Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, April 8

Berbuka di Mee Hiris IOI City Mall

Ini kali ketiga Dania berbuka dengan kawan dia. Kali ni dengan seorang kawan sekelas masa Asasi. Kawan masa asasi jugak yang Dania ngam selain kawan sebiliknya. Dania baik dengan 2 orang dalam kelas masa asasi. Nik Aisya ambil Doktor perubatan veterinar dan Anis ambil Kimia Perindustrian. Ikutkan tarikh yang sama kelas Dania dulu K18 nak buat berbuka puasa tapi tak jadi sebab ramai yang takde. Ada fakulti yang buat kelas online jadi mereka memang tak balik UPM. Macam Dania Fakulti Pertanian dan Anis Fakulti Sains...pembelajaran secara bersemuka. 

Saya dan Dania pick up terus ke kolej di Kolej Tun Dr Ismail, UPM. Since Anis seorang saya pick up je sebab takkan nak biar naik grab sorang2.  


Ni dah hantar berdekatan FOS, IOI City Mall. Senang ada tempat nak drop. Saya memang tak risau sangat Dania ke sini selain berdekatan dan Dania memang dah familar area sini. 

Have fun girls!. 


Ni gambar-gambar dari phone Dania. Saya suruh ambik gambar. Hehehe.....ini memang permintaan wajib ummi ya. 


Nampak dari muka memang ceria je dua orang ni. 



Rasanya Mee Hiris ni baru buka tahun lepas. Selalunya kalau nak makan masakan cina ni saya ke Mee Hiris kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi je. Memang salah satu favourite tempat makan. Boleh order dumpling juga. Mee Hiris ni makanan muslim cina dari daerah di Lanzhou, China. 

Dania kata masa waktu berbuka tu tempat makan penuh jadi mereka beli dulu lapik perut. Dalam pukul 8 malam baru ada tempat kosong kat Mee Hiris ni. Tempatnya cantik dan selesa. 


Anis order Mee sup daging dan obviously Dania akan order lauk ayam sebab memang kurang makan daging. Dania kata minuman pula Dania minum tealive. Tak ada dumpling pun untuk side dish. Masa saya whatsapp tak order dumpling ke?....udah Dania tanya ummi nak ke? sebab tau ummi memang suka dumpling. Saya tak order pun. Bulan puasa ni cepat je kenyang lepas berbuka. 


Saya suka Mee Hiris ni berbanding Salaam Noodle sebabnya dia ada menu lain selain daripada Mee. Mee Hiris pun ada nasi goreng telur dia yang sedap tu. 

Dalam jam 9.45 malam saya pick up la Dania dan Anis. Hantar Anis dulu balik kolej sebelum saya dan Dania balik rumah. Kalau naik grab dari UPM ke IOI City Mall sehala RM20. 


***Pagi ni jam 4, hubby nak pergi beli daging batang pinang untuk buat stok saya nak masak daging masak Pah. Orang daging suruh datang awal kalau nak bahagian batang pinang ni. Katanya jam 3 pagi dah bersedia dah situ cumanya start menjual jam 4 pagi la. Memang dagingnya tu....fresh sembelih lembu jagaannya sendiri. 





XOXO,
Ezna

18 comments:

  1. nampak sedpa plak mee hiris tu...lepas ni nak pi merayau ioi mall la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA saya suka gak Mee Hiris ni. Lepas makan leh jalan2 kat IOI City Mall tu dari hujung ke hujung....

      Delete
  2. dania pakai baju kurung kedah ke tu?comel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah sebabnya baju ni la yang Dania pakai sekelas masa aktiviti menjual satu kelas dulu jadi mengimbau memori la. Kawan dia Anis pun ingat baju ni. Dorang panggil baju kedah ni 'baju opah'. Hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Ya Mee Hiris. Ada juga buka cawangan kat IOI City Mall ni.

      Delete
  4. Sama jugak dengan anak dara saya, saya hantar dan ambil. Salah satu sebabnya pengangkutan awam jauh dari rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi kita tenang sebab berhantar dan ambik kan?....

      Delete
  5. Nampak sedap Mee Hiris tu. Kami suka sup, memang kena cari lah ni 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka makanan cina memang inilah tempatnya...... :)

      Delete
  6. Tempat dah familiar, senang untuk kita kan. Macam best mi hiris ni. Nanti ajak encik suami cuba kat Bangi tu lah. saya geng dengan Dania kurang makan daging. Awal betul kena beli daging tu. Tapi puas hatilah kan dapat yang fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal sebabnya kalau lewat takut tiba-tiba daging tu tutup pulak. Oh sama juga kurang makan daging ya.....

      Delete
  7. konon semalam nak makan mi hiris juga kat dlm aeon
    tp last2 beli nasi goreng dpn rumah
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jadi gak camtu anies...Niat nak makan tu dah....sekali makan lain pulak......haha

      Delete
  8. arahan umie ..dania wajib share gmbr hehe....pernh mkn kt mee hiris tp kita order menu dumpling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....Dania dah tahu dah Amy....bila cakap suruh share jawapannya Ya ummi.... :). Suka dumpling kat Mee Hiris ni.

      Delete
  9. tak pernah tahu ada mee hiris heheh i tahu mee tarik ajerrr dan i suka mee tarik!

    ReplyDelete
  10. Waah makanan dari Lanzhou, saya sukaaaa Krn biasa pedas. Di sinipun ada makanan khas Lanzhou, halal. Tapi agak jauh jadi jarang saya datangi. Jadi teringin pula 😍😍. Hahahaha mama nya minta foto untuk bahan blog kaan 😁👍

    ReplyDelete