Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, April 15

Hari Raya Kedua kami | 2024

Ni bergambar setelah selesai check out. Minta adik kat counter tolong ambikkan gambar. Barulah ada gambar raya masa hari kedua. 


Inilah rumah yang kami pergi ni. Ni rumah sepupu papa saya. Ini lagi satu rumah yang selalu pergi bila hari raya masa papa dan mama ada dulu. Kami selalunya akan makan tengahari di sini. 

Kebetulan masa kami datang tu ada sekumpulan keluarga belah makcik saya ni. 


Sementara itu kami bertiga tunggu di ruangan sini. Bagi peluang tetamu yang datang awal makan dulu. 


Kami dijamu laksa. Ya allah sedapnya....saya suka laksa....


Banyak yang Makcik Ani cerita kepada saya.....
Dulu moyang saya bernama Sawiyah. Dikenali di kalangan orang kampung sini sebagai 'Soyah Kayo'. Memiliki emas termasuk tali pinggang (pending) yang di bahagian hadapannya diperbuat daripada emas. Juga ada emas yang dipakai di kedua lengan. Moyang lelaki pula dulunya bekerja mengukur jalan dan boleh berbahasa cina mahupun perancis. Ada beberapa bahasa lagi yang moyang lelaki saya tahu. Moyang saya ni datang dari Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu menaiki kapal. Mempunyai banyak tanah. Kalau nak jual tanah je moyang lelaki saya akan membelinya. Ada driver juga. Masa tu kalau ada driver memang orang akan kata kayalah. Tapi.....akhirnya tak tahu dibawa ke mana oleh komunis. Meninggalnya pun tak tahu.....hilang terus. Sampai macam tu ya pada zaman tu....ya lah zaman tu telefon pun mungkin tak ada lagi kan.....sebenarnya cerita ni tak diceritakan pun oleh papa saya....

Diceritakan oleh makcik saya ni melalui cerita dari suaminya arwah Pakcik Lan yang sangat baik dengan papa saya. Kiranya yang diceritakan ni pangkat atuk kepada Pakcik Lan la. Pakcik Lan dan papa sepupu. 

Makcik Ani cakap supaya kamu tahu susur galur kamu. Kalau makcik dah tak ada....siapa pulak yang nak bercerita.....simpan sini untuk kenangan saya. 


Ni lah rumah Makcik Ani saya. Kawasan punyalah luas. 


Sebelum balik, kita abadikan gambar ya....


Moga berjumpa lagi Makcik Ani....Insya-Allah. 


 Lepas ni kami ke satu tempat ni. Kebetulan dah dekat dah pun.....post selepas ni ya....😊





XOXO,
Ezna

15 comments:

  1. menarik betul kisah moyang u tu ezz...mcm baca buku sejarah plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun tak tahu Suzz. Simpan sini buat kenangan. Ya ala ala sejarah dulu2 pulak.

      Delete
  2. selamat hari raya akak&family..maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  3. waaahhh kisah susur galur sejarah keluarga mmg menarik & perlu ada simpan info tu kak hehehe.. salam aidilfitri, maaf segala salah & silap ya kak :)

    ReplyDelete
  4. sedihnyaaaa
    meninggal pun tak tahu...
    harap2 nya pengakhirannya husnul khotimah...

    ReplyDelete
  5. Wah.. Seronok pulak bila ad cerita susur galur kita kan... Linda pun tak banyak sgt tahu, tapi memang ada lagi saudara mara di Indonesia...
    Alhamdulillah, kak ezna masih melawat saudara mara, semoga ukhwah terus terjalin.. Linda pun selalu ikot mak ayah pergi beraya rumah saudara mara, tapi tetap lah tak igt pangkat2 nya

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Ezna sekeluarga 🌹

    ReplyDelete
  7. luas umah makcik ezna....dpt tgk langit biru cantik btul

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya, maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  9. Suku mana moyangnya dulu kak? Jawa kah?

    Zaman komunis itu memang banyaaak sangat orang hilang. Masa2 sedih dan kelam juga di Indonesia saat itu. Orang diculik, lalu bunuh, tapi banyak yg kuburnya tak tahu di mana.semoga moyang kakak diberi tempat yg terbaik di sisi Allah ya

    Yalaah, kita sebaiknya tahu alur keluarga kita. Sayapun kdg tak paham apalagi kalo besar sangat keluarganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Talu Fanny. Ada saudara di negeri Minangkabau.

      Delete
  10. Mmg luas yg amat kawasan rumah makcik ani ni.. seronok kalau balik beraya huhuu

    ReplyDelete
  11. Baik staff tolong ambilkan gambar. Barulah ada gambar bertiga kan.

    Kalau kita tak berziarah, tak tahu lah banyak cerita. Kadang ada cerita yang mak abah kita tak pernah ceritakan.

    ReplyDelete
  12. Betul cakap makcik ani tu..susur galur kena tau...

    ReplyDelete