Pada 15 Mac 2023 yang lepas, Dania dan rakan2 Asasi di UPM kena menjual untuk Syoknya Agro Bazar. Minggu sebelum bazar ni yang saya agak busy sebab classmate Dania datang dan kami pun akan ulang-alik ke UPM untuk ambil dan hantar barang sebabnya classmate Dania tumpang peti ais rumah saya.
Ini hari kejadian la ni. Saya dan suami terjah gerai Dania. Ni apa yang serius sangat muka Dania ni tak sure. Post ni akan ada banyak gambar. Awas ya 😅. Saya nak buat kenangan la post ni.
Nampak kusyuk Baim ni prepare makanan. Ada 2 makanan yang kelas mereka jual.
Happy happy sambil buat kerja ya.
Masa ni ayah Dania nak membeli la meatball dan buko. Sayangnya buko ni kehabisan susu jadi ada kawan sekelas yang masa ni pergi beli. Tak merasalah saya buko ni. Panas-panas kalau hirup buko ni memang menyegarkan.
Dania boleh perasan roommate dia yang belakang sekali pakai baju biru dan skirt yang support juga gerai Dania.
Boleh katakan ramai juga orang kat sini. Ikutkan sehari sebelum ada 10 kelas dah selesai menjual. Hari ni lagi 10 kelas. Asasi Sains Pertanian kat UPM ni ada 20 kelas. Kelas Dania je ada 26 pelajar. Total pelajar asasi sekarang 508 pelajar. Ikutkan 743 pelajar tetapi ada yang pindah dan tak mendaftar.
Event hari ini. Setiap kelas kena berniaga. Tak kisah la makanan apa dan keuntungan yang mereka dapat tu 100% untuk kelas mereka.
Dania kata yang pakai rambut badut tu, salah seorang satu sekolah dnegan Dania dulu. Setiap kelas ada tema tersendiri.
Ada banner untuk menarik minat pelanggan.
Masak fries set untuk meatball.
Chef nya ialah Chef Danish yang pandang kamera ni.
Sohail tengah menggoreng meatball sambil dipantau oleh Chef Danish.
Brokoli ni pun set dalam meatball.
Dania nampak letih je tu. Memang la nak jadi seorang usahawan ni bukannya senang.
Nak hias gerai atas kreativiti masing-masing.
Gerai Jumanjee ni yang menang gerai terbaik sebab tema hutan dan ada maskot lagi. Salah satunya dinosaur. Kuliah katanya ramai anak katerer.
Ok ada pelanggan ni.
Ini tak taulah Dania lambai siapa tu?.
Kelas Asasi Dania mulanya kat sini tapi disebabkan ada seorang kawan Dania yang putus otot kat kaki (ACL), kelas Dania kat KAE (Kompleks Akademik E) pulak.
Masa ni saya dah balik. Dania kata Zalilah datang gerai. Siap beli buko dan meatball lagi. Zalilah kata nak support gerai Dania. Rupanya Dania call Zalilah beberapa hari sebelum bazar ni suruh datang kalau boleh datang. Tak sangka Zalilah datang naik motor lagi. Sesat jugak la sebab kawasan UPM ni luas. Akhirnya selamat tiba ke sini. Saya tak sempat la jumpa sebab dah balik. Kalau saya ada mau saya bawak Zalilah round gerai2 kat sini.
Zalilah dan Dania. Terima kasih datang ya Zalilah. Zalilah tak sama universiti dengan Dania. Zalilah belajar kat Unisel, Bestari Jaya. Ambil asasi sains di sana.
Gambar satu kelas. Great tu lecturer, dari kiri Sir Faez ajar Agriculture, Miss Wahidah ajar Physics dan Sir Amir ajar Biology. Sir Faez dan Sir Amir dah tak ajar mereka dah cuma Miss Noor Wahidah je untuk Sem 2 ni. Terselit juga Presiden Asper18 kat sini. Perempuan ya....Girl Power!!. Depan sekali tu baju merah, Miss Ami yang ajar subjek Agricultural untuk Sem 2. Bazar ni juga under Miss Ami ni. Beliau yang nak bagi markah untuk subjek Keusahawanan dan Pemasaran Produk Pertanian. Muda lagi ni. Baru je bertunang 😊
Bergambar depan gerai. Perempuan pakai 'baju opah' dan lelaki baju melayu hitam. Kanan yang duduk tu lecturer bernama Miss Noor Wahidah yang Dania kata setia kat depan gerai mereka.
Akhirnya selesai la mereka berniaga. Habis licin makanan semua. Buko la mendapat tempat sampai 3 kali bancuh. Ramai komen kata buko best. Mana taknya banyak buah-buahan dalam tu seperti buah naga, tembikai, mempelam dan epal selain biji selasih dan susu. Tambah pula mereka letak ais batu. Cuaca pulak panas. Memang best la. Lecturer, roommates dan Asper (Pelajar asasi) yang support beli.
Akhirnya dapat la mereka RM1000++ yang Dania kata mereka nak buat jersey kelas.
Meh la masuk sini buat pelajar yang ambil sains tulen dan sains gunaan dan teknologi. Dalam masa yang sama mereka belajar juga pertanian dan dalam subjek pertanian pula untuk sem 2 ni kena berniaga dan menolong berniaga di pasar tani. Ada yang tanya kenapa Dania berniaga di pasar tani?. Saya cakap sebab memenuhi subjek asasi Dania. 😀.
Oh ya Selamat Menyambut bulan Ramadan. Hari ni hari kedua berpuasa!. 😀. Saya masak ikan bakar.
XOXO,
Ezna
terliur plak buko tu hahahha
BalasPadamBanyak buah2 dalam ni Suzz....
PadamTerbaik la program mcam ni. Teringat zaman belajar dulu2.
BalasPadamYa aktiviti ni memang best....
Padam