Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, April 17

Beraya di Menara Condong Teluk Intan

Dari Kellie's Castle, hubby punya idea pula kami ke Teluk Intan sebab nak pergi ke Menara Condong. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam lebih jugak la nak sampai sini. Kami sampai pun dalam jam 5 lebih. 


Ramai juga la kat Menara Condong ni tak lepaskan peluang ambil gambar. 


Nama pun Menara Condong. Memang ada senget juga la bangunan ni. 


Sejarah Menara Condong. Mulanya dibina memang elok je menara ni tapi disebabkan pada suatu ketika ada banjir besar berlaku kat sini...menara ni jadi senget. Pada asalnya ia dijadikan tangki air untuk penduduk setempat. Arkitek mendapat idea dari rekabentuk pagoda di negara China.  


Close up lagi. 


Dania as usual menyuap kucing treats sementara menunggu makanan kami tiba di meja. Kami berehat dulu makan malam di food court berdekatan dengan Menara Condong ni. 


Makanan kami dah tiba. Nasi goreng ayam pilihan hubby. Lain-lain sama je lauk macam kami cuma nasinya je digoreng. 


Dania dan saya nasi ayam. Sempat tanya adik kat meja sebelah sedap ke nasi ayam sebab tengok dia kusyuk makan nasi ayam. Ya memang sedap la pada tekak saya. 

Makan kat sini sebab hubby takut kat R&R PLUS tu ramai orang pulak. Makan siap-siap senang. 


Tak lupa juga ABC share 3 beranak. 


Masa nak balik ni dalam jam 6 lebih jadi menara condong dipasang dengan lampu berjurai ni. 


Close up sikit. Cantik pula menara condong ni waktu dipasang lampu. 


Jumpa lagi Menara Condong......masih ada lagi yang mengambil gambar kat sini. 


Lepas ni terus la kami bertolak balik.....mula2 lalu jalan dalam. Felda mana entah ikut waze ni....seram juga dah la 1 lane je lepas tu dalam ladang kelapa sawit yang takde rumah orang dan kereta tak banyak. Saya suruh masuk highway je. Pepehal kan susah.....nak toilet stop pun macam mana kan?. 





XOXO,
Ezna

31 comments:

  1. alamak..lalu ikot mana tu kak ezna...sebab dari teluk intan tu, memang banyak jalan2 kecik..tapi sampai je lah...kikiki...
    lagi hari perayaan, waze memang tunjuk jalan dalam..pandai betul waze nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la Linda jalan mana sebabnya ada je dibawaknya jalan menakutkan iaitu jalan dalam kat kelapa sawit dengan rumah orang pun takde.....eiiii seram....bawak la jalan besar ni tidak....kita ikut je la waze tu.

      Delete
  2. pernah bergmbr kt menara condong waktu malam dgn color lampu pelbagai cantik..kebetulan time tu outstation dpt la singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh outstation ya.....kali ni warna lampu kuning je.....

      Delete
    2. oh 1 color je...dlu kita outstation tu thn 2015..lampu color biru,merah,hijau,pepel mmg cantik la bergmbr

      Delete
  3. cantik menara condong.bertahun tak lalu sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya menara ni unik la cumanya kawasan ni memang ramai orang.

      Delete
  4. waktu musim raya kalini mmg byk juga yg share psl Waze bawak ikut jln tikus utk elak jemm kat kwsn teluk intan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke?. Haishhh yang ni entah la jalan mananya tapi tak silap felda kemudian 1 lane je....kawasan tu ladang kelapa sawit.....

      Delete
  5. i tak pernah sampai lg sini...sbb i jrg cuti2 hala utara hehhehe

    ReplyDelete
  6. menara tak buka ya masa raya ni?
    dah penah smpi sekali kat sini siap naik smpi atas...
    lps tu mkn rojak kat Mastan Ghani...
    ramai yaa ootd raya kat situ...
    hrp2 x nmpk muka adik ipar sy kat situ (dia org teluk intan n beraya sn thn ni) hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka cumanya masa akak datang dah tutup sebab dah pukul 5 petang. Ambik gambar kat bawah je la.....mana la tau adik ipar anies tengah posing sekali kat sini....Haha

      Delete
    2. tu laa sempat sy membelek gmbr2 di atas...
      hahaha

      Delete
  7. Kitorang pun suka makan sblm masuk R&R atau tapau siap². .. tambah² musim perayaan ni sesak sana sini. Toilet break pun kadang que panjang nau huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul PH. Kalau lalu R&R tu memang penuh sangat. Tempat duduk jangan cakap la. Nasib je kalau dapat.

      Delete
  8. Baru tau sejarah menara teluk intan ni jadi condong. Selamat Hari Raya sis Ezna, maaf zahir & batin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Carneyz! Ya menara ni memang dah condong pun.

      Delete
  9. Sekali je dulu pernah lalu Menara ni. Kalau balik Taiping tak sempat nak singgah.

    ReplyDelete
  10. Di Palembang ada pagoda yg mirip seperti ini, tp dijadikan tempat ibadah. Di sana setelah tak jadi tangki air, dibuat apa kak ezna?
    Menarik juga tempatnya 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dijadikan tempat wisata untuk turis Fanny. Boleh masuk dalam menara ni.

      Delete
  11. View Menara Condong TI memang cantik berlatarbelakangkan langit biru.
    Lagi² bila lampu sudah terpasang.

    ReplyDelete
  12. Percaya tak, uncle tak pernah sampai sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percaya je uncle. Banyak tempat menarik pun saya tak singgah lagi.

      Delete
  13. Semenjak anak saya jatuh retak kepala di sini.. semenjak tu lah kami sekeluarga tak jejak kan kaki lagi ke sini.. trauma kata wife tgk menara condong ni huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya allah ya ke?. Kalau saya pun tak akan ke tempat yg mengingatkan kisah perit. Takut fobia je. Moga semua dipermudah ya.....Jatuh macam mana tu sampai retak tu?....mesti kuat hentakannya tu.

      Delete
  14. Tempat yang menarik ni memang selalu jadi tumpuan bila musim raya sebab nak gambar cantik gitu. Menarik juga waktu malam ada lampu gantung tu. Waze ni kadang entah bawa kemana-mana entah. Risau betul kalau masuk jalan dalam.

    ReplyDelete
  15. Waze memang suka bawak ikut jalan mengarut..SA x pernah lagi pergi sini...plan nak explore Ipoh pun x lepas2 lagi

    ReplyDelete
  16. pencinta kucing rupanya dania. oo baru tau sejarah menara condong. tq share

    ReplyDelete