Selasa, April 2

Sungkai kali kedua dalam gelap?

Sungkai Dania dengan kawan-kawan sebilik masa Asasi kali kedua berlangsung di K Garden, IOI City Mall. Kata Dania dah try nak booking tempat lain jugak tapi semua full dan bila booking kat sini kebetulan ada kosong. Dania cerita order makanan untuk 3 orang tapi portion punya meriah. Ada nasi jugak. Dania dan kawan-kawan order ala carte je ni kalau nak makan buffet RM79.90/pax. Ini pun Dania kata dah berbaloi sangat. Cukup je untuk 6 orang. 


Dania kata kena masak bawah ni sotong, daging dan ayam. Ada staff akan assist.


Meriah sangat. 


Masa ni, lepas berbuka je sikit Dania kata....dia dan kawan2 muslim solat dulu sementara 2 orang yang non muslim tolong masakkan sotong, daging dan ayam sebab katanya lepas solat Dania dan kawan-kawan dah boleh terus makan. Kiranya bagus betul la Hana dan Corina ni. 


K Garden di IOI City Mall ni kepunyaan influencer Durian Kimchi, Ryzal dan Maryam yang berbangsa Korea. Comel je anak dia Rina makan semua yang mama dia masak kalau tengok kat IG Maryam. Bab halal dah tak ragu-ragu la. 


Dania kata masa ni pun ada team Alha Alfa dengan owner Alha Alfa tapi Dania segan la nak ambik gambar. Hmmm kalau ummi memang ambik dah gambar tu 😅. Sempat pulak tu Dania kata muka sebijik dalam TV. 

K Garden masa ni memang tempat full. 


Ini Dania kata rice ball tapi pedas sikit. 


Kalau nak ke K Garden ni tempatnya kat New Wing. 


Ni lagi gambar Dania dan kawan-kawan.
Dari kiri : Corina, Wafa, Durrah, Ayuni, Hana dan Dania. 


Lokasinya kat air terjun depan Dotty's kat Symphony Walk. 





Dania kata memang berbaloi dan sedap dapat berbuka di K Garden. Rasa nak berbuka lagi kat situ....Alhamdulilah.....ber'sungkai' pula dengan kawan-kawan yang Dania rapat. 😊

Balik je, Dania kata belikan ummi strawberry crepe ni. Hehe....TQ Dania...memang sedap. Untuk ayah takde ke?. Tak tahu la ayah suka ke tak. 😅. Ummi jugak yang untung. 

 

Semua gambar-gambar ni dari phone Dania dan kawan-kawan. Ummi dah siap pesan nak gambar apa...hehehe....

Macam ada 2 kali lagi berbuka puasa ni. Dania dan kawan2 sekelas masa asasi dan seorang kawan sekelas masa asasi ajak berbuka berdua. 😁. Asalkan Dania bahagia...ummi pun bahagia....kalau tempat tu dan kawan tu ummi kenal....memang ummi ok ajer. 

Oh ya time tu pulak nak dijadikan cerita dalam 9 lebih, kat IOI City Mall Dania kata blackout. Kat dalam kedai semua gelap. Jalan luar kedai ada lampu tak lama kemudian. Maybe emergency light ke apa ke.....sebab bila saya nak ambik Dania tu tiba2 jalan kat luar IOI City Mall ni gelap. Dah la malam...gelap pulak tu. Rupanya satu IOI tu blackout. 

Dania pergi sungkai ni 27 Mac 2024, elektrik pulih sepenuhnya jam 12.20 awal pagi 29 Mac 2024. Pada 28 Mac 2024....IOI City Mall tutup sepenuhnya. Nasib baik selepas sungkai baru takde elektrik. Cuba bayangkan masa tengah sungkai tu.....😅





XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. Seronok Dania sungkai dgn kawan2. Teringat zaman muda remaja dulu 😃. Untung Umi dapat crepe. Alhamdulillah dah siap sungkai, blackout di IOI.

    BalasPadam
  2. tisya aritu pn iftar ngan kwn2 dia tp tkde la byk gmbr sgt hehe...sronok tu mkn menu daging bakar2 gitu

    BalasPadam
  3. fuh...lebih 24 jam xd letrik...ad maintenance besar besaran kot...ad notis awal tak tu??kikiki

    BalasPadam
  4. waahhhh Rizal & Maryam punya ye? bestnyaaaa sungkai dgn kwn-kwn! sipbaik blackout dah lepas selesai sungkai hehe

    BalasPadam
  5. memang IOI mall tu blackout lama jugak ari tuuu...nampak viral kat socmed

    BalasPadam
  6. tempat nyaman bersih menu kelihatan lezat tuh ,cocok rekomendasinya terimakasih

    BalasPadam
  7. Boleh kurus puasa uncle tengok juadah tu!

    BalasPadam
  8. Seronok diorang bersungkai :)
    Dengar gak berita ioi city mall ni bergelap...

    BalasPadam
  9. Seronoklah Dania dapat bersungkai dengan kawan-kawan. Bagus lah ada Hana dan Corina boleh tolong masak sementara mereka solat. Kalau ada owner lagi seronok kan dapat jumpa Rina yang comel tu.

    Ada dengar juga cerita IOI City Mall blackout. Tak sangka pula lama baru OK sampai tutup mall.

    BalasPadam
  10. Blackout .. Nasib la dah nak hujung2.. kalau tgh berbuka di K Garden tu .. mmg spoil la hahahah :D

    BalasPadam
  11. sesekali bersungkai dengan kawan- kawan..haaah Adik SA pun cakap 28hb tu jangan nak pi IOI Mall sebab tutup xde elektrik.,.

    BalasPadam
  12. Aissssh bisa pula kejadian blackout sampai Bbrp hari ya kak 😅.soalnya di sini kalo ada blackout, setidaknya mall, hotel, atau tempat2 umum langsung hidupkan genset. Jadi tak kan mungkin sampai Bbrp hari blackout.

    Dah terbayang kalo blackout saat masih sedang makan..susah nak grill 😄

    BalasPadam
  13. Masa IOI tiada elektrik, Conezion commercial pun sama takde..tetapi Residence ada sbb guna PE yg berlainan..kalau tak jenuh berkicap dalam rumah..panas..kalau nak turun pun kena guna tangga..28 tingkat..iskh..takde ler...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...