Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, April 3

Shopping di IOI City Mall

Bila ada benda nak beli barulah masa bulan puasa ni kena gagahkan juga ke IOI City Mall. Idak saya suka berehat kat rumah lagi bulan-bulan puasa ni. 

Mula-mula ke sini. Masa birthday Dania bulan 11 tahun lepas saya ada belikan hadiah mineral powder untuk Dania. Bila Dania pakai katanya serasi pulak. Dania pun dah suka jadi kebetulan bedak ni dah nak habis. Kalau beli mineral powder ni 2 dapat 1 free. Tahan 5 bulan jugak la. Jadi saya beli 2 dan bedak percuma tu saya yang punya. Dania dapat 2. Smooth je mineral powder ni. Lip balm Innisfree yang hadiah birthday pun tak guna lagi sebab guna lip balm yang sedia ada. Dania pergi kelas pakai lip balm ni je. Sweet je warna dia dan bagi bibir tak kering. 


Lepas tu pergi cari syampu kat Himalaya pulak. Kami sekeluarga guna syampu Himalaya.. Kalau member beli dapat la promosi 10% off. Kalau kumpul2 point nanti boleh la tolak dari harga belian. 

Lepas tu masuk Parkson pulak sebab Dania nak beli kasut nak ke kelas. Kasut bertutup Dania dah koyak dah. Sama la macam kasut ummi tapaknya dah berlubang. Wear and tear kan. Dok guna je macam tu la. Boleh pakai masa raya jugak la. 

Kat bawah ni dari brand Carlo Rino. 


Ni pula brand Beverly Hills Polo Club (BHPC). Saya beli brand ni. Masa nak tunggu sales person tu punya lama saya berdiri tercegat kat situ. Rupanya sales person tu pergi tolong kat kasut Sneakers. Haishhh punya lama. Dah la tekak ni kering je....dapat la sepasang untuk saya. 

Nak kena budget masa juga sebab jam 2 petang nanti Dania ada kelas Soil Science. Sempat juga selitkan shopping ni....hehehe....Kami pergi pun dalam 10 pagi camtu. Parking pun masih banyak yang dekat escalator. 


Dania siap merasmikan masa kelas petang tu. Nak selang seli pakai dengan sneakers lagi satu. 


Belajar rajin-rajin Dania. Kalau boleh buat yang terbaik untuk Sem 2 ni. Dania bawa backpack ni senang. Semua boleh masuk dalam tu. 


Lepas hantar Dania saya parking kat luar Fakulti Pertanian ni....sebab apa?....masa masuk tadi saya nampak bunga matahari yang kembang mekar ni. Geram sangat....


Close up......cantik kan?. Teringat kat rumah family saya dulu mama tanam pokok bunga matahari lepas tu berkembang mekar la. Sampaikan ada kawan mama punya anak teringat bunga matahari ni kat rumah saya. 


Fakulti Dania dari luar. 


Kelas mengambil masa 3 jam jadi saya balik rumah dulu la. Seronok masih boleh hantar ambik Dania ke Universiti. Rutin dari Dania sekolah rendah lagi. Ada yang kata hantar ambik anak kat Universiti macam sekolah je. Apa-apa je lah ikut la apa yang sesuai untuk kita kan.....janji kita bahagia dengan cara kita.....saya bahagia sebab ada penolong untuk saya masak.....hehehe.....setiap keluarga tu tak sama caranya....jauh ke Fakulti Pertanian ni dengan rumah?....ada yang tanya juga....tak la cuma 5.1 km. Lagi jauh saya hantar Dania ke Sekolah Menengah 8.6 km. Masa Sekolah Rendah masa Darjah 6, kami dah pindah ke rumah baru tapi Sekolah Rendah Dania maintain yang lama jadi kena hantar 17 km. 😅. Tak nak Dania terkejut dengan kawan baru kalau pindahkan ke SK di Bandar Baru Bangi ni. Emosi kena jaga sebab nak UPSR masa tu. 





XOXO,
Ezna


13 comments:

  1. Yg lega sebab ada penolong masak tu.. Hihihi.. Ye kak ezna, kita buat yang kita mampu..mcm Linda cara anak 4..macam tu lah...

    ReplyDelete
  2. mekar cantik bunga matahari tu...hah dh rasmi ye dania kasut baru

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaaa mekar betul bunga matahari tu! biarlah berulang hantar-ambil asalkan kita bahagia dgn cara kita kan kak? dan yg penting sementara ada peluang bersama ni, biarlah bersama je dgn anak/ibu/ayah hehe

    ReplyDelete
  4. Yeah shopping kasut jugak nampaknya Ezna & Dania hihi...
    Cantik betul Bunga matahari tu, mega!

    ReplyDelete
  5. all the best utk dania sem ni!! ya betulll...bahagia cara masing2..we define our happiness insya Allah

    ReplyDelete
  6. Belanja persiapan lebaran ya kak? MaasyaaAllaah😊✨️

    ReplyDelete
  7. Kalau tak ada keperluan memang malas rasanya nak keluar rumah. Lagi lagi musim cuaca panas ni kan. Mineral powder innisfree ni bagus, ramai juga yang share review di TikTok. Dapat juga sorang sepasang kasut baru. Ye, betul tu kak. Bahagia cara masing masing. Mana yang mudah dan selesa untuk kita, why not kan. Dah dekat tu, okay sangat pun ulang alik.

    ReplyDelete
  8. Seronok kan dapat shopping2 ni.. hehe

    Cuya zaman belajar pon selalu balik rumah sebab rumah dekat je.
    Selesa lagi duduk rumah daripada duduk kolej sebab tak perlu berkongsi bilik air.
    Betul, selesa dengan cara sendiri <3

    ReplyDelete
  9. Wife kalau ajak masuk kedai kasut kita dah start ah sudahhhhh hahahha :P

    ReplyDelete
  10. Mata Sa tertancap pada bunga matahari tu jugak...cantik betul

    ReplyDelete
  11. Sepatu seperti itu memang nyaman untuk casual dan pergi kampus kan. Dan gampang di mix and match.

    Dulu saya rutin dikasih bunga matahari tiap kali beli kombucha di tempat langganan. Tapi tuhlaah, tangan saya panas kak 🤣. Tiap menanam apapun, pasti mati. Kaktus saja mati . Sekarang tiap diksh bibit bunga, saya letak saja, belum ada niat nak tanam. Apa saya sebar saja di taman umum yaa? Mungkin bisa tumbuh sendiri 😅?

    Ya laah kak, masing2 orang pasti punya favourite things to do. Apalagi kakak dan Dania pun rapat sangat, dan memang dah selalu saling menemani kan. Jika bisa buat happy, why not kan...cara orang masing2 berbeda. Saya memang tak serapat itu dengan orangtua . Jadi saya agak awkward kalo pergi bareng mereka.

    ReplyDelete
  12. bunga matahari sangat cantik
    kembang diwaktu pagi
    daunya hijau bunganya kuning
    nemikat kumbang lalu

    bunga matahari sangat cantik
    di halaman rumahku
    darilah pagi hingga kepetang
    tak jemuku memandang

    hehe

    ReplyDelete