk juga dgr kisah seramm psl kellies castle ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panas sangat Ana. Ishhhh kisah seram tu buat kita masuk tempat tertentunya....memang seram. Nasib baik ramai orang masa ni.

      Padam
  3. cantik tmptnya..wah ada bergmbr smp kt bumbung

    BalasPadam
  4. cantik gmbr dania yg u snap tuuuu..i takut nak gi tmpt2 gini hahah sbb i suka baca kisah2 mistik so mcm tak berani laaaa

    BalasPadam
  5. cantik2 pic nya.. and yes, nicely captured gambar Dania yg u snap tu

    BalasPadam
  6. 16 tahun lepas outdoor wedding photoshoot sy dkt sini =)

    BalasPadam
  7. tak penah lg sampai sini...
    sbb kalau ke perak naik public transport je
    insya allah ada rezeki nnt nak singgah juga...
    cantik rumah ni...
    satu2 nya yang wujud di malaysia...

    BalasPadam
  8. Saya sukaaaa baju kakak dan Dania 😍😍👍. Baguuuus. Warnapun merah, fav saya sangat .

    Kelly's castle dah sering baca, apalagi teman2 saya banyak yg ke sini tiap ke Ipoh. Bagus mereka bilang.

    Tapi melihat foto kakak, terbayang lah panasnya membahana tuh 🤣🤣. Memang tak sanggub mata membuka yaa 😅

    Saya pun kalo dj sana, dan sedang panas, rasanya tak nak naik ke atas. Liat di bawah saja hahahah

    BalasPadam
  9. Cantiknya Dania dalam bangunan yg Ezna snap tu.
    Kaler baju tu sangat menyerlah dan sesuai dengan Dania.

    BalasPadam
  10. Ada try tak masuk bilik bawah tanah tu hihihii..

    BalasPadam
  11. Tak perasan pulak ruang tamu tu masa pergi sini. Mungkin ditutup kot masa tu. Masuk sini petang petang macam seram sikit. Lagi lagi tangga spiral ke bawah tu.

    BalasPadam
  12. Kellie's Castle ni dekat ngan rumah mertua adik SA no 4...pernah lalu x pernah singgah...nanti la explore Ipoh nanti SA pergi...dulu ada kekangan sekarang dah boleh plan semula rasanya

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...